Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Jun 02, 2010

Diam

Kadangkala diam itu lebih baik daripada berkata-kata perihal yang tidak elok.

Kadangkala diam itu lebih baik daripada melakukan perihal yang sumbang.

Kadangkala diam itu memupuk sayang.

Kadangkala diam itu menzahirkan dendam.

Kadangkala diam itu seakan kejam.

Kadangkala diam itu seakan malu.



Diam tak beerti bisu.

Diam tak beerti suka.

Diam tak beerti benci.

Diam tak beerti marah.



Apa guna aku meluah rasa andai kau tidak bisa membaca. Apa guna aku melahir cinta andai kau tak bisa meneka. Apa guna aku memberi jiwa andai kau tak biasa menggapainya. Apa guna aku menyanyi riang andai kau tak bisa mendengarnya.

Lebih baik aku diam.

Andai nanti kau baca ini, dan andai nanti kau bisa mengerti, fahamilah aku. Aku diam kerana apa. Aku diam kerana siapa.




#my mood was off during this.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin