Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Ahad, Oktober 31, 2010

Spring Cleaning dan Menjamu Tetamu

Yes.

Walaupun penyakit 'M' melanda, tetap aku gagahkan diri aku bangun awal. Bangga sungguh dengan diri aku.

Harini aku buat kerja-kerja mengemas rumah secara menyeluruh. Dari pintu depan sampai pintu belakang.

Sebenarnya, aku memang bukan jenis orang yang rajin mengemas. Kalau pada mata aku tak bersepah, aku rasa ok jek.

Disebabkan dah lama tak buat kerja kemas-mengemas secara menyeluruh, mata pun dah rasa macam semak, dengan gigihnya aku menguatkan semangat sepenuh tenaga mengemas rumah seorang diri.

Bangga *mode : hidung kembang*

Selalunya, aku akan kemas kalau Encik Rizal tolong sama. Bukan apa, bolehlah mengelat minta dia buat itu ini sambil aku mengeluh penat. Padahal setakat lap2 habuk jek.

Harini aku all out.

Sapu sampah, cuci kipas, cuci toilet, kemas dapur, cuci fridge, basuh baju, sidai baju, buang sawang, mop lantai dan masak.

Penat.

Tapi, seronok sebab rumah bersih. Tenang je rasa. Sedap mata memandang.

Bukan senang nak cari mood mengemas macam ni. Sesekali mood datang, kenalah guna dengan sebaik-baiknya.

Tadi kawan-kawan aku datang. Saja hang out berborak. Sambil tu aku masaklah sedikit makanan untuk santapan diaorang. Aku buat mihun goreng, nasi putih, sambal sotong, telur dadar dan kentang goreng beserta ikan bilis.

Harap-harap diaorang suka dengan masakan aku yang tak seberapa tu. Sesekali lepak kat rumah sambil makan seronok juga.

Sekarang ni aku tengah tunggu Encik Rizal balik dari kerja. Kami nak keluar beli barang keperluan rumah.

Ishhhh lambatnya ....

Sabtu, Oktober 30, 2010

Insha-ALLAH : Maher Zain

I have to admit that I've watched this video and heard this song hundreds time but I can never hold my tears each time the lyrics reach my ears. I don't why, but this song gave me so much inspiration not to lose hope. Insha-ALLAH. I'll find my way.











Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way


Bukan Merajuk

Baru 3-4 hari aku menghilang dari dunia maya, adalah tulisan-tulisan dari emel dan SMS yang bertanya ke mana aku menghilang.

Ada yang tanya, merajukkah aku ??

Merajuk ??

Haah. Memang aku merajuk.

Merajuk dengan broadband aku yang bermasalah dan juga merajuk dengan lappy aku yang semakin hari semakin nazaK.

Panas bontot aku duduk rumah sepanjang hari tanpa Internet. Aku masih boleh hidup tanpa Astro selama 3 bulan, tapi tanpa Internet, aku boleh kena serangan jantung bertalu-talu.

Untuk mengubat hati yang luka kerana broadband dan lappy tiba-tiba buat mogok, aku keluar berhibur bersama diri sendiri.

Ya. Diri sendiri. Ok. Tak. Tipu. Ada satu hari tu aku berhibur bersama teman, pergi berkaraoke di tempat yang boleh dikatakan best sebab charge dia murah iaitu RM5 satu kepala untuk 2 jam dan memang aku akan pergi lagi.

Hari ni broadband dan lappy dah tak mogok sebab dah berjaya membuatkan aku sedekahkan beberapa keping kertas berwarna hijau-tak-hijau-sangat yang ada gambar lelaki pakai tanjak pada tauke kedai di mana mereka bermalam dalam tempoh mogok tersebut.

Walaupun luaran aku nampak gembira, tapi dalaman aku menderita sebab niat nak beli kasut Converse yang Encik Rizal cakap aku tak layak pakai sebab aku bukan remaja lagi terpaksa dikuburkan buat sementara waktu. Kecik hati.

Tapi aku redha. Redha kerana broadband dan lappy adalah segala-galanya untuk aku. Intan payung. Musyuk masyam. Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap.

Apapun terima kasih pada yang hantar email dan SMS bertanya khabar. Walaupun sebenarnya email dan SMS itu lebih cenderung kepada 'apsal senyap?? lama tak on FB, YM ??' ataupun 'mana kau?? blog tak update pun ...' Faham tak apa yang aku nak sampaikan. Kecik hati lagi sekali.

Ouhh ye. Hari ni hari Sabtu. Aku keluar berlibur seorang diri ke City Square. Pusing-pusing. Makan-makan. Jenguk-jenguk kasut Converse. Balik.

Esok masih lagi hari duduk rumah diam-diam. Encik Rizal kerja. Kecik hati untuk kesekian kalinya.

Dahlah. Sebelum aku merapu lebih banyak, cukuplah aku katakan it is feels so good to be back.

More to come. Caloo bete ^_^

Isnin, Oktober 25, 2010

Kawasan Kejiranan

Aku suka kawasan kejiranan aku. Walaupun masing-masing sibuk dengan urusan sendiri, tapi kami boleh dikatakan rapat antara satu sama lain.

Sifat kejiranan masih tebal dalam diri kami. Contohnya kalau aku masak lebih, mesti aku hulurkan semangkuk dua kat jiran. Kadang-kadang aku pula yang dapat sepinggan dua.

Kebanyakkan jiran aku Melayu. Usia lebih kurang sama. Mungkin itu juga jadi penyebab kenapa kami boleh ngam.

Sebenarnya dulu aku kurang rapat dengan jiran-jiran aku ni. Tapi, lama-kelamaan, bila dah start bergaul, seronok pula.

Bukan apa, jiran ni penting sebab mereka yang paling dekat dengan kita. Kalau ada kesusahan, dengan merekalah kita nak minta tolong.

Aku bertuah sebab memilih kawasan kejiranan ini untuk menjadi tempat kami menetap. Mungkin sampai kami menutup mata nanti.

Harap-harap, hubungan baik kami akan berkekalan sampai bila-bila.




*inilah kawasan kejiranan aku. alamatnya .. biarlah rahsia ^_^*

Blank.

I mean it.

Ahad, Oktober 24, 2010

Home Alone. It's Sunday Hokeh !!

I'm alone. Watching TV. By myself. Hahaha why am i sound so pathetic. Macamlah tak biasa kena tinggal sorang-sorang kat rumah on weekends.

Macam ni lah perangai aku kalau takde program bila hujung minggu. Meroyan tak tentu pasal. Kaki, tangan gatal je nak merayap.

Geng-geng merayap pun semua ada hal pulak harini.

So, kenalah terima hakikat bahawa harini adalah hari duduk rumah diam-diam, buat kerja yang patut iaitu mop rumah, lipat baju dan cuci toilet.

Sedih sedih.

Nasib baik ada TV kesayangan. Beserta Astro. Dapatlah mengubat kedukaan hati.

Cheett ... cerita macam tak pernah keluar rumah selama 10 tahun pulak. Padahal setiap hujung minggu berjimba-jimba. Sesekali kena duduk rumah, terus hilang akal.

*Shy*Shy*

Bye.

Sabtu, Oktober 23, 2010

Ex-Boipren Versi Boyband

Zaman persekolahan adalah zaman paling menyeronokkan. Walaupun nak dekat exam sekalipun, aku and the gang jarang sekali duduk mengadap buku, menelaah. Jarang sangat.

Sehinggakan lagi 2 minggu nak exam SPM, kami masih seronok main game POP KUIZ. Haha. Kalau ingat balik, boleh pecah perut gelak-gelak lebih lagi kalau cerita tu diulang-ulang kalau kami melepak bersama. Memang suka nak ingat kenangan lama.

Dulu, masa sekolah, kami memang gila pada boyband. Just name it. Semua kami kenal. Masing-masing pula tu berebut pilih anggota boyband tu untuk dijadikan boipren tak rasmi. Berangan.

Jom follow aku layan tengok gambar-gambar jejaka-jejaka yang telah aku ceraikan sebab aku tak sanggup nak berkongsi diaorang ni. Hahaha ^_^





*boipren pertama ever : Howie D - Backstreet Boys*





*JC - 'NSYNC*




*Ryan : Take 5*




*Clint : The Moffats*




*Sean - 5ive*




Itulah antara beberapa bekas boipren yang pernah bertakhta di hati. Ada banyak lagi. Tapi tak hengat nama diaorang. Sebab ramai sangat kan. 0__0. Mana diaorang ni menghilang pun aku tak tahu. Malas nak ambil tahu. Biarlah mereka bahagia dengan hidup mereka. Hahahahaha ^_^

Ok.

Boleh muntah darah ke muntah hijau ke muntah kuning ke sekarang.

Bye.

Pagi-Pagi Hati Dah Panas

Eiii geram betul la.

Pagi-pagi dah bikin hati wa panas.

Penat aku berpeluh-peluh menyapu porch semalam. Buang business card yang dicampak oleh pekerja-pekerja 'Along' ni.

Bangun pagi tadi masa nak bagi kucing makan, tengok bersepah semula business card tu. Rasanya macam baru dicampak. Sebab petang semalam tak nampak pula.

Arghhh rimas tau tak.

Tension aku. Tak suka benda-benda tu menyepahkan porch aku yang dah sedia tak berapa nak kemas. Sakit mata memandang.

Tak cukup agaknya diaorang ni tampal iklan kat pokok, kat papan tanda, kat tiang elektrik. Tiap-tiap hari mesti ada 2 orang naik motor, campak business card ni.

Rasa macam nak buat banner kat pagar depan rumah bagitau supaya jangan nak campak-campak business card tu dalam rumah aku. Tapi, ada ke orang buat macam tu ??

Tak suka tak suka.

Jumaat, Oktober 22, 2010

Jumaat. Tapi Kenapa Aku Tak Rasa Apa-Apa


Otak aku blank.

Selalunya aku happy kalau hari Jumaat.

Mungkin sebab aku tahu Sabtu dan Ahad ni bakal duduk rumah melayan TV sahaja. Takde aktiviti berpoya-poya. Encik Rizal kena kerja weekend ni.

Sedih.

Takpelah.

Rasa macam nak minta izin dia nak merayap ke Jusco Taman U. Dapat makan jambu air cicah asam jadilah. Takpun tapau cheese cake lazat-lemak-berkrim-disukai-ramai kat Secret Recipe pun ok.

Window shopping is a must.

Duduk bersila kat MPH sambil pilih novel pun careee jugak. Semangat nak membaca berkobar-kobar ni. Kali ni nak cari buku motivation pulak.

Hehe.

Tengoklah nanti. Kalau rajin, adalah. Kalau tak rajin, non halal adalah. Aku ni kadang-kadang cakap je tak suka duduk rumah, tapi bila mengadap TV, cerita best sanggup tak keluar pun. ^_^

Satu Dunia Dah Tahu, Baru Nak Beralasan

Rentetan dari petikan berita dari akhbar Harian Metro semalam tentang 9 orang anak menghantar ibu mereka ke pusat jagaan orang tua kerana ibu mereka kuat makan, harini pulak keluar berita pasal anak dia dah ambil semula ibu mereka dari pusat jagaan tersebut.

Salah seorang anak wanita itu memberitahu bahawa abangnya yang tak amanah, makan duit pencen arwah bapa mereka sedangkan sepatutnya duit itu untuk membiayai keperluan seharian ibu mereka.

Macam-macam dunia sekarang ni. Suratkhabar dah jadi tempat membuka pekung. Bukan nak cakap aku bagus tapi kadang-kadang sakit hati bila anak-anak bagi alasan macam-macam lepas semua orang dah tahu apa yang mereka buat kat mak bapak mereka.

Masa tu barulah 1001 alasan yang keluar. Mungkin apa yang terjadi tu betul tapi takkanlah nak mengharap duit pencen arwah bapa diaorang jek semata-mata nak support ibu sorang kan ?? Katanya semua kerja bagus-bagus. Takkanlah tak boleh sumbang sikit duit untuk ibu sendiri. Ibu sorang jek, bukan 9.

Aishh taknak komen banyak-banyak. Takut terkena batang hidung sendiri. Aku doa semoga aku dan adik-beradik aku takkan jadi anak seperti itu. Minta dijauhkan.

Nak tahu lanjut, klik SINI.

Tauladan Bersama Di Hari Jumaat Yang Mulia


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Mala ysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Mala ysia , negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.



p/s : semoga menjadi iktibar untuk aku dan kamu-kamu

Khamis, Oktober 21, 2010

Manusia Dan Makanan Umpama Menghirup Udara. Mesti.

Tajuk entri memang tak boleh blah. Gelak aku dibuatnya.

Tapi itulah hakikatnya, bukan ? Mana ada manusia yang mampu hidup tanpa makanan. Hidup kita seringkali berkisar tentang makanan.

Keluar pergi shopping mall, kita cari kedai makan. Keluar pergi bertandang rumah kawan, kita dihidangkan dengan makanan. Belum cerita tentang hari perayaan. Semua tentang makanan !!

Aku pun macam tu juga.

Suka makan. Suka mencuba sesuatu yang baru.

Kadang-kadang tak semua makanan kat luar boleh diterima oleh tekak. Mungkin pada orang lain sedap tapi tidak bagi kita.

Aku suka mencuba resepi baru sebenarnya. Biarpun susah, kalau hasilnya menjadi mestilah kita happy kan. Lebih-lebih lagi bila dihidangkan pada orang tersayang dan percubaan itu mendapat reaksi positif, lagilah kita 100 kali happy. Betul tak ??

Sebab tu aku tak kisah duduk melanguk depan lappy, google macam-macam resepi untuk memenuhkan tuntutan tembolok sendiri ataupun keluarga tercinta.

Sesetengah resepi tu memang leceh dan rasa lebih berbaloi makan kat kedai memandangkan harga barang mentah untuk menyediakannya tu mahal dan kaedahnya yang rumit. Tapi, sekali sekala apa salahnya laburkan sedikit duit dan masa untuk memuaskan selera sendiri.

Kalau makan kat kedai, tak boleh nak ikut selera kita sangat. Nak taknak, bila dah order, makanan dah sampai kita kena makan. Kalau tak rugilah kan.

Tapi, bila kita masak sendiri, kita boleh lebih dan kurangkan bahan yang kita suka. Sukat ikut sesedap rasa. Nak itu lebih, nak ini kurang. Kan ??

Kalaupun masakan tu tak berapa menjadi, kepuasan memasak sendiri tu lebih penting. Yelah, sekurang-kurangnya berbaloi dengan duit dan kepenatan sendiri. Kalau makan kat luar tak sedap, bukan saja rasa tak berbaloi dengan duit, mulut pun mulalah nak menyumpah-menyeranah. Nak kata tak sedap la apa la, sedangkan makanan tu dah masuk dalam perut.

Aku galakkan kamu-kamu belajar masak pelbagai hidangan. Mulakan dengan yang mudah-mudah. Yang penting niat nak belajar dan ikhlas. InsyaALLAH, hasilnya pasti memuaskan.

Boleh saja kalau kamu mampu nak makan kat luar selalu, tapi macam yang aku bagitau, kepuasan memasak dan makan makanan yang dimasak oleh tangan sendiri tak terbanding dengan masakan hotel 5 bintang biarpun tawar, masin atau apa sekalipun. Percayalah.

Aku pun bukan pandai sangat memasak. Masih belajar. Cuba menjadi superb macam arwah ibu dan nenek aku yang mana hanya membayangkan masakan mereka saja sudah cukup bukan aku terliur apatah lagi kalau makan. Hemmm yumyum.

Marilah kita bersama-sama belajar memasak. Kalau ada resepi yang mudah dan sedap dijamu perut, silalah kongsi.

Bongok Punya Anak

Geram betul aku kalau baca berita pasal anak-anak hantar ibu bapa ke pusat penjagaan orang tua kerana alasan yang bukan-bukan.

Terbaru, baca kat Harian Metro tadi pasal seorang wanita dihantar ke sana oleh 9 orang anak dia hanya kerana anak dia kata mak dia kuat makan.

Bongok betul.

Entah-entah masa kau kecik, kau lagi banyak mintak makan kat mak kau. Pernah kau fikir mampu ke tidak mak kau tu. Sekarang, kau dah besar gabak, mak kau sorang kau tak boleh nak bagi makan. Dahlah duit orang tua tu kau sapu.

Memang betul la kata orang, mak seorang boleh jaga 9 anak, tapi belum tentu 9 anak tu boleh jaga mak seorang.

Aishhh geram siot.

Sebagai seorang manusia yang tiada mak, aku rasa sedih dan mudah tersentuh kalau terbaca atau terdengar cerita pasal anak-anak yang membelakangkan mak bapak diaorang.

Kurang ajar. Penat-penat mak bapak kau bela kau, hantar sekolah tinggi-tinggi, sudahnya otak letak kat lutut.

Ehhh marah betul ni !!

Kalau aku jadi mak dia, lebih rela duduk rumah orang tua. Terjaga juga makan pakai. Dari nak harapkan anak-anak macam tu. Duit nak, jaga mak taknak.

Eiiiiiiii

Rabu, Oktober 20, 2010

Pengaruh Iklan Dalam Hidup

Kamu-kamu semua mesti tengok TV, dengar radio, melayari internet atau membaca suratkhabar kan ??

Pernah tak, bila kamu terbaca, terdengar atau terlihat iklan kat mana-mana, kamu rasa macam nak mencuba barang yang diiklankan tu.


Perasan atau tidak sebenarnya iklan sedikit sebanyak memberi pengaruh dalam kehidupan kita seharian. Contohnya, kalau tertengok iklan restoran makanan segera ada promosi menu baru, aku yakin 50% dari yang melihat mesti teruja nak dapatkan menu baru tu kan ??
Samalah macam aku.

Iklan banyak mempengaruhi aku. Kadang-kadang baik, kadang-kadang buruk.

Hehe ^_^

Yang terbaru, aku terpengaruh dengan iklan telefon bmbit keluaran syarikat terkemuka, Nokia.

Huhu sangat terpengaruh dan terjatuh hati pada Nokia C3.

Tengok pada spesifikasi memang ok. Senang nak ber-FB, ber-Twitter dan ber-YM dan berinternet. Cuma satu yang kurang. Kamera dia cuma 2MP. Arghhh tapi aku mahu juga !!

Minggu lepas dah pergi survey. Harga pun sangat ok. Harap-haraplah Encik Rizal sudi melayan permintaan aku. Aku rasa nak trade in Nokia 5800 aku untuk beli Nokia C3.

Kamu-kamu rasa berbaloi tak ??

Ada sesiapa yang dah pakai Nokia C3. Boleh komen sikit ??



*pink tu sungguh menawan bukan ^_^*

Keinginan Untuk Bertukar Angin

Aku selalu suarakan hasrat pada Encik Rizal untuk keluar dari Johor. Bahkan kadang-kadang, aku mengharapkan untuk bertukar angin ke luar negara.

Bekerja di negara orang. Cari duit. Cari pengalaman.

Kalau ikut hati, memang boleh cuba cari kehidupan di luar Malaysia. Tapi, banyak faktor lain yang perlu kami fikirkan. Keluarga paling utama. Kami sama-sama punya ayah yang lanjut usia. Tak sampai hati pula nak meninggalkan mereka hanya kerana ingin memenuhi tuntutan nafsu kami yang perasan muda ni.

Kalau diberi peluang, negara yang ingin aku dan Encik Rizal pergi untuk cuba mencari dan membina kehidupan sudah semestinya Jepun.

Kenapa Jepun ??

Sebab Encik Rizal pernah belajar dan bekerja di sana.

Dia boleh berbahasa Jepun. Itu akan memudahkan kami. Yalah. Kuranglah satu masalah. Walaupun taklah fasih tapi Encik Rizal bolehlah bertutur dalam bahasa pasar atau bak kata orang broken Japanese. Dia juga ada keluarga angkat di sana yang mana mereka masih berhubungan sampai sekarang walaupun dah hampir 14 tahun Encik Rizal meninggalkan negara Matahari Terbit itu.

Keluarga angkat dia suka melancong ke Malaysia. Boleh dikatakan setiap tahun. Cuma, aku belum berpeluang nak jumpa mereka sebab kesibukan Encik Rizal. Setiap kali mereka bercuti kat Malaysia, mesti masa tu Encik Rizal tengah bersengkang mata siapkan kerja. Tak dapatlah join mereka.

Masa Encik Rizal bujang dulu, pernah mak angkat Jepun dia tu belanja bercuti dalam kapal Star Cruise. Seronok kan ?? Jealous I tau !!

Teringin sangat nak ke Jepun sebab nak tengok sendiri keadaan negara itu yang menurut Encik Rizal sangat berbeza cara hidupnya dengan Malaysia.

Budaya, makanan, tempat menarik.

Semua itu jadi tarikan.

Hahh kalau dilayan angan-angan yang tak sudah ni, kalau boleh satu dunia aku nak pusing. Tapi, berangan tak salah kan. Tak perlu duit. Hanya perlu masa dan daya imaginasi.

Takpe. Mungkin belum masanya kami berhijrah. Tapi, suatu hari nanti siapa yang tahu.

Adehhh Pening Kepalaku

Bangun lewat. Pukul 11 pagi baru bangkit dari katil, cuci muka, gosok gigi. Keluar bilik, kemas sikit ruang tamu dan masak air. Bancuh Ovaltine. Bakar 3 keping roti sapu marjerin. Ngap !! Alhamdulillah terisi perut.

Aktiviti seterusnya, layan Internet sambil tengok TV.

Tiba-tiba kepala pening.

Skrin lappy nampak ada dua.

Alihkan pandangan kat dinding.

Pun sama jugak.

Cuba bangun, terus rasa pitam. Duduk balik. Baringkan kepala kat kusyen. Lepas 5 minit aku cuba bangun semula, pergi dapur, ambil air masak, telan Panadol.

Masuk bilik, pasang kipas, baring semula. Tertido ZZzzzzZZ

Ni aku baru bangun semula. Baru rasa ok sikit. Kepala masih pusing tapi taklah seteruk tadi.

Sedang menaip ni, terpaksa take 5 banyak kali sebab kepala jadi makin pening bila fokus kat lappy. Kejap-kejap bersandar.

OK.

Siap juga entry ni. Walaupun entah apa yang aku taip.

Dah dah dah.

Nak tekan button Publish. Pastu nak baring semula. Tiba-tiba sakit kepala datang balik.

Selasa, Oktober 19, 2010

Perasan Model Situ Sana Sini



Oleh kerana kegilaan aku terhadap kamera, maka dipersembahkan gambar-gambar perasan-model aku bersama-sama rakan-rakan. Diharap kamu-kamu semua tidak muntah darah.

Sekian, terima kasih.


Haha ^_^


















Surat Elektronik Buat Sang Suami

Dear Encik Rizal,

Saya tahu awak sayang saya. Saya pun sayang awak. Oleh yang demikian, bagi menambahkan lagi sayang saya pada awak, apa kata awak belikan saya salah satu benda kat bawah ni. Untuk lebih afdal, belikan dua-dua lagi bagus. Boleh ??

Sekian, wassalam.


Dari, isterimu.




*tak kisahlah color ape, tapi nak jenis tote eh ??*







*nak yang pink eh ??*





Kamu-kamu rasa Encik Rizal akan layan permintaan aku ker ?? ^_^

Murtad Sebab Nak Kahwin Pasangan Berlainan Agama

Itulah yang terjadi pada 3 artis Indonesia. Aku tak kenal sangat pun. Yang aku tau sorang je. Tu pun sebab dia berlakon filem meletops Ayat-Ayat Cinta.

Benar atau tidak, taklah aku dapat pastikan.

Tapi, kalau kat sana memang boleh kan kawin berlainan agama ? Pasangan yang bukan beragama Islam tak perlu masuk Islam kalau nak kawin dengan pasangan beragama Islam.

Aku bukan bijak pandai nak mengulas lanjut tentang ini. Cuma rasa terkilan. Kerana cinta, Agama jatuh tempat kedua.

Nak tahu kisah lanjut, kat sini.

Isnin, Oktober 18, 2010

Ke-Chinta-an Aku Pada Dia



Tiba-tiba malu.

Tiba-tiba suka kat Ady Putra.

Gara-gara layan Chinta petang-petang.

Amar oh ! Amar



*jatuh cinta dengan Amar yang berambut berombak dan janggut nipis*

Jujur dan Percaya

Ramai yang bertanya. Sejak dulu. Samada Encik Rizal tak kisah kalau aku keluar berjimba ria dengan kawan-kawan baik aku.

Jawapan aku masih sama. Sejak dulu. Encik Rizal memberi kepercayaan kepada aku. Tak pernah hatinya curiga kalau aku keluar bersama kawan-kawan baik aku.

Dia percaya. Dan aku balas dengan jujur.


Dia tahu dengan siapa aku selalu melepak. Ke mana aku pergi. Pukul berapa aku balik.


Aku tak perlu nak semakkan kepala otak dengan apa yang orang lain fikir. Apa yang orang lain rasa.


Aku tahu batas aku sebagai seorang isteri.

Tak perlulah orang lain nak menyibuk cakap suami kesayangan aku itu dayus sebab benarkan aku berpoya-poya kat luar sedangkan dia duduk di rumah.


Kau kisah apa ?? Aku tak menyusahkan sesiapa pun.

Kau tak kenal aku. Aku lagilah tak kenal kau.

Jangan ingat hanya kerana kau rasa kau 'pembaca setia' blog ni, kau dah kenal aku.

Biarkan aku dengan cara hidup aku. Jangan nak memandai-mandai hukum aku kerana kebodohan kau menafsirkan apa yang aku tulis.


Dah.


Pergi main jauh-jauh.




OK. Aku Mengaku Semalam Aku Tak Jadi Masak.

Semalam beria bagaikan google resepi kerang. Kononnya nak masak untuk makan malam. Tetapi, di sini aku ingin membuat pengakuan. Semalam aku tak jadi masak.

Semuanya gara-gara aku ter'hang out' dengan BFF's sekelian. Memula ingat sekejap jek tapi terlama pulak.

Nasib baik Encik Rizal sangat memahami perangai buruk isteri dia yang satu ini. Kalau dah keluar dengan kawan-baik-yang-kalau-boleh-biar-sampai-akhirat, takda maknanya sekejap. Paling sekejap pun adalah keluar tengahari balik lewat malam. Boleh tak kamu-kamu bayangkan betapa 'sekejapnya' ??

Kesian Encik Rizal kelaparan sampai sanggup SMS isteri-hilang-ingatan-sementara dia ni bagitau nak masak Maggi. Alolololo ... aishhh tak pasal-pasal tak dapat ganjaran baik sebab berniat nak masak untuk suami.

Sampai rumah terus ajak dia makan kat luar sebab dia dah lapar sangat. Pergi kedai makan benda paling simple dan cepat iaitu lontong kering.

Sedih sedih sedih

Harini aku janji aku masak. Nasib juga malam tadi dah habiskan baca novel. Kalau tidak, mahu juga terlalai lagi nanti.

Confirm.

Menu makan malam harini kerang goreng bercili dengan sayur kacang buncis goreng.

Tak sabar pulak tunggu petang. Tunggu Encik Rizal balik.

*rindu*shy*shy*

Bangun Dengan Mata Sembab dan Sakit Kepala

Semua ini gara-gara terlalu asyik melayan novel yang aku beli semalam. Nasib juga Encik Rizal jenis tak kisah tidur dalam keadaan terang.

Niat hati nak jadikan buku tu sebagai penghilang bosan di siang hari. Tup-tup, kerana terlalu cinta dengan karakter dalam novel tu sampai sanggup bersengkang mata dan gigih menahan ngantuk demi menghabiskan membacanya. Tau-tau jam dah pukul 4 pagi.

Dahlah sekejap-sekejap airmata aku jatuh. Sedih. Terhanyut dalam novel tersebut kerana terlalu menghayatinya.

Dah lama aku tak layan novel cinta Melayu macam ni. Kalau ada pun masa bujang-bujang dulu. Lepas kahwin, minat pada bahan bacaan tak pernah lupus cuma genrenya berbeza, Aku lebih suka baca novel dalam Bahasa Inggeris. Selain tu aku suka buku motivasi dan berunsur Islamik.

Tapi, kerana terpengaruh dek Siti yang entah bila suka membaca, semalam aku laburkan RM20 membeli naskhah 'Wasilah Cinta Weera' hasil nukilan Rose Harissa keluar PTS Litera S/B. Ternyata pelaburan aku tidak sia-sia.


Novel ini bukan novel cinta duniawi. Tapi tentang cinta kerana ALLAH. Cinta pada kekasih, pada ibu dan bapa, cinta pada saudara. Semuanya berlandaskan syariat.
Banyak ayat-ayat dalam novel ni yang memberi kesan dalam jiwa aku. Terasa malu dan terasa kerdil. Insaf la juga sekejap. Hehe ^_^ Semoga pengaruh baik dalam novel ni berterusan dalam hidup aku. Cuba mempraktikkan segala pesanan yang baik. Ambil jadikan iktibar.

Tak sangka, selepas bertahun-tahun lamanya tidak membaca novel cinta, yang satu ini sangat memberi impak. Membuka mata aku tentang definisi cinta.

Kalau kamu-kamu peminat novel melayu, boleh dapatkan buku ni di pasaran. InsyaALLAH tak rugi.



*ihsan cik google*




*ihsan cik google*klik untuk tumbesaran*

Ahad, Oktober 17, 2010

Hari Ahad Kena Masak

Selalunya hari Ahad adalah off day untuk aku dari tugas memasak. Tapi, since dah 3 hari aku tak masak, bantai makan luar memanjang jadi kenalah masak harini. Semalam pun baru top up stok bahan mentah. Ada kerang, daging dan ketam.

Aku masih berkira-kira nak lebur mana satu. Macam nak masak kerang bercili. Cerita pasal kerang, sebenarnya aku dah lama tak makan kerang. Rasanya adalah dalam 7-8 tahun.

Kisahnya sebab aku makan char kuey tiau kerang kat satu food court ni. Mungkin kerang dia dah tak elok, esok paginya aku muntah-muntah dan sakit perut. Selepas tu, memang tak makan kerang dah. Tapi kenapa entah tetiba rasa rindu pulak nak makan kerang. Tu yang beli jugak tu semalam. Beli sekilo je. Nak try makan semula.

Encik Rizal kerja harini. Itu pun menjadi salah satu sebab kenapa aku kena masak. Kalau dia tak kerja, confirm arr makan luar lagi. Mesti aku ajak dia meronda-ronda kotaraya punya.

Ni menyambil google cari resepi kerang.

Kamu-kamu ada idea tak ??



*ihsan cik google*

Jusco Tebrau Bertukar Jusco Bukit Indah

Aku kan planning nak ke Jusco Tebrau malam semalam. Tapi tetiba je tukar plan. Oleh kerana petang tu Encik Rizal buat part time kat rumah Siti kat area Bukit Indah, so kami decide ke Jusco Bukit Indah jek.

Aku tak kisah. Yang penting dapat makan ayam kat Nando's. Cuma hajat nak tengok wayang tak kesampaian. Takpe. Esok masih ada.

Lepas dah kenyang makan ayam, kiteorang pusing-pusing cuci mata. Singgah makan aiskrim kat Baskin Robbin sekejap, then terus balik.









Sebenarnya masing-masing dah penat dan mengantuk. Tu yang aku tak kisah sangat tak dapat tengok wayang. Takut dalam wayang, aku membuta. Hehe ^_^

Apapun, Encik Rizal dah tunaikan janji dia nak bawak aku dinner kat luar. Terima kasih ye suamiku sayang.



terpaksa tapau bawak balik sebab perut terlalu penuh !!



nampak tak ada roti pita dan chicken wing dalam tu ?? saki baki peri kick starter ^_^




ni la rupa sebenar peri kick starter .. gambar ihsan google

Sabtu, Oktober 16, 2010

Apa Lagi La Dengan Memey dan Norman Hakim Ni ?

Nak masuk 2 tahun kes khalwat diaorang ni. Tapi, masih tak settle lagi.

Diaorang pun dah tunang. Nak kawin dah.

Aku taklah mengikuti cerita pasal diaorang ni sangat tapi bila asyik turun naik mahkamah, keluar front page paper, rasa menyampah pun ada. Sorrylah pada peminat mereka berdua. I tak minat. Hehe ^_^


Layan cerita selanjutnya kat sini.

Haishhh ...

Apa Program ??

Harini liat betul nak bangun. Padahal banyak kerja menanti. Nak kemas rumah, nak mop lantai, nak basuh baju, nak sapu halaman. Naik rimas tengok tengok kad perniagaan 'Along' yang bersepah-sepah tu kat tempat parkir kereta aku tu. Geram betul.

Harini sama macam Sabtu yang lain. Ada jemputan kenduri kahwin sebenarnya tapi takde geng nak pergi. Lagipun masih awal. Manalah tahu kot-kot kejap lagi BFF ajak lepak. Laju jelah aku bersiap.

Cuma yang best harini sebab tak perlu masak. Encik Rizal dah janji nak ajak dinner kat luar. Semestinya tempat tu aku yang pilih. Nak makan kat Nando's. So, malam ni akan ke Jusco Tebrau City. Ingat nak tengok movie sekali. Macam nak tengok filem The Other Guys. Tengok trailer dia macam menambat hati. Hehe ^_^

Dahlah nak start buat kerja dulu sementara ada mood ni. Nanti kalau penyakit 'M' tu datang, alamatnya satu kerja pun tak jalan.

Kamu-kamu ada program harini ?? Nak ke mana agaknya ye ??

Jumaat, Oktober 15, 2010

Panggilan Kaabah

Pagi semalam, aku dan Encik Rizal hantar bapa mertua aku ke Airport Senai. Dia nak tunaikan haji untuk kali kedua.

Kitaorang gerak dari rumah awal pagi, lebih kurang pukul 7 sebab flight FIL aku pukul 11 pagi. Sampai je kat Airport, tengok dah beribu kereta. Parking penuh. Orang dah main parking tepi jalan je.

Tapi, disebabkan kitaorang ni rakyat yang berhemah, bayar jugaklah RM3 untuk masuk kat Metro Parking. Alhamdulillah, tak sampai 2 minit, jumpa parking.

Masuk kat ruang legar, terperanjat aku dibuatnya. Punyalah ramai umat Islam. Padahal yang nak pergi haji tu ada 400 orang jemaah je. Ribu-riban yang lain tu tukang hantar je, macam aku.




Siap ada yang berkelah bagai. Bentang tikar, bukak mangkuk tingkat. Makan !! Family aku pun macam tu. Biras aku siap bawak bekal punyalah sedap menu dia. Nasi impit segera, lemang segera, ayam masak rendang cili padi dan sambal goreng. Kelas kan ??! Dah macam jamuan raya pun ada. ^_^






Lama juga aku kat sana. Lebih kurang pukul 9, jemaah haji semua dah kena masuk dewan menunggu sebab ada taklimat.

Sedih sangat. Menitis airmata aku. Aku peluk dan cium Abah. Minta dia doakan yang terbaik buat kami. Paling penting mestilah doakan kami dapat zuriat dengan segera.






InsyaALLAH, aku pun nak tunaikan haji. Suatu hari nanti. Pasti. Selagi ajal belum menjemput.

Buat ABAH, kami sayang ABAH. Semoga perjalanan ABAH di sana dipermudahkan oleh-Nya. Kami harap ABAH tabah menempuh segala ujian dan cabaran di sana. Nasib juga ABAH dah ada pengalaman. Semoga ABAH selamat pulang. InsyaALLAH, kalau takde aral melintang, ABAH akan pulang ke tanahair pada 26 November. Kami tunggu kepulangan ABAH.



Buffered Earnings Dari Nuffnang

Dah nak dekat seminggu aku tengok iklan asyik menari-nari kat bawah header aku. Masa tu tak terfikir apa-apa pun.

2-3 hari lepas baru teringat nak cek earnings kat Nuffnang. Ya !! ALHAMDULILLAH. Dapat buffered earning. Syukur. Walaupun belum banyak.

Seingat aku baru 2 kali aku dapat buffered earnings ni. Tapikan, apa aku nak buat supaya ianya bertambah ek ?? Bila baca blog-blog otai, buffered earnings diaorang boleh cecah sampai ratusan ringgit. Teringin jugak nak macam tu.

Nak kena buat apa ek ?? Nak kena update blog selalu ke ??

Apapun syukur Alhamdulillah. Duit Nuffnang ni sebenarnya aku anggap sebagai duit jajan. Walaupun tak banyak boleh juga buat belanja Encik Rizal makan nanti. Aku kan suka makan. Hehe ^_^

Thanks a lot Nuffnang. You made my day !! *dengan harapan lain kali dapat buffered earnings lagi*

Blog Merepek Pun Ada Pembaca Dari Luar Negara ?

klik untuk tumbesaran hebat





Wah !!

Dah makin ramai pembaca dari luar negara rupanya blog aku ni. Aku tak pasti samada diaorang ni faham ke tak apa yang aku merepek kat sini.

Apa-apapun terima kasih la ye.

P/s : teringin nak ada pembaca dari Jepun atau Korea *wink*wink*



Sesekali Suami Buat Kerja Rumah Apa Salahnya ??

Encik Rizal seorang lelaki yang rajin. Bukan nak memuji, tetapi sekadar menyatakan apa yang benar. Setakat nak minta tolong kemas rumah, sidai baju, lipat baju hatta masak sekalipun, memang senang.

Tak banyak bunyi, tak banyak keluh. Lebih-lebih lagi kalau isteri dia ni sakit. Order je nak makan apa, kalau dia tahu masak, InsyaALLAH terhidang indah depan mata. Mungkin sebab dia dilahirkan dalam keluarga yang adik-beradik semua lelaki. Jadi rajinlah menolong arwah mak dia dulu-dulu.






Tapi, macam biasalah. Kalau lelaki buat kerja rumah. Kadang-kadang tak kena dengan mata dan selera kita.

Kalau Encik Rizal lipat baju, mesti aku pantau. Sebab cara dia lipat baju berbeza dengan aku. Dia main asal boleh je. Aku pula, suka lipat elok-elok, ada darjah dan sudut. *cerewet kan?? sebab tu aku tak suka lipat baju ... alasan*

Kalau Encik Rizal ke dapur, pun aku kena pantau. Mana tidaknya, sepuluh kali sekejap *bak kata arwah nenek aku* tanya macam-macam. Nak potong bawang tanya, nak letak minyak berapa banyak tanya, nak letak garam berapa sudu tanya. Boleh dikatakan, kalau aku masak 30 minit, dia masak benda yang sama boleh makan masa 1 jam.






Suamiku suamiku ...

Walau apapun, aku bersyukur dikurniakan dia sebagai suami. Bukan sebab dia rajin je, sebab dia terima aku seadanya. Terima kelebihan dan kekurangan aku. Tak pernah mempertikaikan kelemahan atau mempersoalkan kelebihan aku.





I LAP YOU BEBEH

Apa Guna Ambil Cuti ??

Semalam aku merajuk.

Merajuk yang amat sangat.

Tapi, kali ni bukan sebab mengada-ngada. Alasan sangat kukuh. Mana tidaknya. Semalam Encik Rizal dah ambil cuti sebab nak hantar my FIL ke airport untuk tunaikan haji tahun ni.

So, kami dah planning, lepas hantar my FIL, bolehlah pergi movie-lunch-date sebab sejak kebelakangan ni dia agak sibuk. Jarang dapat habiskan masa bersama.

Belum sempat sampai kat shopping mall, dapat call minta dia settle kerja kat kilang baru. Aishhh tension aku dibuatnya. Cuti ke tak cuti sama je. Nak taknak, Encik Rizal hantar aku balik rumah, then pergi kilang baru untuk tengok apa masalah yang jadi kat sana.

Ni bukan pertama kali berlaku. Tapi, kadang-kadang aku rasa kecewa, kecil hati. Kalau dia ambil cuti, hati aku tak pernah senang. Kalau dengar phone dia ringing atau ada mesej masuk mesti aku cuak, takut-takut kena panggil pergi kerja.

Dia balik rumah semula dah pukul 3 petang. Memang dia ajak keluar juga, tapi aku dah malas. Muncung je aku. Tapi, macam biasalah. Dia mesti pujuk punya. Dia janji Sabtu ni nak bawak aku makan malam kat luar.

Aku tak paham la dengan sesetengah orang ni. Taulah dia bos. Berkuasa. Tapi cuti kan hak pekerja. Kalau masa tu Encik Rizal ada kat luar Johor, takkan nak kena balik kan ?? Tak gunalah ambil cuti.

Tapi, demi mencari rezeki halal, aku redha jelah. Lagipun dah tau cara kerja dia macamana. Kenalah terima. Walaupun bukan dengan hati rela.

Poll : Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Sebelum ni aku ada buat poll tentang pendidikan awal kanak-kanak. Saja nak tau kamu-kamu sudah menghantar atau bercadang menghantar anak-anak kamu ke mana ??

Lama juga aku letak poll ni. Rasanya lebih 6 bulan. Walaupun yang menjawabnya tak ramai tapi takpe. Sekurang-kurangnya, ada juga serba sedikit gambaran ke mana ibu bapa menghantar anak mereka untuk menerima pendidikan awal.

Mengikut poll aku ni, keputusan lebih kurang sama. Kebanyakan ibu bapa menghantar anak ke Tadika Kemas, Tadika Swasta dan Tadika Cina (28%), 14% lagi menghantar anak ke Pra-Sekolah yang disediakan pihak kerajaan di sekolah rendah.






Aku sebenarnya planning, kalau ada anak nanti nak hantar ke Tadika Cina. Bukan apa. Nak bagi dia mendalami lebih dari 1 bahasa.

Tapi, itu semua perancangan sahaja. Belum tentu lagi.

Eh, aku ada buat poll baru. Tentang tabiat membaca. Kamu-kamu rajin-rajinlah ye mengundi. Nanti aku kongsi keputusannya.

Khamis, Oktober 14, 2010

Keywords Terkumpul

Jom kita tengok keywords terkumpul untuk bulan ni yang membolehkan kamu-kamu sampai ke blog aku ni ...



klik untuk tumbesaran hebat



Seperti biasa, resepi sambal ikan keli terus mengungguli carta hits waklu kedondong !! bulan ni. Yang lain-lain tu berkaitan cermin mata, sempena nama blog ni CERMIN MATA FAIZAH.

Yang sangat membuat aku tak puashati tu, apa kena-mengena BUDAK BOGEL dengan blog aku ?? Apehal ?? Apehal ?? Aishh ... anak sapo la ni yang google bukan-bukan ni. Berdosa tau tak ??

Kamu-kamu dah cek keywords kamu ?? Jangan terperanjat ye kalau ada keywords yang bukan-bukan. Banyakkan bersabar. Hahaha ^_^

Resepi : Pizza Telur Dadar a.k.a Frittata


Resepi yang mudah. Kalau dah bosan makan telur dadar biasa, bolehlah cuba buat versi yang macam ni pulak. Gerenti sodappp. Jom tengok bahan-bahan dia.


FRITTATA SAYUR

Bahan - bahan :

4 biji telur - dipecah dan dipukul
2 biji kentang - dihiris dan goreng sebentar
1 batang (kecil) lobak merah - dihiris nipis memanjang
4 batang kacang panjang - dihiris kecil
1 batang lada merah - dihiris nipis
1 biji bawang merah - dihiris nipis
1 ulas bawang putih - dicincang
2 batang daun sup - dihiris halus
Garam secukup rasa



Cara-cara membuatnya :

1. Panaskan oven, suhu 180 darjah.

2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau, masukkan semua sayur-sayuran tersebut. Goreng sehingga sedikit layu. Matikan api dan tuang bahan-bahan tadi ke dalam loyang bulat (ukuran lebih kurang 7 inci) yang telah disapu sedikit minyak.

3. Tuangkan pula telur yang telah dipukul dan gaul rata.

4. Bakar dalam oven selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak kekuningan.

5. Boleh dihidangkan dengan nasi atau makan begitu sahaja dengan sos cili.



dah lama buat resepi ni tapi baru sekarang nak kongsi





aku makan dengan nasi. yumyum

Rabu, Oktober 13, 2010

Konon-Konon Nak Rasa Muda

Seiring dengan usia aku yang dah nak menginjak ke usia 30-an ni, memang terasa kadang-kadang aku ni macam tua sebelum waktunya. Aku ni bukanlah jenis taksub pada kecantikan. Tak kira pagi, petang, siang dan malam nak berkrim, bermekap bagai.

Tapi, sekali-sekala bila jumpa dengan orang yang lebih berusia dari aku dan kulit dia licin, halus, mulus, gebus ... adehh terus rasa down. Terasa menyesal sebab tak jaga kulit dan kesihatan.

Aku ni jenis rajin awal-awal jek, bila dah masuk sebulan, mulalah malas.

Walaupun begitu, masih juga ada orang yang memuji kulit aku ni cantik. Huhu ... cantik tang mana aku pun tak sure. Sebab aku rasa kulit aku tak cantik. Berminyak. Kadangkala ada jerawat, time bulan mengambang la.

Sebenarnya, banyak petua yang orang lain bagi kat aku untuk cantikkan kulit. Tapi, seperti yang diberitahu, aku ni ada sindrom malas.

Rutin harian aku hanyalah cuci muka, pakai toner dan sapu pelembap. Kalau rajin, barulah aku buat skrub atau pakai masker.




inilah rupanya sesekali nak cantik .... miahaha ^_^ dah macam baru lepas operation pun ye jugak. kembang semacam jek nampaknya ...




terus transform jadi tikus ... tapi versi kulit tegang, cerah dan gebus hahaha




Hehe ... bila sesekali nak menjaga kulit ... ada juga orang lain nak join. Dah tentunya tak lain tak bukan ....

hehe ... layankan jek. kot-kot muka berubah jadi Brad Pitt =)







muka feeling dah cantik sangat la tu ...





Jangan marah hah !!

Movie : Charlie St. Cloud

I just love this movie so much.

Lakonan Zac Efron sangat berlainan dari filem High School Musical. Dalam filem ni, dia lebih matang, penghayatan untuk watak Charlie St. Cloud juga mantap. Memang tak rugi aku tengok filem ni walaupun secara tak sengaja. Sebab dah takde cerita lain.

Filem ni berdasarkan dari sebuah novel bertajuk The Death and Life of Charlie St. Cloud nukilan Ben Sherwood. Berkisar tentang kasih sayang seorang abang pada adiknya yang telah meninggal dunia. Dia tak sanggup berpisah dengan adiknya dan terus tinggal dalam memori tersebut tanpa menghiraukan dunia luar sehinggalah dia bertemu seorang gadis yang membuatkan dia mendekati dunia realiti.

Pada aku memang filem ni menarik. Berjaya membuatkan aku menitiskan airmata beberapa kali. Rasanya macam nak pergi cari novel dia pulak.

So, pada kaki wayang semua, kalau dah tak tahu nak tonton filem apa, cubalah tonton filem ni. InsyaALLAH tak rugi. Hehe












Kuat Merajuk

Antara perangai buruk aku.

Selalu merajuk tak tentu pasal.

Kadang-kadang sebab remeh temeh. Eh bukan kadang-kadang, tapi selalu. Selalu merajuk atas alasan remeh temeh.


Alaa biarlah kan. Bukan dengan orang lain. Dengan suami. Nak juga merasa dipujuk walaupun selalu berlakon konon-konon keras hati. Bila suami bosan nak pujuk, sendiri makan hati. Aishhh kesian aku.

Tapi jangan ikut perangai aku. Kesian juga suami nak nak memujuk padahal bukan masalah besar pun. Sengaja diperbesar-besarkan.

Kamu-kamu kuat merajuk tak ??

Suami/isteri/Bf/Gf/Tunang kamu-kamu semua rajin tak melayan kerenah mengada-ngada kamu ??

Seronokkan sebenarnya. Bila kita merajuk, ada orang cuba tenangkan hati kita. Cuba layan perangai keanak-anakkan kita.

Tapi, jangan buat selalu. Nanti pasangan cepat bosan. Dan yang paling penting, jangan nak merajuk atas sebab yang bukan-bukan. Macam aku. Tak dapat makan kek kat Secret Recipe, sanggup tidur seawal 8 malam. Hehe *shy*shy*

Bye !!

Anak Kurang Ajar

Kalau yang rajin bacan Harian Metro mesti tau kisah ni. Tentang seorang anak yang berjoli sakan duit persaraan mak dia sebanyak RM117k. Bodoh. Jahat. Laknat.

Mak dia susah payah bekerja, dia dan bini dia senang-senang joli katak duit simpanan KWSP tu. Otak letak kat lutut agaknya. Kalau pun nak merasa duit tu, minta jelah kan. Dia anak tunggal kesayangan. Confirm mak dia mesti bagi punya. Ini tidak. Nak juga mencuri. Bila tembelang dah pecah, pandai pulak nak larikan diri, sembunyi.

Sungguh kadangkala aku tak faham dengan sifat manusia ni. Memanglah enjoy gilos dengan duit sebanyak tu tapi sampai bila boleh bertahan. Kalau bagi kat aku RM1 juta, tak payah keluar rumah pun, aku dah boleh habiskan duit sebanyak tu *hehe online shopping !!*

Semoga makcik tu tabahlah dengan dugaan ni. Kesian dia, hajat nak beli rumah tak kesampaian. Nak dapat balik duit tu memang tidak lah aku rasa. Dah habis dah agaknya duit tu dibelanjakan dek anak dan menantu hantu dia.

Lain kali, jangan bagi no pin ATM kad kamu-kamu pada sesiapa pun. Kadang-kadang kena ada rahsia sikit.

Selasa, Oktober 12, 2010

ALLAH Maha ADIL dan Maha MENGETAHUI

Aku ada cerita pasal projek catering 8 hari untuk satu production house kan sebelum ni ?? Kamu-kamu godek sendiri la ye. Malas pulak nak link kan.

Projek tu menjadi hanya untuk 2 hari sahaja. Production house tu terminate servis aku dengan alasan makanan yang aku supply terlalu simple.

Inilah padahnya kalau takde perjanjian bertulis. Perbincangan dengan orang lain, tapi berurusan dengan orang lain. Dah ada percanggahan. Tapi aku pulak takde bukti nak tunjuk bahawa aku di pihak yang benar.

Aku belajar dari kesilapan.

Aku taknak salahkan sesiapa tapi ALLAH itu Maha Mengetahui.

Aku yakin aku menjalankan perniagaan aku dengan jujur. Tapi, mungkin ini bukan rezeki aku. Aku redha.

ALLAH Maha ADIL. Aku yakin. 1 pintu ditutup, terbuka 10 lagi pintu rezeki lain untuk aku.

Sekurang-kurangnya boleh jadi pengalaman.

Keperluan Dan Kehendak

Masa tingkatan 4 dan 5 dulu, aku ambil jurusan Akaun. Tapi, tak jadi akauntan bertauliah pun. Cuma jadi Menteri Kewangan rumahtangga je. Kira ok jugaklah, dapat juga apply apa yang aku belajar dalam kehidupan seharian.

Dalam hidup ni, banyak keperluan. Begitu juga kehendak.

Kadang-kadang, ada orang lebih mementingkan keperluan. Ada juga yang melebih-lebihkan kehendak.

Aku pun sama.

Rasanya, kehendak aku kekadang terlebih-lebih dari keperluan. Bila kehendak dituruti, terpaksalah keperluan duduk main kat tepi jauh-jauh.

Kalau mampu, keperluan dan kehendak boleh jadi seiring, sepadan.

Kalau tak mampu, kehendak boleh jadi beban. Menyusahkan, memeritkan.

Masa bujang-bujang dulu, aku memang kaki shopping. Semestinyalah semua itu kehendak. Kasut, baju, beg. Pegang duit sendiri. Dah penat-penat bekerja, bersengkang mata, kononnya nak merasa duit titik peluh sendiri.

Bila dah bekeluarga dan tak bekerja ni, semua kehendak terpaksalah dilupakan. Kadar kewangan perlu disalurkan kepada perkara yang lebih penting. Bil, kos sara hidup, hutang bank. Semua itu kena didahulukan. Itu semua keperluan.

Bila ada lebih, barulah boleh turutkan kehendak. Tapi, bersyarat. Kalau mampu.

Kamu-kamu pula bagaimana ??

Selalu menangkan kehendak atau sebaliknya ??

Kalau Nak Lempang Babies Ni Boleh Tak ??

GILOS COMEL MEREKA INI. RASA NAK GIGIT JEK DIAORANG SEMUA. HILANG SEKEJAP STRESS AKU BILA TENGOK GAMBAR DIAORANG.














LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin