Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Oktober 18, 2010

Bangun Dengan Mata Sembab dan Sakit Kepala

Semua ini gara-gara terlalu asyik melayan novel yang aku beli semalam. Nasib juga Encik Rizal jenis tak kisah tidur dalam keadaan terang.

Niat hati nak jadikan buku tu sebagai penghilang bosan di siang hari. Tup-tup, kerana terlalu cinta dengan karakter dalam novel tu sampai sanggup bersengkang mata dan gigih menahan ngantuk demi menghabiskan membacanya. Tau-tau jam dah pukul 4 pagi.

Dahlah sekejap-sekejap airmata aku jatuh. Sedih. Terhanyut dalam novel tersebut kerana terlalu menghayatinya.

Dah lama aku tak layan novel cinta Melayu macam ni. Kalau ada pun masa bujang-bujang dulu. Lepas kahwin, minat pada bahan bacaan tak pernah lupus cuma genrenya berbeza, Aku lebih suka baca novel dalam Bahasa Inggeris. Selain tu aku suka buku motivasi dan berunsur Islamik.

Tapi, kerana terpengaruh dek Siti yang entah bila suka membaca, semalam aku laburkan RM20 membeli naskhah 'Wasilah Cinta Weera' hasil nukilan Rose Harissa keluar PTS Litera S/B. Ternyata pelaburan aku tidak sia-sia.


Novel ini bukan novel cinta duniawi. Tapi tentang cinta kerana ALLAH. Cinta pada kekasih, pada ibu dan bapa, cinta pada saudara. Semuanya berlandaskan syariat.
Banyak ayat-ayat dalam novel ni yang memberi kesan dalam jiwa aku. Terasa malu dan terasa kerdil. Insaf la juga sekejap. Hehe ^_^ Semoga pengaruh baik dalam novel ni berterusan dalam hidup aku. Cuba mempraktikkan segala pesanan yang baik. Ambil jadikan iktibar.

Tak sangka, selepas bertahun-tahun lamanya tidak membaca novel cinta, yang satu ini sangat memberi impak. Membuka mata aku tentang definisi cinta.

Kalau kamu-kamu peminat novel melayu, boleh dapatkan buku ni di pasaran. InsyaALLAH tak rugi.



*ihsan cik google*




*ihsan cik google*klik untuk tumbesaran*

4 ulasan:

Jemari Seni berkata...

Wah! Harus Hakak carik buku ni... Suka baca buku2 mcm ni...

Mummy Nenny berkata...

lamanya x layan malay novel..betul ke worth it?

Ieja RizaLiza berkata...

kak Haku : carilah. memang best. kisah cinta yang lain dari yang lain.

nenny : for me, it's really worth my every penny. sebab cerita dia bkn cerita cinta meleweh-leweh. semuanya bersandarkan syariat Islam.

yatiyahya berkata...

nak belilah..lamanya tak beli novel melayu....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin