Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Jun 10, 2010

Eh Gila ! Dasar Binatang !!

Ehh geram betul aku.

Pagi-pagi ingat nak rileks sebelum sambung buat kerja rumah. Sambil-sambil online ni, baca paper. Menyirap darah aku baca cerita muka depan.

Lagi-lagi kes buang anak. Kali ni pulak jadi kat Kota Kinabalu. Bayi baru dilahirkan dicekik sampai mati pastu ditanam oleh ibunya.

YA ALLAH !! Manalah agaknya pergi sifat kemanusiaan manusia zaman sekarang. Aku rasa binatang lebih sayangkan anak inikan pula manusia yang dikurniakan akal fikiran.

Takkanlah takde sekelumit pun rasa sayang pada bayi yang susah payah dia kandung dan kemudian melalui sakit perit melahirkan pulak.

Tak faham betul la.

Apa agaknya perasaan mereka-mereka ini yang sanggup bunuh kemudian tanam atau buang bayi yang tak berdosa ni.

Mesti jenis manusia tak takut dosa. Tak takut balasan ALLAH nanti.

Mana tidaknya, dah lah buat hubungan seks luar nikah. Bila mengandung, kadang-kadang ada yang gugurkan. Yang tak sempat nak gugurkan, bila dah beranak dibuang atau ditanam atau paling bangsat memang sial dibunuh pulak bayi tu.

Memang haramjad*** betul.

Ramai orang kat luar sana yang dah halal bernikah bagai susah nak dapat anak, yang tak halal ni senang-senang dapat anak pastu buang sana sini.

Bodoh !!

Eiii memang sakit la hati aku ni.

Nak tahu lebih lanjut, baca kat SINI.

1 ulasan:

Jemari Seni berkata...

Manusia kejam! Takde hati perot!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin