Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Oktober 21, 2010

Manusia Dan Makanan Umpama Menghirup Udara. Mesti.

Tajuk entri memang tak boleh blah. Gelak aku dibuatnya.

Tapi itulah hakikatnya, bukan ? Mana ada manusia yang mampu hidup tanpa makanan. Hidup kita seringkali berkisar tentang makanan.

Keluar pergi shopping mall, kita cari kedai makan. Keluar pergi bertandang rumah kawan, kita dihidangkan dengan makanan. Belum cerita tentang hari perayaan. Semua tentang makanan !!

Aku pun macam tu juga.

Suka makan. Suka mencuba sesuatu yang baru.

Kadang-kadang tak semua makanan kat luar boleh diterima oleh tekak. Mungkin pada orang lain sedap tapi tidak bagi kita.

Aku suka mencuba resepi baru sebenarnya. Biarpun susah, kalau hasilnya menjadi mestilah kita happy kan. Lebih-lebih lagi bila dihidangkan pada orang tersayang dan percubaan itu mendapat reaksi positif, lagilah kita 100 kali happy. Betul tak ??

Sebab tu aku tak kisah duduk melanguk depan lappy, google macam-macam resepi untuk memenuhkan tuntutan tembolok sendiri ataupun keluarga tercinta.

Sesetengah resepi tu memang leceh dan rasa lebih berbaloi makan kat kedai memandangkan harga barang mentah untuk menyediakannya tu mahal dan kaedahnya yang rumit. Tapi, sekali sekala apa salahnya laburkan sedikit duit dan masa untuk memuaskan selera sendiri.

Kalau makan kat kedai, tak boleh nak ikut selera kita sangat. Nak taknak, bila dah order, makanan dah sampai kita kena makan. Kalau tak rugilah kan.

Tapi, bila kita masak sendiri, kita boleh lebih dan kurangkan bahan yang kita suka. Sukat ikut sesedap rasa. Nak itu lebih, nak ini kurang. Kan ??

Kalaupun masakan tu tak berapa menjadi, kepuasan memasak sendiri tu lebih penting. Yelah, sekurang-kurangnya berbaloi dengan duit dan kepenatan sendiri. Kalau makan kat luar tak sedap, bukan saja rasa tak berbaloi dengan duit, mulut pun mulalah nak menyumpah-menyeranah. Nak kata tak sedap la apa la, sedangkan makanan tu dah masuk dalam perut.

Aku galakkan kamu-kamu belajar masak pelbagai hidangan. Mulakan dengan yang mudah-mudah. Yang penting niat nak belajar dan ikhlas. InsyaALLAH, hasilnya pasti memuaskan.

Boleh saja kalau kamu mampu nak makan kat luar selalu, tapi macam yang aku bagitau, kepuasan memasak dan makan makanan yang dimasak oleh tangan sendiri tak terbanding dengan masakan hotel 5 bintang biarpun tawar, masin atau apa sekalipun. Percayalah.

Aku pun bukan pandai sangat memasak. Masih belajar. Cuba menjadi superb macam arwah ibu dan nenek aku yang mana hanya membayangkan masakan mereka saja sudah cukup bukan aku terliur apatah lagi kalau makan. Hemmm yumyum.

Marilah kita bersama-sama belajar memasak. Kalau ada resepi yang mudah dan sedap dijamu perut, silalah kongsi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin