Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Jun 24, 2010

Pagi-Pagi Wajib Layan Drama Korea


Bagi surirumah macam aku, TV menjadi teman setia sebagai medium untuk menghilangkan kebosanan selain daripada berFacebook, berblog dan ber-YM.

Pagi-pagi lepas dah siapkan kerja-kerja mengemas rumah dan kerja-kerja lain yang sewaktu dengannya, adalah wajib bagi aku menonton drama Korea di channel KBS 301 Astro.

Wooo boleh jadi addicted kau.

Dah lama jugaklah aku melayan drama Korea pagi-pagi ni. Aku rasa lebih kurang 8-9 bulan.

Biasanya waktu pagi ada 3 cerita back-to-back yang disiarkan kat channel ni dari jam 8.30 pagi hingga 10 pagi. Aku dah khatam lebih kurang 4-5 cerita jugak yang episodnya mencecah ratusan untuk satu drama.

Memang berhantu la wa cakap sama lu kalau tengok drama Korea ni. Memang tak boleh berhenti. Kalau dah tertengok satu episod, esok aku mesti nak tengok lagi dan lagi dan lagi.

Untuk masa sekarang ni ada drama yang ditayangkan ialah ...




* Here Comes Ajumma : berkisar tentang seorang wanita yang suka memasak dan memenangi pertandingan masakan. bercerai dengan suami dia sebab suami dia main kayu tiga. jatuh cinta pada anak orang kaya tapi tak dapat nak bersama kerana banyak masalah antaranya berbeza darjat*




*Pretty Mom, Pretty Women : yang ini drama baru. berkisar tentang kehidupan wanita yang mempunyai 4 orang anak yang berbeza karektor. ada yang menyenangkan hati dan tak kurang juga yang menyakitkan hati.*




* Beautiful Days : berkisar tentang kehidupan sekeluarga yang penuh pahit manis ketika perang melanda Korea. selain itu berkisar tentang cerita cinta antara kekasih, adik beradik dan jiran tetangga.*




Tiga-tiga drama ni best. Ada daya tarikan dan jalan cerita masing-masing. Tapi, nama pun drama kan mestilah tema cinta menjadi tajuk utama.

Aku mula terjebak dalam dunia K-Drama ni bila adik sayang aku beli VCD drama Princess Hours. Perghhh memang terus ketagih nak tengok tiap-tiap hari. Sejak tu memang aku jatuh cinta melayan K-Drama. Antara favourite aku ialah Princess Hours, My Girl, Mawang, My Sassy Girl dan Boys Over Flowers hehe ^_^






Encik Rizal memang makan hati kalau aku tengah tengok K-Drama sebab aku selalunya tak layan dia. Huhu nak concentrate la konon. Buruk perangai.

Apapun aku memang pencinta K-Drama lebih-lebih lagi kalau ada hero handsome macam Joo Ji-Hoon dan Lee Min-Ho. Hahaha sila muntah sekarang

2 ulasan:

Khairunnisa' berkata...

Wah, minat juga ya drama Korea? :) I used to watch it, but tapi macam dah tada perasaan nak tengok dah. Macam drama skrang dah tak best je, except for drama yang Akak dah listkan tu (because Nisa tak tengok lagi, so can't judge lol)

Ada any drama yang Akak nak rekemen pada saya? romantic and komedi, please :)

Ieja RizaLiza berkata...

hehe ... akak pun layan drama kat channel KBS ni je. kalau adik2 akak ada bgtau cerita best baru lah nak survey2 online. drama yang kat astro ni pun ok lah. genre lebih meluas selain dari cinta-benci-kawinmuda-jatuhcinta hehe ^_^

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin