Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Oktober 04, 2010

Gara-Gara Facebook

Hari ni aku terajin bangun awal. Macam biasa la, lepas cuci muka dan gosok gigi, benda pertama yang aku akan buat adalah on lappy, on wifi and go surfing.

Log in akaun Facebook, my BFF hantar mesej kat wall suruh baca paper Harian Metro edisi hari ini. Muka depan katanya.

Dengan rakus, aku pun baca la tapi secara online jelah. Malas nak keluar ke kedai. Hehe.

Ada satu tajuk berita ni menarik perhatian aku. Pasal seorang budak sekolah asrama kena belasah atas tuduhan dia menceroboh akaun Facebook kawan dia.

Terus aku gelak besar. Aku faham apa maksud kawan aku tu.

Haha *masih lagi gelak ketika menaip*

Aku dan kawan-kawan aku baru jugalah dalam minggu lepas telah menjalankan aktiviti perdajalkan akaun Facebook my BFF, Siti yang terlupa nak logout akaun dia semasa kiteorang lepak kat rumah dia. Tapi, taklah buat benda bukan-bukan, cuma kami hantar mesej memuji konon-konon dari dia ke wall kiteorang. Hahaha gila !! Kelakar. Nak pecah perut aku mengingatkan peristiwa tu.

Memula Siti hampir jugalah bertukar menjadi raksasa hijau tapi terus tak jadi sebab dia pun tak tahan nak gelak.

Di kesempatan ini, aku nak minta maaf la kat ko ye Siti dengan ucapan lain kali jangan lupa logout akaun Facebook kalau nak tinggalkan lappy kat kiteorang. Hahahaha *gelak jahat berkali-kali*

Tapi nasib Siti tak belasah kiteorang sampai lebam-lebam biji mata macam budak tu kena. Kalau tak, confirm aku dan yang lelain tu merasa tidur kat wad bersama-sama dan mungkin juga bersebelahan katil supaya memudahkan rakan-rakan lain datang melawat. ^_^

But seriously, jangan tiru perangai kiteorang hokeh. Tak semua orang boleh bergurau. Tak gitu Siti oiii ...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin