Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Julai 27, 2010

Kita Hanya Mampu Merancang

Nampaknya sejak kebelakangan ni mood aku untuk berblog memang agak kurang. Tak tahu dimana silap dan salahnya. Dah puas aku cuba baja dan semai rasa cinta pada blog tapi makin lama rasa cinta itu makin pudar. Cewah tetiba bermadah helah la pulak.

Tapi serious dowh ... aku dah tak macam dulu di mana sangat rajin dan senang dapat idea nak tulis apa tapi sekarang ni, duduklah mengadap lappy ni berjam-jam sekalipun, nak tulis satu entri pun payah.

Sekarang ni, aku tengah merancang nak buka gerai kat bazar Ramadhan kat area rumah aku. Segalanya masih dalam proses perbincangan dan pertimbangan.

Kalau jadi, InsyaALLAH aku nak meniaga makanan jek. Benda yang paling aku pandai. Pandai makan dan boleh masak. Hehe ^_^

Semoga segalanya berjalan lancar. Tapi, sebagai manusia aku hanya mampu merancang, ALLAH sahaja yang menentukannya. Harap-harap adalah rezeki lebih. Bukannya nak cari duit sebab nak beraya sakan, tapi aku nak menjadikan ini sebagai landasan untuk aku menceburkan diri dalam perniagaan. Makanan khususnya. Manalah tau kot-kot ada yang terpikat dengan masakan aku, lain kali boleh order lagi untuk rumah terbuka ke, majlis harijadi ke, kenduri ke. Amin.

Sebagai permulaan, macam kamu-kamu yang selalu mengikuti blog aku ni tahu, aku ada la juga dapat order dari kawan-kawan. Kebanyakannya order roti jala. InsyaALLAH, next week aku ada dapat order besar sedikit di mana menunya lebih banyak. Bolehlah dijadikan modal untuk besarkan lagi perniagaan.

Harap-haraplah semuanya menjadi. Biarlah bersusah sikit, demi masa depan, aku sanggup. Pernah juga aku nyatakan hasrat pada Encik Rizal, by the time umur dia 45, ingat nak suruh dia bersara je dari jadi tukang kayu. Buka warung ke meniaga nasi campur. Takpun meniaga kat pasar malam.

Arghh kalau nak bercerita tentang angan-angan aku memang tak sudah. Tau-tau dah panjang berjela pulak aku bercerita.

Apa-apapun, doakan yang terbaik untuk kami ye. ^_^

Isnin, Julai 26, 2010

Gendang Gendut Tali Kecapi

Kenyang perut suka hati, lepas tu rasa nak melingkar macam ular sawa dapat baham seekor kambing betina. Begitulah perasaan aku bila dapat makan kat SEOUL GARDEN.

Kebetulan memang lapar gilos. Memang makan dengan penuh perasaan sampai tak perasan orang lalu lalang.

Aktiviti makan-makan kali ni dengan my BFF, Siti dan Haza. Eh, memang dia berdua je pun selalu pergi bermakan-makan dengan aku.

Petang tu aku teman Siti pergi selesaikan beberapa urusan yang langsung takde kaitan dengan aku tapi saja nak menyibuk follow dia sebab bukan senang nak dapat keluar dengan ini budak waktu siang apatah lagi di hari bekerja




Bila dah ada kat area JB, confirm la kena ajak lagi sorang budak itu yang sanggup follow walaupun terpaksa lari dari boss sebab taknak overtime dan juga sanggup berdating dengan kami walaupun dia cakap kami pakai cantik-cantik, dia pakai baju kerja. WTH ?? Yang penting pakai baju kan ?? Kalau kami bogel, dia nak bogel jugak ker ?? Ermmm tak pasti la pulak ^_^ kena tanya empunya diri.






Memang puashati la makan kat sini. Banyak pilihan. Daging, ayam, udang, sotong, kerang, kupang. Arghhh macam-macam lagi la sampaikan nak pilih nak makan apa pun boleh senak perut. Sup dan bahan-bahan untuk steamboat pun banyak pilihan.






Sumpah, kami makan dengan penuh nikmat kecuali si budak baju hijau makan tak berapa nak nikmat sebab dia dah agak kenyang. Sesiapa yang nak makan kat sini, aku syorkan pergi time perut tengah lapar gilos tahap gaban sebab kalau pergi time perut masih ada baki-baki makanan memang rugi sebab kat sini buffet. Sebelum makan dah kena bayar. Lepas tu jangan tamak, ambil ikut kemampuan perut juga sebab kat sini kalau ada pembaziran akan dikenakan denda. Kalau ada lebihan yang tak dimakan akan dicharge RM5 untuk setiap 100gm lebihan makanan. Kalau tak silap aku la.




Alhamdulillah, kami punya makanan memang habis. Sebab duduk lama gak dalam kedai tu. Makan slow-slow sambil berbual poyo dan bergambar macam kami jek yang ada dalam kedai tu orang lain tak wujud.

Seleksi untuk desert pun best. Kira macam DIY station la. Boleh buat cendol dan ABC serta aiskrim letak topping sesuka hati. Dan hasilnya adalah seperti ini.



Ais dia sikit je tapi dia punya topping dengan bahan-bahan lain memang mewah melimpah ruah. Lazat.

Lain kali aku nak pergi lagi. Kali ni nak bawak Encik Rizal. Dia pun suka gak makanan ala grill dan steamboat ni. Lagipun birthday dia dah tak lama lagi. InsyaALLAH, ada masa nanti aku nak bawak dia pulak.

Pada yang berminat nak bawak family makan kat sini, boleh check harga dan outlet dia kat sini. Tapi, outlet JB belum ada dalam website. Yang kat JB, kalau nak pergi bolehlah ke City Square Level 3 (rasanyalah). Dulu restoran ni adalah restoran makanan Sundanese.

Dah dah pergi siap-siap, ajak mak bapak suami anak adik abang kakak semua pergi makan kat sini. Makan ramai-ramai lagi syiok !!!

Sabtu, Julai 24, 2010

Kepenatan

Adoiii

Penat aku berjalan kaki dengan penuh semangat pergi pejabat pos. Ingat nak pos barang-barang customer. Sampai-sampai sana, terus beratur, bila tiba kat kaunter, kerani tu cakap pejabat pos tu tak ambil perkhidmatan Poslaju kalau hari Sabtu. Dia suruh pergi Post Centre. Wakluss ...

Kau hengat Post Centre tu dekat ke dengan rumah aku?

Adoiii

Nampaknya terpaksalah pos hari Isnin nanti. Ni pun aku baru lepas email dan sms customer untuk mintak maaf dan bagitau postpone postage barang diaorang. Wakluss kedondong betul la.

Nasiblah ada 7-Eleven. Boleh buat pengubat duka dengan membeli Slurpee saiz besar. Hahaha. Dahtu beli juga keropok kentang lekuk-lekuk perisa bawang yumyum.

Jap lagi nak layan movie, bolehlah aku mengunyah keropok itu dengan rakus.

Dahlah. Nak chow jap. Nak menikmati Slurpee Cheese Cake yang lazat hingga ke titisan akhir. Miaahahahaha ^_^

Khamis, Julai 22, 2010

Sharing Is Caring


Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Rabu, Julai 21, 2010

Seriously


Seriously ...

Aku takde mood nak berblogging

Aku rasa macam tak sempat nak berblogging

Aku rasa takde idea nak berblogging



Aishhhh


Seriously ...

Ahad, Julai 18, 2010

Santapan Pagi : Meehoon Goreng

Setelah penat memikirkan nak masak apa untuk breakfast pagi ni, akhirnya Encik Rizal bagi cadangan masak Meehoon Goreng.

Oleh sebab bahan-bahan semua ada, so pagi-pagi tadi gagahlah aku menggoreng meehoon untuk breakfast kami berdua hari ini. Rasanya, bukan setakat breakfst, makan tengahari pun kami akan bantai meehoon itu. Miahahahaha ^_^ penjimatan adalah perkara yang menyeronokkan. *padahal malas nak masak lagi*


Meehoon aku simple je. Meehoon putih. Encik Rizal memang suka meehoon versi putih ni. Sekali hadap 2 kali tambah jugakla.
Jom kongsi resepi Meehoon Putih Simple Tapi Nyumnyum Versi Puan Faizah ... hehehe




MEEHOON GORENG VERSI PUTIH


Bahan-bahan : (Makan untuk 3-4 orang atau 2-3 kali makan)

1/2 kilo meehoon (direndam atau dicelur)
100gm daging (direbus dan dipotong kecil)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
3 batang sawi (dipotong)
1 batang lobak merah (dipotong dan hiris halus memanjang)
2 batang fishcake (dipotong)
5 biji fishball (dibelah 4)
2 keping tauhu (dipotong kecil dan digoreng)
2 cawan air rebusan daging
Taugeh
Garam
Minyak untuk menumis



Cara-cara memasak :

1. Kisar/tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan lobak merah dan daging, kacau lebih kurang 5 minit.
4. Dahtu masukkan fishcake, fishball dan air rebusan daging biar sedikit mendidih.
5. Masukkan meehoon dan gaul rata dan sampai air kering.
6. Bubuh garam secukup rasa.
7. Masukkan tauhu, sawi dan taugeh. Gaul lagi. Kalau meehoon dah lembut, bolehlah tutup api dan angkat untuk dihidangkan.


# kalau rajin, bolehlah buat telur dadar, gulungkan, potong dan tabur atas meehoon. nak tabur daun sup dan bawang goreng pun boleh. lagi sodappp. tapi aku tak buat sebab malas. miahahaha





Di Kala Bulan Mengambang

Aku masih belum tidur.

Tajuk entri tu saja jek. Rasanya macam takde bulan mengambang je malam ni. Saja nak bagi gempak ala-ala Misteri Nusantara gituu ... miahahahaha

Aku baru balik dari lepak minum-minum mabuk-mabuk cucuk langit dengan Encik Rizal, my BFF and her hubby.

Dah lama tak buat aktiviti buang masa macam ni. Selalunya malam malas nak keluar. Tapi, sekali sekala takpe kot. Lagipun dengan laki masing-masing.

Sempat la jugak aku melantak sate bercucuk-cucuk tadi. Dahtu pekena air Nescafe. Memang lambat la tidur malam ni gamaknya.

Sekarang tengah teman Encik Rizal tengok movie Transporter 3 kat Star Movies. Encik Rizal ni kalau action movie, dah tengok berpuluh kali pun dia masih boleh layan. Sanggup tidur lewat padahal esok ada kerja penting yang perlu dia buat. Tapi, takpe. Sekali sekala tidur lewat.

Aku pulak, mata tengah terjegil tak boleh tidur ni, memang main tenet jelah. Sambil-sambil menaip ni, tengah chat dengan adik dan sepupu sayang.

Esok nak kena bangun awal. Niat dihati nak masak breakfast. Menu yang bermain dalam kepala otak aku ialah meehoon goreng. Mudah dan simple. Bahan semua ada. Cuma untuk lunch je masih lagi terfikir-fikir nak masak apa.

Aishhh aku ni. Dah malam-malam buta/awal pagi ni boleh cerita pasal makan pulak. Orang lain sedang enak dibuai mimpi, aku asyik ingat makan. Hehe tapi ok apa. Hidup hanya sekali, kita enjoy dulu !! *tetiba*

Dahlah. Aku nak layan movie juga ni sambil makan jajan. Cara mudah menambah lemak tepu.

Bye.


^_^


Sabtu, Julai 17, 2010

Si Buah Hati

Buah hati pengarang jantung aku





"L"
















tapi yang bawah ini tetap NO. 1













*penuh semangat berkaraoke*

Jumaat, Julai 16, 2010

Santapan Malam : Roti Jala dan Kari Ayam

Oleh sebab tadi buat tempahan roti jala, aku pun sengaja lebihkan adunan untuk buat makan malam sekali. Biasanya jarang aku lebihkan, selalunya buat cukup-cukup order je. Tapi disebabkan aku macam teringin nak makan, so aku buat lebih.

Lagipun bukan selalu dapat nak makan sedap kan. Aku memang kurang rajin nak buat roti jala ni melainkan ada tempahan sebab kerjanya agak leceh.

Kali ni aku padankan sang roti jala tu dengan kuah kari ayam. Yumyum, sekali hadap 6 keping aku taram. Encik Rizal pun sama. Sesekali pekena masakan isteri, memang bertambah-tambah gemok dan buncit selera suami sayangku itu.

Selalu aku cerita je kan aku buat roti jala, kali ni meh aku kongsikan resepinya yang mudah tapi agak leceh bila nak menjalanya.



ROTI JALA

Bahan-Bahan :

1 kilo tepung gandum
1 tin susu cair
3 tin air (guna tin susu cair)
3 biji telur
Sedikit pewarna kuning
2 sudu kecil garam



Cara membuat :

Campur semua bahan dalam bekas dan adun sampai sebati. Biasanya, aku kisar adunan tepung tu supaya ianya halus dan tidak berbiji-biji. Bila dah halus adunan tu bolehlah dijalakan diatas kuali leper yang telah dilengser dengan minyak. Kalau ikut adunan ni boleh dapat lebih kurang 100 keping.

Selamat Mencuba !!







Home Sweet Home

Tiada yang paling menyeronokkan selain dari dapat kembali ke rumah sendiri dan dapat bersenang lenang di atas tilam empuk.

Setelah 4 hari meninggalkan rumah, tilam empuk dan kucing sayang, akhirnya aku pulang ke pangkuan mereka. Ouhh indah sungguh hari ini.

Bukan tak best lepak kat rumah makcik aku tapi keindahan berada di rumah sendiri memang sukar digambarkan.

Lepak kat rumah makcik aku memang best sebab tak perlu masak, membasuh baju, menyidai baju. Semua kerja-kerja tu dibuat oleh orang lain. Aku cuma tolong tengok je. Miahahaha. Memang betul-betul rileks la kat sana.

InsyaALLAH, lain kali kalau Encik Rizal outstation, aku mungkin akan lepak kat sana lagi but this time kena bawak sang lappy. Ouhhh sungguh aku menyedari bahawa aku tidak boleh hidup tanpa sang lappy. Since rumah makcik aku takde lappy dan internet, tiap-tiap hari aku, makcik dan sepupu aku gagah berjalan kaki sejauh 4 kilometer pergi dan balik untuk ke cyber cafe. Betapa internet adalah benda yang penting dalam hidup aku. I
Internet so much.

Hari ini, aku lepak kat rumah je. Malas nak keluar. Lagipun hari ni nak buat order roti jala dari my BFF, puan Siti yang terindu gila bayang sama aku punya roti jala. Miahahaha ^_^. Nak buat untuk berbuka puasa katanya. Terima kasihlah ye. Lain kali jangan order 40 keping, order 40 kilo terus. Hehe

Ermm hari ni jugak nak packing barang-barang yang customer order kat blogshop aku. Kalau sempat petang ni nak pergi pos, kalau tidak *rasanya macam tidak sebab tak sempat, lagipun hujan lebat ni* esok jela aku kirim kat Encik Rizal tolong poskan.

Weekend ni belum ada planning. Kemungkinan besar aku nak pergi kedai supplier tengok stok baru.

Dahlah. Nak pergi sambung tido membasuh baju. Nanti kita hangout lagi eh.

Rabu, Julai 14, 2010

I Got My Own Life

Menyampah.

Itu apa yang aku rasa sekarang ni.

Dengan siapa aku rasa begitu biarlah aku dan ALLAH saja yang tahu. Kalau ada kawan-kawan aku yang baca entry ni dan dapat agak siapa hamba ALLAH yang aku maksudkan, diam-diam sudah.

Aku pelik dengan perangai manusia yang satu ni. Kadang-kadang dia cakap apa yang dia tak bikin.

Aku tahu kau ada kehidupan yang sangat baik. Kehidupan yang sangat kau banggakan. Kehidupan yang kau rasa lebih bagus dari orang lain.

I never give it a damn.

Tapi, tak perlulah nak jealouskan aku dengan semua itu.

Apa yang kau dapat buat sekarang, aku dah lama buat. Dah sampai tahap aku muak. Macam nak termuntah.

Aku malas nak cakap lebih-lebih.

Kalau kau ada kehidupan yang baik, bagus. Aku tabik. Tapi, kalau kau sengaja nak tunjuk benda-benda yang kau ada atau boleh buat, baik tak payah.

Aku tak heran.

Please laa. Zaman sekarang, orang dah tak guna taktik ter**** ****** ******* orang lain dengan alasan tidak sengaja.

Aku tau kau sengaja.

Eiii menyampah pulak aku dibuatnya.

Satu je nasihat aku. If you loves your life, so do I.

Bye !!

Isnin, Julai 12, 2010

Dari Channel Lain


Sekarang ni aku berada kat Air Hitam. Saja lepak kat rumah makcik aku 2-3 hari memandangkan Encik Rizal outstation untuk kesekian kalinya.

Bosan duduk rumah sensorang. So, aku ambil kesempatan untuk rileks kat rumah makcik aku ni. Maybe, hari Rabu baru aku balik JB.

Sambil-sambil rileks ala-ala bercuti ni, perniagaan tetap berjalan macam biasa. Alhamdulillah, banyak SMS masuk mintak quotation dan tanya stok barang.

Minggu depan mungkin menjadi minggu sibuk juga sebab aku nak pergi daftarkan perniagaan aku kat SSM. Lepas tu sibuk nak buat tempahan makan dari seorang kenalan lama dan siapkan sample biskut raya lagi sekali.

Harap-harap semua berjalan lancar. Amin.

Kat rumah makcik aku takde internet. Sekarang ni aku kat Cyber Cafe. Cek email, update blog lebih kurang je sebab masa terhad.

InsyaALLAH nanti dah balik JB aku kongsikan kisah pendaftaran perniagaan aku.

Dahla. Nak chow. Times is up !!

Sabtu, Julai 10, 2010

Hari Sibuk

Pertama kali sejak beberapa bulan yang lalu, aku bangun awal pagi. Lepas solat Subuh, takde agenda sambung tidur. Siap-siapkan sarapan dan packing lunch untuk Encik Rizal, aku terus buat kerja rumah.

Kemas dapur, basuh baju, sidai baju.

Sekarang ni pulak, sambil-sambil ber-FB dan menaip ni, aku tengah bakar cookies. Untuk buat sample lagi.

Dah 2 kali aku buat sample.

Walaupun penat, tapi bila orang puji dan buat tempahan, terus hilang rasa penat sebab aku rasa berbaloi sangat-sangat bersengkang mata, sanggup tak tidur tengahari demi menyiapkan sample yang customer minta.

Makanya, hari ini adalah hari sibuk aku.

Esok pun hari sibuk sebab nak siapkan tempahan kuih-muih dan roti jala dari seorang kawan untuk jamuan kat pejabat dia.

Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada.

Blog jual baju aku pun dah start aktfi balik.

Sekarang tengah sibuk cari supplier baru.

Kalau antara kamu-kamu yang ada kedai online atau pemborong baju, tudung, seluar untuk pelbagai size, bolehlah bagi aku link kamu-kamu kat blog tu. Boleh aku jengah-jengah kedai kamu-kamu.

Dahla. Nak sambung buat kerja. Busy busy busy ni. Miahahaha ^_^

Sekarang Pukul 12.30 Tengah Malam

Masih belum tidur.

Temankan Encik Rizal tengok movie kat Star Movies.

Aku malas nak tengok sebab dah banyak kali tengok.

Mata masih belum mengantuk walaupun badan sangat penat.

Esok ada agenda dengan adik sayang. Nak pergi tengok Eclipse kali kedua *untuk akulah muahahaha*.

Selain tu, esok nak kena buat sample kuih lagi.

Alhamdulillah, masih ada rezeki dan sambutan.

Eh cerita dah habis pulak.

Nak tido.

Bye.

Khamis, Julai 08, 2010

Panas Dari Dapur : Ayam Goreng Kunyit

Lauk Ayam Goreng Kunyit adalah kegemaran aku dan Encik Rizal. Kalau makan kat luar pun selalu order Nasi Goreng dengan Ayam Kunyit.

Oleh sebab stok lauk dalam fridge cuma ada ayam dan sedikit sayur kacang panjang dan lobak, so aku masak Ayam Goreng Kunyit untuk menu makan malam ni.

Menu yang sangat mudah tapi sangat sedap dimakan. Miahahaha ^_^

Meh kongsi resepinya.



AYAM GORENG KUNYIT


Bahan-bahan :

Isi ayam dipotong kecil digaul dengan garam dan kunyit, digoreng garing dan ketepikan
5 batang kacang panjang dipotong
1 batang lobak merah dipotong
1 biji bawang besar dihiris bulat
1 ulas bawang putih dihiris
1 batang lada merah dan hijau dihiris



Cara memasak :

Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, lada hijau dan lada merah.
Masukkan kacang panjang dan lobak merah dan goreng selama 4-5 minit.
Bubuh garam secukup rasa, dan masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dan sedia untuk dihidang.


Senangkan ?? Selamat mencuba !!




Realiti Hidup dalam 'CHUKANG'

Kamu-kamu dah pernah tengok filem pendek yang satu ini ?? Filem ni agak kontroversi jugak siap masuk Melodi pasal ada adegan-adegan di luar normal masyarakat Islam.

Aku bukan nak komen pasal filem, pelakon atau adegan-adegan dalam filem ni tapi realiti jalan cerita yang digarap oleh pengarah filem ni.

Realiti kehidupan manusia sekarang yang sanggup jual maruah demi wang ringgit.

Realiti kehidupan manusia sekarang yang makin tandus rasa takut pada ALLAH dan balasan-NYA di hari akhirat.

Ok. Aku bukan manusia sempurna. Sebelum ada yang salah anggap fikir aku nak kata diri aku ni mulia, baik aku ingatkan pada kamu-kamu bahawa aku masih lagi memperbaiki ketidaksempurnaan diri aku. Untuk memberi aku peringatan bahawa setiap amalan dan dosa aku dihitung dan menunggu untuk pembalasan.

Kalau kamu-kamu belum tengok, nah aku hidangkan tapi tonton dengan tanggungjawab sendiri. Kalau kamu cari yang positif, InsyaALLAH, apa yang buruk dalam filem ini kamu boleh ubah jadikan baik. Kalau kamu nak ikut yang buruk juga, suka hati kau la labuuuu ....





Part 1






Part 2


Hilang Ghairah


Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku hilang ghairah nak menulis. Ada idea yang ingin dikongsi tapi tapi rasa malas yang amat sangat.

Nak dikata penat dengan kerja, aku tak kerja. Satu-satunya kerja yang aku ada ialah menghadap lappy ni, google entah apa-apa sehinggakan sampai satu tahap aku naik bosan. Lepas tu aku off lappy, aku on TV. Bosan dengan TV, aku berguling-guling atas katil.

Mungkin jugak sebab aku sibuk buat sample kuih raya 2-3 hari ni. Tu yang penat dan malas nak mengupdate entri.

Selalunya aku ada simpan 2-3 entry dalam Drafts in case kalau aku takde idea tapi ni dahlah yang dalam Drafts kering, yang dalam otak terus kontang.

Sepatutnya, aku sekarang ini berada di Cathay Cineplexes City Square untuk menonton Eclipse. Tapi, bangun-bangun pagi tadi, macam takde mood nak pergi. Lagipun sorang-sorang. Malas arrr.

Semangat nak tengok Jacob yang berkobar-kobar sedari bulan lepas, tetiba pufff!! hilang dengan sekelip mata.

Kalau jadi pun aku pergi tengok mungkin Sabtu ni sebab nak tunggu adik sayang sekali. Malas aku nak pergi tengok 2-3 kali melainkan ada orang nak belanja. Miahahaha ^_^

Eh eh dalam hilang-hilang ghairah tu berjela jugak entri aku kali ni kan. Haha jangan marah hahh ...



p/s : kenapa banyak sangat '2-3' dalam entri ni ???

Rabu, Julai 07, 2010

Lady Gaga Tergolek Dokk

Macam-macam hal la Si Lady Gaga ni ... tak pasal jadi nangka busuk !!












p/s : jangan berangan nak pakai boots mcm tu eh ^_^

Selasa, Julai 06, 2010

Pelan Perniagaan

Aduss.

Kepala aku tengah berserabut sekarang ni.

Banyak benda aku tengah fikir.

Sekarang tengah busy membuat bermacam-macam survey untuk pelan perniagaan baru aku. Actually, aku berniat nak berniaga. Aku kongsi dengan adik sayang aku.

Dalam otak ni macam-macam idea ada tapi aku kena listkan terlebih dahulu dan membuat perbincangan lebih lanjut dengan partner share aku tu.

Rupanya memang bukan senangkan nak memulakan perniagaan. Banyak benda kena fikir dan kena consider.

Modal, lokasi, jenis perniagaan, pelbagai lesen, pembekal, pekerja.

Boleh terkeluar biji mata aku browse internet ni untuk cari maklumat. Tapi demi masa depan yang lebih baik, aku kena kuat semangat. Aku tak mahu mengalah sebelum berjuang.

Biarpun perniagaan yang bakal aku jalankan ni berskala kecil dimana margin untung pun ciput, aku rasa itu sudah cukup untuk menjadi platform untuk aku lebih berjaya. Bak kata orang bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. InsyaALLAH.

Business jual baju aku secara online masih diteruskan. Sekarang ni dalam proses mencari stok baru. Masa jadi baby-sitter dulu, aku stop sekejap bisnes tu sebab takde masa nak layan pertanyaan customer, tapi bila dah free ni, aku nak aktif balik.

Alhamdulillah, masih ada sambutan dari pelanggan. Terima kasih kepada beberapa orang pelanggan tetap yang setia menanti stok baru dari aku.

Untuk Hari Raya yang bakal menjelang ni pulak, aku jual kuih raya tapi 2-3 jenis je. Itupun tak ambil banyak tempahan. Takut tak terbuat. Harap-harap ada sambutan macam raya tahun lepas. Bolehlah buat beli baju raya bling bling. Hehe ^_^

Aishhh membebel melalut pulak aku ni.

Dah dah nak pegi sambung terkeluarkan biji mata cari maklumat.

Kamu-kamu yang ada pengalaman atau nasihat nak bagi aku untuk pelan perniagaan aku ni, bolehlah berkongsi dengan aku ye.

Terimas.

Isnin, Julai 05, 2010

P/S : I Love U, Jacob Black

pic from Yahoo ! Images




Call me crazy, call me nuts.


I'm deeply, unconditionally in LOVE with Jacob Black. Repeated Jacob Black !!

Lagi 3 hari, tayangan Eclipse akan release di pawagam Malaysia. Aku dah booking bukan 1 show tapi 4 show in case kalau-kalau ada waktu yang aku tak boleh pergi. Tapi, pilihan utama aku tetap first show on Thursday morning. Harap-harap Encik Rizal izinkan aku pergi tengok dulu. Sorang-sorang pun takpe. I rela, demi Jacob. Muahahaha ^_^

I have really high expectation on this new movie. Really hope it won't disappoint me.

No matter what happens, I really LOVE U la Jacob.



*sedang golek-golek tengok gambar Jacob sambil air liur basi meleleh*





pic from Yahoo ! Images

Blur


Weh. Dah 2 ari tak update blog tetiba pagi ni macam blur pulak.

Sabtu dan Ahad. Jadual aku sangat pack sampai tak sempat nak on lappy. Cuma sempat ber-FB sebentar. Itupun sebab ada Wi-Fi di mana-mana.

Weekend kali ni penuh dengan aktiviti berjalan-jalan cari makan dan aktiviti menghabiskan duit adik sayang sebab dia dah gaji so kena pow dia lebih-lebih. Huhu thanks ye, ADAH !!

Seronok !!

Shopping kain untuk buat baju raya. Lucky me, still ada tailor yang masih ambil tempahan. Kalau tidak, tahun ni berhari raya pakai jeans. Hehe *padahal baju kurung hanya dipakai 4 jam sahaja setiap kali hari raya, pastu rimas tukar pakai seluar jugak. bluekk*

I'm having so much fun sebab bukan selalu boleh hangout-tengok wayang-shopping dengan adik sayang aku yang sorang tu. Busy kerja memanjang. Sesekali dapat keluar habiskan masa sama-sama memang sangat menyeronokkan.

Dahlah.

Aku nak pegi masak makan tengahari ni. Arini kena masak awal sebab cousin-buchuk-sayang ada kat rumah. Kang kebulur pulak kalau aku tak bagi makan tengahari !! Bahahaha

Jumaat, Julai 02, 2010

Kau Pergi Jua

Arghhh !! Patutla dari pagi aku rasa Jumaat ini macam tak seronok. Rupa-rupanya aku bakal kehilangan sesuatu yang aku sayang. Tak sampai setengah jam tadi, kucing kesayangan aku, Kira telah meninggalkan aku.

Sedih tak terkata.

Aku memang dah agak nyawanya takkan bertahan lama sejak dari semalam. Encik Rizal pulak jangka dia ada masa lebih kurang seminggu sebab dia memang dah sakit teruk.

Tapi tak sangka, hanya 2 jam meninggalkan dia tadi, balik-balik dari kedai aku jenguk dia kat bilik dia, dia dah pun takde. Sedihnya. Aku terus menangis.

Aku sayang dia.

Tapi, aku rela dia pergi dari tengok dia terseksa.

Dia tetap dalam kenangan.

Kira ku sayang ....








Setengah Tahun

Pejam celik pejam celik, tahun 2010 sudah pun melewati separuh dari usianya. Cepatkan masa berlalu.

Azam kamu-kamu tahun ni dah ada yang tercapai ?? Kalau belum macam aku, takpe masih ada setengah tahun lagi untuk kamu-kamu dan aku merealisasikannya. Yang penting usaha.

Dalam masa setengah tahun ni banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Sometimes it's good but sometimes it's bad. Tapi itu tidak melemahkan semangat aku. Namapun manusia. Mana sempurna. Janji aku cuba yang terbaik.

Aku sedang merencanakan hidup aku untuk 6 bulan yang akan datang. Tidaklah ada plan hebat ke apa cuma aku hanya mahu menjalani hidup seadanya tapi seadanya itu aku harap dapat memberi kesan positif dalam hidup aku.

Aku mengharapkan 6 bulan mendatang akan membawa lebih banyak cahaya kebahagiaan dalam hidup aku dan Encik Rizal.

Aku ada planning nak kembangkan bisnes online aku. Masih dalam proses mencari maklumat dan macam-macam lagi. Bukan senang nak berniaga ni. Nak pilih benda yang nak diniagakan pun macam buntu. Buat masa ni ada dua pilihan. Bukak warung makan atau kedai jual baju.

InsyaALLAH, kalau ada progress terbaru, aku akan kongsi dengan kamu-kamu. Harap-harap tahun 2010 ni akan memberi sedikit peningkatan dalam kualiti kehidupan aku sekeluarga.

Doakan kami ye !!

Salam Jumaat semua.

*tiba-tiba aku tak rasa excited bila Jumaat kali ini datang, tidak seperti yang sudah-sudah. kenapa agaknya ??*

Khamis, Julai 01, 2010

Apa Kes Ni ??

Damn !!

Sampai ke petang aku takde idea nak update blog.

Google sana, google sini. Masih takde cerita atau entri menarik untuk ditaip sebagai santapan pembaca *cheh macam ada pembaca je*

Mungkin sebab aku dari pagi atau lebih tepat dari semalam, aku dah berhangin je satu badan. Barang yang aku order online tak sampai-sampai lagi. Bila aku check tracking number kat website Pos Malaysia, dia tulis konon-konon pukul 7.15 malam semalam dioarang dah hantar ke alamat aku tapi takde orang kat rumah.

Waklu !!

Sehari suntuk aku menunggu bungkusan tu sedap-sedap je tulis aku takde kat rumah. Dari hari Selasa aku menunggu. Memang damn betul la.

Tapi, Alhamdulillah sampai juga bungkusan tu dengan selamat ke tangan aku. Hati berbunga riang. Dapat juga apa yang aku idam-idamkan.

Seram sejuk bila aku tak dapat-dapat bungkusan tu. Sebelum ni aku tak pernah mengalami benda macam ni. Tu yang macam cacing kepanasan. Geram dan tension. *ke tak sabar??*

Memang betul kata kawan aku. Kalau beli barang secara online ni kena banyak sabar. Kadang-kadang ada masalah pada penjual. Kadang-kadang ada masalah dengan pihak penghantar.

Hehe tapi itu sedikit pun tidak menghilangkan rasa cinta aku kepada aktiviti online shopping. Pada aku, ianya sesuatu yang seronok. Dah macam addicted pun iya juga. Labih-lebih lagi kalau ada blog jual baju untuk wanita plus size macam aku. Setakat 3-4 jam browsing dari satu blog ke satu blog adalah perkara biasa.

Ni pun sebenarnya aku tengah deal dengan seorang penjual nak beli dress plus size ni. Haha.

Bye ^_^

Menghadapi Sindrom Pertukaran Jadual Waktu

Haha

Tajuk entri seperti minta dilempang sebanyak 18 kali.

Macam yekyek jek atau lebih tepat seperti kata orang sekarang POYO !!

Seperti yang kamu-kamu tahu (kalau tak tahu buat-buat tahu jek), aku dah berhenti kerja sebagai baby-sitter. Jadi, aku sudah kembali kepada tugasan lama iaitu suri rumah sepenuh masa yang banyak masa sehingga rasa masa yang ada seperti mahu dihabiskan dengan tidur.

Sebelum ni dah biasa masak awal, tak tidur tengahari dan melayan kerenah kanak-kanak ribena, bila tak jadi baby-sitter ni rasa sunyi kembali menerjah.

Bila sampai satu tahap, bila rasa bosan yang amat sangat mula datang mengetuk pintu hati, maka jalan penyelesaian yang terbaik adalah menjadikan tilam dan bantal empuk sebagai teman mesra sepanjang hayat.

Sekarang ni aku masih dalam proses nak adjust semula jadual harian. Taknaklah habiskan masa dengan tidur je.

Aku ingat nak sambung semula beberapa projek mencantikkan rumah yang tergendala sejak azali.

Harap-harap tak jadi Mat Jenin hangat-hangat tahi ayam. Hehe. Bukan apa, kadang-kadang macam cemburu bila tengok tilam empuk tidak berpenghuni. Tu yang rasa nak menemani dia sepanjang waktu.

Haha

Poyo.

Dah la.

Bye.

Jangan kutuk eh.

Dosa.

^_^

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin