Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Oktober 18, 2010

Jujur dan Percaya

Ramai yang bertanya. Sejak dulu. Samada Encik Rizal tak kisah kalau aku keluar berjimba ria dengan kawan-kawan baik aku.

Jawapan aku masih sama. Sejak dulu. Encik Rizal memberi kepercayaan kepada aku. Tak pernah hatinya curiga kalau aku keluar bersama kawan-kawan baik aku.

Dia percaya. Dan aku balas dengan jujur.


Dia tahu dengan siapa aku selalu melepak. Ke mana aku pergi. Pukul berapa aku balik.


Aku tak perlu nak semakkan kepala otak dengan apa yang orang lain fikir. Apa yang orang lain rasa.


Aku tahu batas aku sebagai seorang isteri.

Tak perlulah orang lain nak menyibuk cakap suami kesayangan aku itu dayus sebab benarkan aku berpoya-poya kat luar sedangkan dia duduk di rumah.


Kau kisah apa ?? Aku tak menyusahkan sesiapa pun.

Kau tak kenal aku. Aku lagilah tak kenal kau.

Jangan ingat hanya kerana kau rasa kau 'pembaca setia' blog ni, kau dah kenal aku.

Biarkan aku dengan cara hidup aku. Jangan nak memandai-mandai hukum aku kerana kebodohan kau menafsirkan apa yang aku tulis.


Dah.


Pergi main jauh-jauh.




2 ulasan:

aidahusnaruslan berkata...

biadapnya.mulut nak kena cili kot.sabar kak ieja,orang tu mesti jeles ke apa dgn kak ieja.persetankan komen dia.hahahahahaha.yg pasti kak ieja dgn abg rizal sentiasa bahagia.semua org tau ok!!!!!

Adahjay berkata...

^^yang tulis tanpa nama tu dia rasa diri dia tuhan kot. tu yg perasaan sgt tu. kalo ko bukan isteri yg baik ke atau suami yg dayus ke, menyusahkan diri dia ke? x paham ngan manusia mcmni. dia rasa diri dia dh baik sgt kot. pastu pengecut tulis tanpa nama. kalo bagus baik sgt brani nak tego bgtau siapa x yah nak selindung2.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin