Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Oktober 12, 2010

Keperluan Dan Kehendak

Masa tingkatan 4 dan 5 dulu, aku ambil jurusan Akaun. Tapi, tak jadi akauntan bertauliah pun. Cuma jadi Menteri Kewangan rumahtangga je. Kira ok jugaklah, dapat juga apply apa yang aku belajar dalam kehidupan seharian.

Dalam hidup ni, banyak keperluan. Begitu juga kehendak.

Kadang-kadang, ada orang lebih mementingkan keperluan. Ada juga yang melebih-lebihkan kehendak.

Aku pun sama.

Rasanya, kehendak aku kekadang terlebih-lebih dari keperluan. Bila kehendak dituruti, terpaksalah keperluan duduk main kat tepi jauh-jauh.

Kalau mampu, keperluan dan kehendak boleh jadi seiring, sepadan.

Kalau tak mampu, kehendak boleh jadi beban. Menyusahkan, memeritkan.

Masa bujang-bujang dulu, aku memang kaki shopping. Semestinyalah semua itu kehendak. Kasut, baju, beg. Pegang duit sendiri. Dah penat-penat bekerja, bersengkang mata, kononnya nak merasa duit titik peluh sendiri.

Bila dah bekeluarga dan tak bekerja ni, semua kehendak terpaksalah dilupakan. Kadar kewangan perlu disalurkan kepada perkara yang lebih penting. Bil, kos sara hidup, hutang bank. Semua itu kena didahulukan. Itu semua keperluan.

Bila ada lebih, barulah boleh turutkan kehendak. Tapi, bersyarat. Kalau mampu.

Kamu-kamu pula bagaimana ??

Selalu menangkan kehendak atau sebaliknya ??

1 ulasan:

iS3 DaEnG berkata...

kadang2 utamakan keperluan...
kadang2 lebih utamakan kehendak...
tak kisah laa mana2 janji selagi boleh manage kita manage..agak2 dah tak bole sok lupakan kehendak sekejap rancang keperluan betul2.. tapikan selagi hidup ni memang susah nak buang kehendak tu..huhuhuhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin