Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Jun 02, 2010

Sejarah Telah Berulang

*sambil tahan sakit perut*

Ketika entry ini ditaip, aku masih lagi bergelut dengan kesakitan perut yang amat. Entah apa yang aku salah makan semalam, hari ini aku terpaksa menjadi teman tapi mesra kepada si 'bilik kecik'.


image from google


Dari malam sampai ke pagi boleh dikatakan setiap jam aku jenguk teman baru aku tu.

Penat otak aku ni mencari punca kepada permasalahan ini tapi tidak ku temu jawapannya. Semalam aku kat rumah je. Makan makanan yang aku sendiri masak. Adik sayang aku ok je. Takde tanda-tanda nak berkongsi teman baru.

Mungkin ada perut aku ni alah pada salah satu makanan yang aku masak kot.

Tak cool tau tak sakit macam ni. Dah cuba makan pocai but still belum kurang lagi. Encik Rizal kata kalau sampai petang masih macam ni, kena pergi klinik. Takut food poisoning. Tapi, aku takdelah muntah or demam. Just sakit perut memulas.



image from google


Aku saja google pasal cirit-birit ni, so jom kongsi info yang aku dapat ni. Sebelum tu, kalau kamu-kamu ada cara rawatan tradisional untuk merawat benda ni silalah kongsi info dengan aku !! Please !!




Cirit‐birit

Pengenalan

Apakah itu cirit-birit?

Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :
• jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit
• alahan makanan
• ubat-ubatan
• pengawet makanan
• pemakanan kimia


Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan
dan air yang tercemar. Di anggarkan terdapat 4000 juta kes cirit-birit yang berlaku di seluruh
dunia pada tahun 1996 yang menyebabkan 2.5 juta kematian.


Tanda-tanda

Bagaimana saya mengetahui yang saya mengalami cirit-birit?


Cirit-birit di definasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak
daripada biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti :
• Sakit dan kekejangan perut
• Loya dan muntah
• Keletihan
• Demam


Komplikasi

Adakah cirit-birit berbahaya?


Cirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan
sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak di rawat, ia boleh
menyebabkan kematian.


Rawatan

Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mengalami cirit-birit?

Kebanyakan kes cirit-birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah
dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit-birit, lakukan seperti berikut :
• Minum banyak air.
• Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransuransur
• Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang
mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
• Elakkan kafein dan alkohol.
Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi
atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.


Tanda-tanda dehidrasi adalah :
• Haus yang berlebihan
• Mulut dan kulit kering
• Kurang atau tiada air kencing
• Keletihan yang teruk
• Pitam
• Kulit menjadi gelap


Cirit-birit dikalangan kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi. Sila berjumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 12 hingga 24 jam atau bayi anda mengalami :
• Lampin kering dalam masa 3 jam atau lebih
• Demam panas
• Najis mengandungi darah atau berwarna hitam
• Mulut kering atau menangis tanpa air mata
• Kerap tidur, tidak aktif, mudah meradang
• Perut, mata atau pipi yang cengkung
• Kulit yang tidak tegang / kembali ke asal sekiranya di cubit.


Jika doktor mengesahkan cirit-birit disebabkan ubatan / pemakanan, anda perlu hentikannya. Doktor akan memberikan antibiotik jika cirit-birit disebabkan parasit atau bakteria. Tetapi ia tidak berkesan dalam jangkitan virus .


Pencegahan

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mencegah cirit-birit?

Berikut adalah cara-cara mencegah jangkitan cirit-birit:
• Cuci tangan sebelum makan
• Makan makanan semasa masih panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul.
• Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan
elakkan dari makan makanan tenusu atau daging mentah. Basuh sayuran dengan
bersih atau makan buah-buahan yang telah di kupas .
• Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan ciritbirit.
• Minum air dari bekalan air bersih, di botolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan
minum minuman keras dan berkafein kerana cirit-birit boleh bertambah teruk.
• Pastikan anak anda berada dirumah semasa mengalami jangkitan cirit-birit

3 ulasan:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

kalau kite sakit perut macam akak tu kan..kite kena pakse makan lada putih..lada putih tu amek 4 ke 5 bijik pastu tumbuk kasi die jadi macam tepung,,..pastu bubuh sikit air
n bentukkan die jadik bulat2..pastu telan..uishh..memang pedas tapi lepas tu perot dah tak sakit lagi...lega...segala mende yang tak dikendaki dalam perot dah keluar ..hihi

Ieja RizaLiza berkata...

ye ker aida ?? thanks sebab share info. nak kena pegi cari lada putih la malam ni ... sungguh tak larat.

linda berkata...

ala sowi la bru baca... sungguh mls nk buat pape skrg nie... huhu... just nk share petua akk, biasa akk akan amik beras dlm segenggam gitu, pastu goreng dlm kuali tnpa myk (sangai eh??).. pas dah coklat2 itam tu angkat masuk dlm cwn, tuang air suam, selawat n minum... insyaallah....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin