Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Jun 09, 2010

Twilight Saga - Eclipse

Aku tahu ramai penggemar cerita ni walaupun ada yang macam taknak mengaku.

Aku sudah semestinya suka. Dah khatam dah 4 novel dia. Cuma belum ada peluang nak baca sekali lagi.

Aku mula terjebak dengan cerita ni tanpa disengajakan.

Masa Twilight keluar panggung, aku terperasaan promo dia kat TV. Tapi, takdelah gila nak pergi tengok ke apa.

Entah macamana, satu hari ni aku keluar dengan adik sayang nak pergi tengok wayang. Tapi macam takde cerita best. Lastly, ternampak cerita Twilight. So, aku pun cakap dengan adik aku tengok jelah cerita tu sebab aku pernah tengok promo dia kat TV, cerita pasal vampire.

Dan, selepas cerita itu berakhir, aku terus jadi macam orang kena sawan gila babi terus terjatuh cinta pada Robert Pattinson.






Siap ajak Encik Rizal pergi tengok cerita tu untuk kali kedua, dan terus sahaja menjadikan semua kedai buku di JB dan KL sebagai tempat kegemaran sebab nak cari buku-buku untuk rangkaian cerita ni.

Bila dah baca buku, tak sabar-sabar rasa nak tengok filem dia. Filem New Moon je aku rasa 3 kali aku pergi tengok. Tapi, masa tu cinta aku dah beralih arah kepada Taylor Lautner a.k.a Jacob Black a.k.a werewolf macho lagi ganteng !!






Sekarang ni pulak tengah menghitung hari menunggu Eclipse.

Kali ni tak tahu la berapa kali nak pergi tengok atau tak tahu la kalau-kalau cinta aku beralih arah lagi atau tidak.

Meh tengok trailer dia dulu.



1 ulasan:

aliff + afifah + adam + ada berkata...

always a fan of robert pattinson!!! he's gorgeous! hahha..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin