Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Oktober 04, 2010

Waduh Waduh

Lamanya aku tinggalkan arena penulisan ni. Bersawang, berhabuk, bertahi cicak, bertahi lalat manis di bibir dan sebagainya kertas maya aku ni.

Banyak benda nak cerita tapi semua masih duduk dalam draft box lagi. Nak cerita pengalaman berniaga kat bazar ramadhan, nak cerita pasal kucing kesayangan mati beragan, nak cerita pasal kisah raya, aishhh macam-macamlah nak cerita.

InsyaALLAH, kalau rajin nanti adalah post tentang perkara-perkara yang disebutkan diatas. Cuma, kisah raya tahun ni agak bosan sebab takde gambar. Diulang, takde gambar hokeh sebab aku macam takde mood nak bergambar. Yang ada pun dari kamera orang lain yang telah tagged aku di Facebook, so aku copy paste je. Personal punya hilekk, zero ...

Ramai juga yang bertanya kenapa blog aku dah macam tak bertuan. Terbiar. Memang nak update tapi bila dah menaip separuh jalan, mesti mati akal. Sudahnya masuk lah draft box. Kasi peram sampai berulat.

Tapi jangan risau, lepas ni aku akan memulihkan semangat dan berusaha sedaya upaya update blog merapu meraban aku ni untuk bacaan ramai.

Apapun terima kasihla ye pada yang sudi baca blog aku ni. InsyaALLAH berjumpa lagi di lain masa. *cheet macam pengacara rancangan ilmiah pulak*

1 ulasan:

aidahusnaruslan berkata...

yeay!!!kakak vogue sudah kembali.lama giler ok tak bc entry baru akak.sila2 update.hehehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin