Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Oktober 05, 2010

Bila Segalanya Hanya Di Hujung Jari

Aku rasa rata-rata surirumah macam aku tahu menggunakan internet. Ada Facebook. Dan tak kurang juga ada blog.

Kebanyakan surirumah yang ada blog, mesti suka menulis tentang resepi, kisah kehidupan harian dan anak-anak.

Macam aku yang takde anak ni, menulis tentang aktiviti harian jelah.

Sekali-sekala, kongsi resepi.

Cerita bab resepi, aku rasa bertuah sebab ada lappy dan internet kat rumah. Bukan apa, di kala aku sangat tidak tahu nak masak apa, internet banyak membantu.

Masakan tidak. Type je kat google tu kau nak masak apa. Ayam, daging, ikan, sotong. Segala macam resepi ada.

Sanggup tak sanggup jela kau nak baca satu-satu.

Kamu-kamu ada idea nak masak apa hari ni ??

Aku pun baru nak godek-godek ni cari resepi. Bosan la asyik masak cara yang sama. Sekali-sekala kenalah tukar selera. Tak gitu ??

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin