Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Oktober 15, 2010

Panggilan Kaabah

Pagi semalam, aku dan Encik Rizal hantar bapa mertua aku ke Airport Senai. Dia nak tunaikan haji untuk kali kedua.

Kitaorang gerak dari rumah awal pagi, lebih kurang pukul 7 sebab flight FIL aku pukul 11 pagi. Sampai je kat Airport, tengok dah beribu kereta. Parking penuh. Orang dah main parking tepi jalan je.

Tapi, disebabkan kitaorang ni rakyat yang berhemah, bayar jugaklah RM3 untuk masuk kat Metro Parking. Alhamdulillah, tak sampai 2 minit, jumpa parking.

Masuk kat ruang legar, terperanjat aku dibuatnya. Punyalah ramai umat Islam. Padahal yang nak pergi haji tu ada 400 orang jemaah je. Ribu-riban yang lain tu tukang hantar je, macam aku.




Siap ada yang berkelah bagai. Bentang tikar, bukak mangkuk tingkat. Makan !! Family aku pun macam tu. Biras aku siap bawak bekal punyalah sedap menu dia. Nasi impit segera, lemang segera, ayam masak rendang cili padi dan sambal goreng. Kelas kan ??! Dah macam jamuan raya pun ada. ^_^






Lama juga aku kat sana. Lebih kurang pukul 9, jemaah haji semua dah kena masuk dewan menunggu sebab ada taklimat.

Sedih sangat. Menitis airmata aku. Aku peluk dan cium Abah. Minta dia doakan yang terbaik buat kami. Paling penting mestilah doakan kami dapat zuriat dengan segera.






InsyaALLAH, aku pun nak tunaikan haji. Suatu hari nanti. Pasti. Selagi ajal belum menjemput.

Buat ABAH, kami sayang ABAH. Semoga perjalanan ABAH di sana dipermudahkan oleh-Nya. Kami harap ABAH tabah menempuh segala ujian dan cabaran di sana. Nasib juga ABAH dah ada pengalaman. Semoga ABAH selamat pulang. InsyaALLAH, kalau takde aral melintang, ABAH akan pulang ke tanahair pada 26 November. Kami tunggu kepulangan ABAH.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin