Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Oktober 18, 2010

OK. Aku Mengaku Semalam Aku Tak Jadi Masak.

Semalam beria bagaikan google resepi kerang. Kononnya nak masak untuk makan malam. Tetapi, di sini aku ingin membuat pengakuan. Semalam aku tak jadi masak.

Semuanya gara-gara aku ter'hang out' dengan BFF's sekelian. Memula ingat sekejap jek tapi terlama pulak.

Nasib baik Encik Rizal sangat memahami perangai buruk isteri dia yang satu ini. Kalau dah keluar dengan kawan-baik-yang-kalau-boleh-biar-sampai-akhirat, takda maknanya sekejap. Paling sekejap pun adalah keluar tengahari balik lewat malam. Boleh tak kamu-kamu bayangkan betapa 'sekejapnya' ??

Kesian Encik Rizal kelaparan sampai sanggup SMS isteri-hilang-ingatan-sementara dia ni bagitau nak masak Maggi. Alolololo ... aishhh tak pasal-pasal tak dapat ganjaran baik sebab berniat nak masak untuk suami.

Sampai rumah terus ajak dia makan kat luar sebab dia dah lapar sangat. Pergi kedai makan benda paling simple dan cepat iaitu lontong kering.

Sedih sedih sedih

Harini aku janji aku masak. Nasib juga malam tadi dah habiskan baca novel. Kalau tidak, mahu juga terlalai lagi nanti.

Confirm.

Menu makan malam harini kerang goreng bercili dengan sayur kacang buncis goreng.

Tak sabar pulak tunggu petang. Tunggu Encik Rizal balik.

*rindu*shy*shy*

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam .. aku selalu baca blog kau ni. aku rasa kau ni bukan isteri yang baik. selalu tinggalkan suami kau sendirian. suami kau pulak dayus. bagi saja ke mana-mana kau nak berpoya-poya. sedar-sedarlah diri kau tu isteri orang. syurga di bawah tapak kaki suami.

sitiZ berkata...

halooo Tanpa Nama..nak tnye kamu pernah jumpe tuan punya blog ni ke..??saya one of BFF dia..saya kenal dia juga suami dia..mereka bukan seperti yg kamu sangkakan..harap maklum..

Ieja RizaLiza berkata...

huhu .. terima kasih BFF ku. aku malas nak melayan org mcm ni. pengecut. daaaa

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin