Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Jun 01, 2010

Tips Membeli-Belah Barang Keperluan Harian

Tetiba hari ni rasa baik hati macam nak bagi beberapa tips ketika membeli-belah barangan keperluan harian. Tips ni lebih kepada kamu-kamu yang shopping dekat Hypermarket la tak kira Giant ke Tesco ke Carrefour.

Oleh kerana aku sudah 5 tahun menjadi personal shoppers untuk barang rumah, jadi banyak juga yang aku belajar tentang barang keperluan harian.

Jom jenguk-jenguk tips kali ini :-



TIPS MEMBELI-BELAH BARANG KEPERLUAN HARIAN


1) Buat senarai barang yang perlu dibeli supaya tidak berlaku pembaziran atau kekurangan nanti.

2) Catit harga barang yang anda beli pada kertas senarai. Ini dapat membantu sekiranya berlaku percanggahan harga ketika membuat bayaran.

3) Pastikan barang yang dibeli masih elok dengan melihat pada tarikh luput pada bungkusan barang tersebut dan juga pastikan bungkusan dalam keadaan sempurna.

4) Sekiranya kamu-kamu ragu-ragu dengan harga yang dipamerkan pada rak, scan harga barang tersebut menggunakan price scanner yang disediakan. Ini pun untuk elakkan percanggahan harga.

5) Susun barang dalam troli mengikut kategori dengan sebaiknya. Janganlah main campak je. Takut-takut nanti ada yang pecah atau rosak.

6) Beli barang yang ada promosi contoh macam beli pek 2 barang tapi pada 1 harga. Menjimatkan.

7) Baca label pada barang makanan yang dibeli untuk pastikan ada logo HALAL.

8) Sekiranya harga barang yang dipamerkan berbeza dengan harga di scanner ketika hendak membuat bayaran, jangan ragu-ragu untuk membuat aduan. Gunakan sepenuhnya hak anda sebagai pengguna.

9) Belilah barang kerana kualiti bukan kerana jenama. Tak semestinya barang yang kurang popular itu takde kualiti. Kadang-kala ada barang yang tiada jenama tapi mempunya kualiti yang sama dengan barang yang berjenama popular tapi dijual pada harga lebih rendah. Tak salah mencuba sesuatu yang baru.

10) Selepas dah guna troli, pulangkan troli tu di tempat yang disediakan. Jangan main letak sepah-sepah. tapi kadang-kadang aku buat juga sebab malas nak hantar kat tempat dia. jauh.hahaha


Aku harap dengan tips yang tak seberapa adanya ni bolehlah membantu kamu-kamu menjalani suasana membeli-belah yang lebih tenang dan seronok.

Berjumpa di lain masa dengan lebih banyak tips.

Poyo !!

Hahaha

Bye

2 ulasan:

Ed Zahid berkata...

sila pastikn membawa duit yg mencukupi..kan sia2 je pergi kedai.. aha~

Kniedaz berkata...

haha..betul tu ed..amik tak hengat donia n ikut semua tips tp duit tak bawak tiada berguna..hoho

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin