Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Julai 16, 2010

Santapan Malam : Roti Jala dan Kari Ayam

Oleh sebab tadi buat tempahan roti jala, aku pun sengaja lebihkan adunan untuk buat makan malam sekali. Biasanya jarang aku lebihkan, selalunya buat cukup-cukup order je. Tapi disebabkan aku macam teringin nak makan, so aku buat lebih.

Lagipun bukan selalu dapat nak makan sedap kan. Aku memang kurang rajin nak buat roti jala ni melainkan ada tempahan sebab kerjanya agak leceh.

Kali ni aku padankan sang roti jala tu dengan kuah kari ayam. Yumyum, sekali hadap 6 keping aku taram. Encik Rizal pun sama. Sesekali pekena masakan isteri, memang bertambah-tambah gemok dan buncit selera suami sayangku itu.

Selalu aku cerita je kan aku buat roti jala, kali ni meh aku kongsikan resepinya yang mudah tapi agak leceh bila nak menjalanya.



ROTI JALA

Bahan-Bahan :

1 kilo tepung gandum
1 tin susu cair
3 tin air (guna tin susu cair)
3 biji telur
Sedikit pewarna kuning
2 sudu kecil garam



Cara membuat :

Campur semua bahan dalam bekas dan adun sampai sebati. Biasanya, aku kisar adunan tepung tu supaya ianya halus dan tidak berbiji-biji. Bila dah halus adunan tu bolehlah dijalakan diatas kuali leper yang telah dilengser dengan minyak. Kalau ikut adunan ni boleh dapat lebih kurang 100 keping.

Selamat Mencuba !!







Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin