Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, September 17, 2010

Latest

Perghhh

Selepas sebulan bekerja keras, akhirnya tiba masa untuk aku merehatkan diri sebelum merancang perjalanan baru.

Just nak share latest update tentang aku, kalau-kalau kamu-kamu mahu ambil tahu la ye ... ^_^


1) Beraya di Kota Tinggi dahulu. Kemudian ke Air Hitam. Akhirnya pulang ke JB.
2) My lovely 'son', L telah meninggalkan kami selama-lamanya. balik-balik dari kampung, tengok dia dah berbaring lena kat bilik dia. aku, seperti biasa meraung macam orang mati laki. sedih siot. dia adalah kucing kesayangan aku. buat masa ni, takde kucing lagi dah. sedihhhh
3) kedai online masih ditutup sebab tunggu stok baru. insyaALLAH, awal bulan depan akan dibuka semula.
4) baru baik demam. tapi tetap beraya sakan.

Nanti dikesempatan lain, aku update cerita raya. Sekarang ni masa untuk tidur. Hehe, hujan ni rugi tak bergolek-golek atas tilam empuk.

Jumaat, September 03, 2010

Mencuri Masa

Kalau masa boleh dicuri, agak-agak berapa banyak masa yang kamu-kamu nak curi ?? Kalau aku, rasa macam nak curi masa supaya jadi 72 jam sehari. Tapi, cukupkah ?? Ermmm ... rasanya macam tak cukup.

Sekarang ni, selain dari berperang dengan periuk belanga kat dapur, aku juga berperang dengan tepung, butter, gula dan yang sewaktu dengannya. Tengah gigih siapkan biskut raya yang orang dah order.

Kalau boleh nak settlekan semua by Sunday. Lepas tu dah boleh rileks dan fikir untuk sambung shopping raya pulak. Tak lupa juga program mengemas rumah sebab rumah aku dah macam kapal karam. Bersepahnya hanya ALLAH yang tahu.

Badan aku dah rasa lenguh-lenguh. Bertahan bertahan. Dah tak lama je lagi. Bila selesai semua ni, aku nak rileks puas-puas sebelum memikirkan projek seterusnya.

Eh nak chow dulu la. Takut lama-lama mengadap lappy ni, hangus pulak biskut aku. Tak pasal kau !!

Eh nak cakap SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN juga.

Kot-kot nanti tak sempat update blog lagi sebelum raya menjelma. i busy You !! Miahahaha ^_^

Ok-ok, bye.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin