Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Jun 17, 2010

Bukankah Bantu Membantu Amalan Mulia ?

Tajuk entri kali ini agak skema.

Harini saja nak meluahkan sedikit rasa terkilan dengan sebilangan besar manusia yang menetap di bumi ALLAH ni.

Last Monday, aku dan BFF's lepak kat kedai makan area Sg. Chat. Makan ikan bakar. Kalau penduduk JB, mesti tau rasanya area tu. Memang sedap arr ikan bakar kat situ.

Ok.

Bukan nak cerita pasal ikan bakar, tapi pasal orang-orang yang meniaga kat situ.

Bila sampai terus kiteorang dapat meja. So, ada kakak sorang ni pun datang nak amik order air. Kiteorang pun bersemangat la order air. Yang sorang nak fresh orange, yang sorang nak Milo Ais, yang sorang nak Teh O Ais, yang sorang nak Nescafe Ais.

Tapi, tetiba akak tu cakap gerai dia jual air buah je. Kalau nak air bancuh2 order gerai lain.

Laaa ... kau tak boleh tolong orderkan ker ??

Actually, ni bukan first time aku alami kejadian macam ni.

Aku hairan. Kau berniaga kedai sebelah menyebelah tapi tak boleh nak tolong order. Seolah-olah kau nak orang beli barang kat kedai kau je.

Apalah salahnya bantu membantu. Setakat nak berebut pelanggan demi segelas air buah. Alahai, pelik pelik. Lainlah kalau kedai kau kat Utara, kedai jual air bancuh tu kat Selatan. Bolehlah aku consider nak minum air buah kat kedai kau. Ini tidak, kedai tu selang sebuah jek dengan kedai kau.

Adat orang beniaga. Ada masa orang nak makan kat kedai kita, ada masa orang nak makan kat kedai lain.

Agaknya ramai orang yang terasa nak minum air Milo ke Teh ke Kopi malam tu dan malam sebelum-sebelum ni dan malam akan datang terpaksa tukar menu sebab malas nak bangun pergi order sendiri.

Eiiii hairan hairan.

Lepas ni kalau nak makan kat kedai tu terpaksalah bersedia pergi order air sendiri.


2 ulasan:

yatiyahya berkata...

kalau mkn kat situ memang kena self service walaupon dia tak nyatakan kat situ...esp time org giler ramai...

azila berkata...

aah..mmg dah selalu sgt berhadapan ngan situasi gini.nak tak nak kena tukar air la..sbb malas nak bangun, kan???

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin