Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Oktober 20, 2010

Keinginan Untuk Bertukar Angin

Aku selalu suarakan hasrat pada Encik Rizal untuk keluar dari Johor. Bahkan kadang-kadang, aku mengharapkan untuk bertukar angin ke luar negara.

Bekerja di negara orang. Cari duit. Cari pengalaman.

Kalau ikut hati, memang boleh cuba cari kehidupan di luar Malaysia. Tapi, banyak faktor lain yang perlu kami fikirkan. Keluarga paling utama. Kami sama-sama punya ayah yang lanjut usia. Tak sampai hati pula nak meninggalkan mereka hanya kerana ingin memenuhi tuntutan nafsu kami yang perasan muda ni.

Kalau diberi peluang, negara yang ingin aku dan Encik Rizal pergi untuk cuba mencari dan membina kehidupan sudah semestinya Jepun.

Kenapa Jepun ??

Sebab Encik Rizal pernah belajar dan bekerja di sana.

Dia boleh berbahasa Jepun. Itu akan memudahkan kami. Yalah. Kuranglah satu masalah. Walaupun taklah fasih tapi Encik Rizal bolehlah bertutur dalam bahasa pasar atau bak kata orang broken Japanese. Dia juga ada keluarga angkat di sana yang mana mereka masih berhubungan sampai sekarang walaupun dah hampir 14 tahun Encik Rizal meninggalkan negara Matahari Terbit itu.

Keluarga angkat dia suka melancong ke Malaysia. Boleh dikatakan setiap tahun. Cuma, aku belum berpeluang nak jumpa mereka sebab kesibukan Encik Rizal. Setiap kali mereka bercuti kat Malaysia, mesti masa tu Encik Rizal tengah bersengkang mata siapkan kerja. Tak dapatlah join mereka.

Masa Encik Rizal bujang dulu, pernah mak angkat Jepun dia tu belanja bercuti dalam kapal Star Cruise. Seronok kan ?? Jealous I tau !!

Teringin sangat nak ke Jepun sebab nak tengok sendiri keadaan negara itu yang menurut Encik Rizal sangat berbeza cara hidupnya dengan Malaysia.

Budaya, makanan, tempat menarik.

Semua itu jadi tarikan.

Hahh kalau dilayan angan-angan yang tak sudah ni, kalau boleh satu dunia aku nak pusing. Tapi, berangan tak salah kan. Tak perlu duit. Hanya perlu masa dan daya imaginasi.

Takpe. Mungkin belum masanya kami berhijrah. Tapi, suatu hari nanti siapa yang tahu.

1 ulasan:

yatiyahya berkata...

kt jepun seronok...tapi terlalu advance sampai jadi takut..:) tapi lagi mudah mencari makanan di barat compare jepun....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin