Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, September 03, 2010

Mencuri Masa

Kalau masa boleh dicuri, agak-agak berapa banyak masa yang kamu-kamu nak curi ?? Kalau aku, rasa macam nak curi masa supaya jadi 72 jam sehari. Tapi, cukupkah ?? Ermmm ... rasanya macam tak cukup.

Sekarang ni, selain dari berperang dengan periuk belanga kat dapur, aku juga berperang dengan tepung, butter, gula dan yang sewaktu dengannya. Tengah gigih siapkan biskut raya yang orang dah order.

Kalau boleh nak settlekan semua by Sunday. Lepas tu dah boleh rileks dan fikir untuk sambung shopping raya pulak. Tak lupa juga program mengemas rumah sebab rumah aku dah macam kapal karam. Bersepahnya hanya ALLAH yang tahu.

Badan aku dah rasa lenguh-lenguh. Bertahan bertahan. Dah tak lama je lagi. Bila selesai semua ni, aku nak rileks puas-puas sebelum memikirkan projek seterusnya.

Eh nak chow dulu la. Takut lama-lama mengadap lappy ni, hangus pulak biskut aku. Tak pasal kau !!

Eh nak cakap SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN juga.

Kot-kot nanti tak sempat update blog lagi sebelum raya menjelma. i busy You !! Miahahaha ^_^

Ok-ok, bye.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin