Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Sabtu, Ogos 28, 2010

Lama Gilos

Perghh .... puihhh puihhh

Lama gilos aku tak update apatah lagi menjenguk blog kesayangan yang sudah bersemak samun, bersawang dan bertahi cicak ni.

Kesian kesian.

Tapi apa boleh buat.

Demi menjalankan tugas kepada mereka-mereka yang malas nak masak, maka aku terpaksa melupakan sementara waktu medan penulisan kesayanganku ini.

Alhamdulillah, lebih 2 minggu menjalankan perniagaan di bazar ramadhan, walaupun sangat penat sampai satu tahap otak dah tak berfungsi dengan jayanya, rezeki ALLAH aku terima dengan hati terbuka.

Aku bercadang seminggu sebelum raya nak stop berniaga kat bazar sebab nak tumpukan pada order biskut raya pulak.

InsyaALLAH, nanti aku update gambar aku kat bazar.

Yang pasti, seronok berniaga kat bazar ni. Tiap-tiap hari dapat makan free. Nasi beriani, nasi lemak, rojak asma, ikan bakar, nasi dagang, nasi kerabu. Aishhhh. Sampai dah tak lalu nak makan sebab mengadap benda yang sama. Hehe ^_^

Ok la .. nak chow dulu. Nak teruskan 'persilatan kat dapur'. Huhu =)

1 ulasan:

alia berkata...

oo...nantikn cerita berniaga di bazar ramadan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin