Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, November 30, 2010

Jadi Jururawat - Edit


Dapat kerja baru.

Jadi jururawat.

Bukan kat klinik mahupun hospital.

Tapi jururawat peribadi.

Pada adik aku.

Dia jatuh tangga kat rumah sewa dia. Kaki dia retak. Kena simen. Kesian dia. Susah nak berjalan. 

Dia dapat MC 2 minggu.

Nanti aku upload gambar kaki dia yang bersimen.




Isnin, November 29, 2010

Kau Ingat Perkahwinan Tu Macam Main Kahwin-Kahwin Dengan Kawan-Kawan

Aku tak suka bila ada orang salahkan istilah 'kahwin muda' bila sesuatu perkahwinan itu tak berjaya. Apalah dosa 'kahwin muda' bila selalu menjadi mangsa bila ada pasangan muda yang bercerai-berai.

Aku pun kahwin muda. Kahwin masa umur 24 tahun. Mungkin bagi sesetengah orang taklah muda sangat tapi pada saat dan ketika itu, range umur macam tu bolehlah dikatakan kahwin muda.

Ya. Masa baru-baru kahwin, aku mengaku aku susah nak sesuaikan diri. Semua benda aku nak buat kena minta izin suami hatta nak ke kedai depan rumah sekalipun.
Aku pernah rasa marah bila aku tak dapat keluar dengan kawan-kawan. Aku pernah marah bila suami aku tegur aku tentang kesilapan yang aku buat. Aku pernah marah tentang semua perkara.

Aku dah biasa hidup bebas. Aku rimas.
Tapi, Alhamdulillah. Akhirnya, aku terima hakikat bahawa perkahwinan itu lebih indah bila aku mula menerima tanggungjawab aku tanpa mempertikaikannya. Aku lebih bahagia bila setiap tindakan yang suami aku lakukan beserta dengan alasan dan dalil yang kukuh. Cukup kukuh untuk menyedarkan aku hakikat bahawa Syurga itu di bawah tapak kaki suami.

Bernasib baik mempunyai suami yang sangat memahami. Dia sebenarnya tak pernah halang mana aku nak pergi kecuali aku nak pergi buat dosa.

Orang dulu-dulu, zaman moyang dan nenek kita pun, kahwin muda ni benda biasa. Setakat umur 15 tahun dah ada anak yang dikendong, yang didukung adalah benda yang sangat biasa. Boleh je bahagia sampai akhir nyawa.

Pada aku kahwin muda ke kahwin tua ke tak jadi hal. Kalau kau pandai menjaga maruah dan kesucian perhubungan itu, InsyaALLAH boleh kekal.

Yang jadi tak kekalnya bila, kau kahwin muda, then kau cakap kau tak puas enjoy zaman muda kau, kau kata kau sesak nafas dengan segala tanggungjawab, kau kata kau rimas, kau kata itu dan kau kata ini. Alasan.
Menambah beban lagi bila kau lelaki, kau malas kerja, kau terlalu mendengar cakap orang lain dan kau tak percaya pada isteri kau. Kau buat isteri kau macam sampah.

Dan kalau kau perempuan, kau pun sama. Kau cakap kau tak puas menjalani kehidupan sosial kau, kau tak sanggup nak jalankan segala tanggungjawab kau, kau cemburu bila suami kau asyik lepak kedai mamak. Kau pun mula buat perangai.

Bila mak bapak kau tegah kau kahwin sebab diaorang tahu kau tak mampu jadi suami atau isteri yang bertanggungjawab, kau marah. Kau cakap orang tua kau sengaja nak halang kebahagiaan kau. Kau kata orang tua kau suka tengok kau menderita.
Sudahnya, kat orang tua kau juga kau mengadu kan ??

Bila orang nasihatkan kau, kau dah takde alasan lain, kau salahkan usia kau. Muda sangat. Belum sedia nak pikul tanggungjawab. Masa kadi tanya segala soalan berkaitan rumahtangga, confident je kau jawab kau ready !!

Kau ingat kahwin tu macam kau main kawin-kawin masa kecik dulu eh. Kau pilih kawan kau yang paling handsome pastu kau jadikan suami  atau isteri olok-olok. Habis masa main, kau pun balik rumah tanpa perlu nak fikir apa-apa. Kau ingat macam tu ??
Kau tu yang kena berubah. Cuba dengar nasihat orang. Jangan fikir orang lain nak cemburu tak tentu pasal dekat kau.

Kau ingat seronok eh pegang title duda atau janda. Dalam usia muda. Kalau kau kata seronok sukahati kau lah. Kau boleh terjun dengan labu-labu kau.

Cuma, jangan salahkan istilah 'kahwin muda'. Kau yang tak pandai uruskan diri. Ada berjuta orang lain yang bahagia dengan istilah tu. 

Tiba-Tiba Kan ... Aku Rasa


Rindu nak bekerja semula.

Rindu nak balik kerja lewat malam.

Rindu nak kerja di bawah tekanan.

Rindu nak kena marah dengan boss.

Rindu nak mengadu dengan Encik Rizal bila kena marah atau bila tak puashati ada kawan sepejabat yang buat pasal.

Rindu nak bangun pagi, gosok gigi baju, make-up, naik dan turun bas.

Rindu nak buat-buat malas nak masak bila balik kerja padahal kat pejabat seharian main FB dan ber-YM sahaja.

Rindu nak keluar makan tengahari kat warung, makan nasi berlauk-pauk.

Rindu nak berbual dengan kawan-kawan rapat tentang kerja, tentang report, tentang surat, tentang kertas A4, tentang kawan sebelah meja yang pemalas-dahtu-perangai-macam-harem-asyik-tengok-gambar-'biru'.

Ini semua gara-gara kawan baik aku dah dapat kerja.

Argh !! Nak kerja semula !!
Ok.

Nekad.

Update resume sekarang juga. Semua website iklan kerja kosong aku jelajah. Setiap hari beli Harian Metro.

Tolong aku !!

Sabtu, November 27, 2010

Nak Balik Kampung !!


Kejap lagi aku nak ke Senai Airport. Tentulah bersama Encik Rizal. Menjemput Abah yang pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji.

Dah sebulan lebih tak jumpa dia. Rindu. 

Lepas je pick up dia, kami akan terus menuju ke kampung Encik Rizal di Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi. Rindu kampung juga. Sepanjang pemergian Abah ke Tanah Suci, kami tak balik kampung pun. Takde siapa pun kat sana.

Harini Encik Rizal cuti. Dah planning memang nak terus balik kampung lepas ambil Abah. Patutnya abang ipar aku yang ambil Abah, tapi dia ada urgent meeting kat Jakarta semalam. Nasib baik juga cuti Encik Rizal approved. Kalau tidak, siapalah pulak nak jemput Abah. Kat JB ni, cuma Encik Rizal dengan abang dia sorang je yang ada. Yang lain kat KL dan Kota Tinggi.

Kemungkinan tiada update dari aku samada kat blog, Facebook mahupun Twitter. Kat kampung tu, line broadband bengong sikit. Slow banget !!

Kalau rajin aku update, kalau senyap faham-faham jela ye.

Dahlah bubye. Nak gerak dah ni. Doakan keselamatanku !!

Jumaat, November 26, 2010

Pendapatan Dari ChurpChurp


Ruginya rasa lambat berkenalan dengan Churpchurp ni. Kalau dah lama kenal mesti dah banyak juga pendapatan yang boleh aku jana.

Tapi takpelah. Bak kata omputih, better late than never.

Sebenarnya ChurpChurp ni adik-beradik dengan Nuffnang. Kita boleh menjana pendapatan dengan melakukan tugasan yang diberikan.

Memula kenalah daftar dulu kat website dia. Ikut arahan yang diberikan. Selepas tu, tunggu jela assignment yang perlu ditweetkan. Ouhh ... oleh yang demikian, kenalah juga ada akaun Twitter. Facebook pun boleh.

Setiap kali lepas tugasan tu mendapat kelulusan untuk dipamerkan, kita akan dapat duit. Taklah banyak tapi tetap duit kan. Cuma kat ChurpChurp ni kita kena tunggu dapat RM100 baru boleh cash out berbanding RM50 kalau kat Nuffnang.

Tak kisahlah yang penting ada juga nampak hasil. Tidaklah orang kat sebelah ni asyik merungut kata bini dia asyik sangat melayan internet memanjang. Hehe ^_^ jangan marah ye Encik Rizal !!

So, kalau kamu-kamu suka Nuffnang, kamu-kamu juga pasti suka ChurpChurp. Apalagi, dah-dah pergi daftar sekarang. Ye !! Sekarang !! PERGI !!





tak banyak pon lagi duit aku dalam ni. baru 44sen jek. hehe

Khamis, November 25, 2010

Filem 2 Alam - Dapat Kutipan 2 Juta ?? Biar Betik ??


Tak betik pun.

Menurut sumber, kutipan filem tu hanya RM230,000 jek. Berangan tak hengat ek Dato' Rozmey tu. Apapun, tahniah jugalah buat beliau yang begitu berani meletakkan sasaran kutipan filem tu sebanyak RM40 juta. 

Tahniah. 

Sebab tak salah berangan. Tunggulah. Mungkin kalau lepas ni dia jadi amik Pamela Anderson jadi pelakon dalam filem baru dia, mungkinlah boleh dapat kutipan banyak tu ^_^. Nak pasarkan ke Hollywood gamaknya.

Memula dulu memang aku terpengaruh juga nak tengok filem ni, tapi bila rata-rata review aku baca filem ni hampeh, even orang media yang tengok pun cakap benda yang sama, memang terus tak jadi nak tengok.

Tunggulah kalau-kalau ada main kat TV nanti. Mungkin aku akan tengok. Mungkin.

Apapun, Dato' Rozmey kena berpijak di bumi nyata. Tak salah nak promote filem tapi biarlah berasas. Gilos kau kutipan RM40 juta. Filem lain yang pelakon hebat-hebat pun kekadang ke laut.
Hehe =)


p/s : aku tengok filem melayu ok tapi biarlah yang memberi kepuasan dan berbaloi !!

Sihat


Alhamdulillah. 

Dah sihat sepenuhnya. Maka, aku sangat yakin, ubat kat klinik biasa aku pergi tu memang berkesan untuk aku. Makan 2 kali je, kebah terus demam aku. Tak macam yo-yo lagi.

Sepanjang seminggu demam ni memang aku tak masak langsung. Takde selera nak masak. Tapi, selera makan membuak-buak pula. Nak makan murtabak la, makan mihun goreng la, makan ayam la. Sungguh jelik !

Nasib la Encik Rizal rajin nak melayan.
Tapi harini aku nekad. Nak masak juga. Kesian sang suami yang asyik kena sumbat dengan makanan luar.

Sebagai permulaan mencari mood untuk masak semula, harini dah planning nak masak yang mudah. Masak sup ayam dengan sambal kicap. Dahtu goreng sayur kacang panjang. Senang.

Tapi, bukan nak masak sekarang. Petang nanti. Memang rutin macam tu. Masak petang untuk dimakan waktu malam. 

Oleh sebab dah sihat ni, aku nak merayau jap. Bukan merayau keluar rumah. Nak blogwalking je. Dah lama ta blogwalking ni.

Pada yang mendoakan aku cepat sembuh tu, terima kasih banyak-banyak ye!!


Rabu, November 24, 2010

Tak Mampu Untuk Jatuh Sakit

Malam tadi aku demam semula. Badan panas semacam. Lepas Encik Rizal balik dari kerja, dia ajak pergi klinik. Ok. Dia tak ajak. Tapi dia paksa.

Sememangnya aku ni jenis tak kuasa nak pergi klinik kalau setakat demam atau sakit kepala biasa. Panadol adalah best solution untuk aku. Selalunya menjadi. Tapi kali ni, dekat seminggu demam macam yo-yo. Siang ok. Malam suhu badan naik. Sampaikan selimut yang aku gunakan pun panas sama.

Bila demam, hanya satu klinik je yang aku tuju. Bukan hanya kerana doktor dia perempuan. Ok lelaki ... no offends. Tapi, aku lebih selesa dengan doktor perempuan. Ubat-ubatan kat klinik yang satu ni memang berkesan untuk aku. Sepanjang 2 tahun tinggal kat kawasan Kangkar Pulai ni, memang klinik ni sahaja yang ubat dia serasi dengan aku.
 
Ubat kat klinik memang agak mahal. Tapi, semalam punya ubat agak mahal dari biasa. Ubat yang dia bagi macam biasa la. Ubat demam, antibiotik, ubat sakit tekak dan ubat selsema. It cost me RM55. Not me actually. Encik Rizal yang bayar.

Both of us macam 'what????' sambil pandang each other and starts the-eye-conversation. Lebih kurang macam, 'kenapa mahal gilos wei !! Biasanya dalam rm35++ jek. Ubat apa dia bagi ni ?? Biar betik ?? Betik sedap tau. Kalau pergi Jusco time dah nak tutup, boleh dapat diskaun 50% kalau beli buah-buahan yang dah potong' blablabla ... Faham ??

Masuk kereta, aku bagitau Encik Rizal yang kami tak mampu nak jatuh sakit selalu. Kalau setiap bulan macam ni, boleh kopak. 

Then, aku terfikir macamana kalau orang yang susah yang betul-betul sakit dan takde duit. Apa pilihan yang mereka ada selain pergi hospital kerajaan yang kadang-kadang servis bagus tapi selalu tak berapa nak bagus, dengan ramai gilos orang, kadang-kadang tunggu sampai 2 jam, masuk bilik jumpa MA jek pun, duduk, tanya sakit apa, kenapa boleh sakit 'wth', 'kalau aku tau macamana aku boleh sakit tak perlu jumpa kau' blablabla ... Faham ??

Between us, it's me yang selalu antibiotik badan sangat lemah. Selalu kena selsema and sakit tekak. Most of our medical expenses goes to me. Beli ubat itu, ubat ini. 

I really think that i can't afford to fall sick because of the medical cost yang agak mahal. Ni baru kena fever. Kalau .... no !! I'm not gonna think about anything else !!

Sigh !!

Need to take extra care. Kalau dah start sakit jangan mengada-ngada nak jalan-jalan ukur shopping complex macam tak orang jakun.

Baru lepas makan ubat ni. Mengantuk pula. Layan ZZZzzzZZZ la.

Selasa, November 23, 2010

Masih Dalam 'Tak Ok' Mode


Lama aku menghilangkan.
Masih demam. Sekejap ok sekejap menggigil. Dah berbiji-biji pil aku telan. Selsema langsung belum hilang. Berair je hidung ni. Soksek soksek jek keje aku sepanjang hari. Rimas. Tekak pun rasa kering.

Minggu lepas memang banyak aktiviti. Walaupun demam. Berjalan sana-sini. Mungkin juga sebab tu demam aku tak baik-baik. Tak rehat langsung.

Ada tempahan kuih, jemputan kenduri potong jambul kat rumah jiran, jemputan kahwin, makan-makan kat rumah BFF, shopping dengan adik aku.

Memang pack jadual dari Sabtu sampai Isnin.

Semalam dapat rileks sikit la. Walaupun semalam aku keluar juga tapi tak lama. Cuma pergi makan dan shopping sikit kat Jusco Taman U.
Harap-harap lepas ni akan jadi lebih baik sebab kembali ke aktiviti harian. Duduk rumah diam-diam.

Selsema sahaja benda yang sangat tidak menyenangkan sekarang ini. Arghhhh tension sungguh !!

Doakan aku sihat semula ye kamu-kamu !!

Khamis, November 18, 2010

Bila Demam


Balik dari tengok Harry Porter semalam, badan rasa tak sedap. Seram sejuk. Rasa semacam.

Aku demam !!

Badan sangat panas tapi aku menggigil kesejukan. Berselimut sepanjang hari. Baru sekarang ni rasa ok sikit. Macam dah kebah. Tapi tak selera nak makan.

Encik Rizal sedang gigih mencarikan bubur. Biasalah kan, kalau demam, memang bubur sahaja yang lalu nak ditelan. Nak makan makanan pejal memang tidaklah. Dengan sakit tekak perit gilos ni. Memang tak tertelan benda yang keras-keras.
Harap-harap esok semakin baik sebab aku ada dapat tempahan buat kuih cara berlauk dan samosa daging dari jiran aku yang nak buat kenduri Sabtu ni. Ahad pulak ada jemputan kahwin.

Aduhh perut tiba-tiba pedih. Mana tidaknya, dari pagi tak makan. Hanya air masak je yang masuk dalam perut sepanjang hari. 

Encik Rizal !! Baliklah cepat. ^_^

Masa macam ni lah nak bermanja. Betul tak ?? Hehehe

Rabu, November 17, 2010

Mood Cuti


Memang setiap hari pun aku mood cuti. Mana tidaknya, fulltime housewife katakan. Tapi still bekerja juga tau. Kemas rumah, masak, tengok tv dan tidur. Hehe itu semua membazirkan memerlukan tenaga. Tak gitu??

Apa program kamu-kamu selain dari makan, makan dan makan macam aku ?? TV macam takde cerita best jek. Bohsan. Encik Rizal tengah rajin membasuh kereta, mengemas laman dan bercucuk tanam. Biarlah dia dengan aktiviti sihat. Isteri dia ni tengah sibuk buat aktiviti sihat juga ni.

Kamu-kamu makan apa tadi ? Harini aku masak Laksa Johor. Pukul 6 pagi dah bersengkang mata kat dapur. Tapi, kenapa tak feel macam hari raya. Mungkin sebab aku belum pergi haji.

Petang sikit, lepas Asar nak ke Jusco Tebrau. Shopping time !! Then, malam pula akan melincah ke City Square. Mahu menonton Harry Porter and The Deathly Hallows : Part 1. Ouhhh sangat tidak sabar ok.

So far, itu je perancangan aku setakat ini. Kamu-kamu bagaimana ??

Salam Aidil Adha

Dengan hati tulus, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk kamu-kamu semua. Selamat bercuti dan selamat makan !!




Selasa, November 16, 2010

Cinta Syyyhhh Bekas Pemaisuri Agong Siti Aishah dan Uncle Seekers


Pelik tapi tak pasti benar atau tidak.

Aku pun dapat tau dari seorang teman baik yang membaca blog hiburan terfamous amos BeautifulNara.

Perghhh

Biar betik !!

Memula tengok blog Uncle Seekers tu macam tak percaya je wanita tu Siti Aishah. Macam lain gilos. Aku pun tak pasti kenapa si Uncle Seekers ni buat pendedahan macam ni. 

Biarlah. Kita tunggu dan lihat sahaja kisah selanjutnya. Memang gempak la cerita ni. Hangat di kalangan blogger.

Isnin, November 15, 2010

Alahai Si Tua Bangka


Eiii ...

Tiba-tiba hati aku panas terbaca bila terbaca sesuatu kat Facebook. Memang benda tu takde kena-mengena dengan aku tapi entah kenapa aku rasa macam tak boleh blah betul. Rasa meluat meluap-luap.

Aishhh ...
Ketiak dah berbulu tapi perangai macam budak baru masuk tadika.

Apa-apa jela *talk to the hand*

Semoga kamu-kamu bahagia.


p/s : silalah buat-buat paham dengan luahan perasan aku ni.

Dengan Mereka


Balik dari Ayer Hitam Sabtu lepas, aku berjimba ria dengan adik-adik sayang aku. Lokasi adalah di City Square. Just makan kat Vivo and window shopping jek. Tak lama pun. Dalam 3 jam je. Aku kena balik awal sebab makcik aku pula nak datang singgah rumah. Kenalah masak-masak sikit. 

Jom layan gambar !!




Lun and her icecream



Budget comel pakai hairband tapi kinda cute jugaklah hahaha ^_^



sedap gilos !! mango yogurt flavour



Adah and Lun ... my beloved sisters



my menu ... yumyum



mine also ... chicken lasagna tapi kurengggg rasa dia. aku buat lagi sodap =)

Jumaat, November 12, 2010

Missing Him and Missing Home


Going back to JB tomorrow. Missing my home especially my bed so much. Missing him too.

Encik Rizal pun balik esok juga tapi sebelah malam.

Ouhh cepatlah esok. Nak jumpa Encik Rizal dan mahu lepak sama adik-adik sayangku.

For sure gonna miss my aunt and my crazy little cousins. Gonna miss karaoke session too.

But JB is more likely a place i called home !!

JB ... wait for me ... hehe ^_^

Berakhirnya Kisah Chinta




Jangan geli.

Aku peminat setia drama Chinta.

Semuanya kerana Amar a.k.a Rasul Iman.

Tapi, aku lebih suka watak Amar. Walaupun tak berpendidikan tinggi tapi dia seorang lelaki yang tegas. Lelaki pelindung. Rasa selamat berada dengan dia.

Tak berapa suka watak Rasul Iman bila diakhir-akhir jalan cerita sebab aku rasa dia lelaki yang tak berpendirian. Dia digambarkan sebagai lelaki yang berpelajaran tinggi, mempunyai didikan agama yang sempurna, berjawatan bagus tapi mudah hanyut dengan buaian perasaan sendiri.

Tak suka watak Chinta pada awal cerita termasuk pelakon dia sekali tapi bila difikirkan itulah hakikatnya bagi segelintir wanita diluar sana. Dianiayai dan akhirnya memilih jalan mudah dengan terus hanyut walaupun sebenarnya dia mampu berubah lebih awal. Bila dia bersungguh bertaubat, rasa pilu pula. Tapi, i have to admit that Fasha Sandha really did a good job. So far, aku rasa ini lakonan dia yang paling meninggalkan kesan dalam hati aku.

Watak Saadah pulak, ada masa aku suka. Ada masa tidak. Suka bila dia rela berkorban demi suami. Tak suka bila dia seolah-olah tak ikhlas dengan pengorbanan yang dia buat. Tapi, kalau aku ditempat dia pun belum tentu aku mampu buat keputusan sebesar itu.

Arghh !!

Apa yang penting, cerita ni memang berhantu la. Aku dan kawan-kawan yang dah bersuami tapi masih tak sedar diri pun terjatuh suka kat watak Amar/Rasul Iman.

Haha. Gilos !!

Aku sanggup tak keluar rumah tu waktu petang untuk bersembang dengan jiran-jiran. Masak pun awal. Pukul 6.30 petang, sesiapa pun tak boleh kacau aku. Encik Rizal pun very understanding. Layankan je bini dia yang kekadang sedikit mengong ini ^_^ Thanks sayang !!

Minggu depan tak pasti lagi macamana. Kalau drama baru tu boleh mencuri perhatian aku, jawabnya memang melekat lagilah aku depan tv.

Hehe !!

Khamis, November 11, 2010

Terima Kasih Kamu


Malam tadi chatting panjang di YM dengan seorang teman baik. Bermula dari cerita Abang Rasul Iman di mana konon-kononnya kami bermadu *gelik siol* sehinggalah cerita pasal entry lama-lama aku kat blog ni.

Ouhhh terima kasih kamu *kamu tahu siapa kamu* sebab sudi baca entry lama-lama saya.

Tak sangka ada juga orang nak korek entry lama-lama aku. Bukan apa sebab banyak yang merepek. Takut nanti penat-penat orang baca tapi semua tak berilmiah. Lebih kepada merepek makan kerepek.

Kamu ... silalah khatamkan blog saya ini. Dah beratus rupanya entry yang saya buat. Saya pun tidak sedar. Kamu koreklah sehingga ke dasar. Kalau ada sebarang kemusykilan bolehlah datang ke kaunter pertanyaan. Hehe ^_^

Seronok pula rasa bila ada kawan yang setia membaca blog aku. Bila ada isu-isu panas mesti cepat je diaorang tanya tentang apa, tentang siapa dan mengapa.
Kamu-kamu yang lain pun terus-teruskanlah membaca blog aku. Mungkin ada yang berguna dan mungkin ada yang saja mahu melepaskan tension. Boleh saja. Sebab ada kawan aku yang lain cakap, blog aku tempat penghilang tension dia. Yeke ?? Tang mana tu ??

Apapun terima kasih untuk kamu-kamu semua. Teruskanlah membaca !! Poyo siot !!

Jauh Dari Rumah - New Edit

Sekarang ni aku berada di rumah makcik aku. Kat Ayer Hitam, Johor. Kalau orang Johor mesti tahu Ayer Hitam ni. Syurga membeli-belah barang perhiasan dan barang perkahwinan. Kat sini, kedai jual pasu dan barang hiasan rumah memang bersepah. Pilih dan sediakan duit sahaja.

Aku ke sini sebab Encik Rizal outsation selama 3 hari ke Rembau. Bosan pulak kat rumah. Dia izinkan aku untuk lepak kat sini.

Kat sini bolehlah bergosip-ping dengan sepupu-sepupuku yang kepala tintong sama macam aku. Dan boleh juga berkaraok-ing !! Suka !!

Kiteorang memang suka buat lawak sengal dan menyakitkan hati antara satu sama lain. Kira bergurau secara kasar lah.

Dalam kebanyakkan sepupu, aku memang rapat dengan anak-anak makcik aku yang satu ini. Sekepala kata orang.

Sebenarnya, aku nak masukkan gambar sepupu's dan makcikku, tapi tak boleh pulak. Kenapa ni ?? Kenapa ni ??

Bila aku klik kat link untuk letak gambar dia keluar blank page. Alahhh spoilt betul la.

Takpe-takpe. Aku cuba cari solution. Yang pasti akan ku letak gambar-gambar mereka.

*mode : gigit kerusi sebab marah*




----------------------------------------------------------



*selepas 15 minit dalam keadaan marah dan puas gigit kerusi, berhasil juga pencarianku !!* bangga dengan diri sendiri. clap ! clap !




 sepupu-sepupu kupu-kupu giler-giler vavis




demmm !! mereka sangat comel masa kecik-kecik !!



my ateh and ayahmi 

Selasa, November 09, 2010

Perlukah Menghina

Tak paham dengan sikap sesetengah orang yang menjadikan laman web sosial tempat untuk menghina dan menjatuhkan maruah orang lain.

Kalau iya pun ada pertelingkahan dan perbalahan tak perlu nak tulis seolah-olah nak satu dunia tahu. Bukankah itu boleh mengundang fitnah.

Paling tak best siap bagi orang macam gelaran yang tak elok didengar apatah lagi disebut.

Tak salah kalau nak menegur tapi biarlah berpada. Boleh menggunakan medium sms atau telefon. Cakap terus kat telinga orang yang dimarahkan sangat tu.

Kalau tulis-tulis kat laman web sosial tu kan boleh menyebabkan orang lain berminat nak ambil tahu. Dari cerita tu sejengkal boleh jadi sedepa.

Ishhh tak paham kenapa kadang-kadang manusia suka menyalahgunakan teknologi. Lepas tu nak cakap teknologi tak bagus sebab merosakkan sahsiah.

Ishhhh

Isnin, November 08, 2010

Hujung Minggu Yang Hebat

Tajuk entri tak boleh blah.

Tapi memang hebat.

Besh sangat dapat menghabiskan masa bersama orang-orang tersayang.

Jumaat - BBQ Party

Sabtu - Family Outing-Shopping-Food-Karaoke-Movie

Ahad - Dating dengan Encik Rizal

Memang kira pack la jadual hujung minggu lepas.

Nak berinternet pun tak sempat sebab masa dihabiskan di luar rumah.

Nanti aku update cerita pasal BBQ Party. Walaupun ada sedikit drama berlaku tapi overall memang puashati. Makan sekenyang-kenyangnya. Dan yang paling seronok sudah tentulah bergossip-ing dan bergambar sakan dengan my BFFs.

Tapi, harini back to normal. No more outside food. Kena masak. Since my younger sister ada kat rumah ni, memang dapat order jelah dari dia nak makan itu nak makan ini.

Harini dia request nak makan Ayam Masak Kicap. Kebetulan, aku pun memang nak masak benda yang sama. Sebab senang. Hehe ^_^

Bahan-bahan semua dah ready tapi sempat lagi update blog. Cari feel. Poyo!!

Oklah. Nak start masak. Ada orang dah kebulur.

Jumaat, November 05, 2010

Hari Gembira-Gembira

HAPPY DEEPAVALI !!

Mood : Gembira

Encik Rizal dan adik-adik sayang ada kat rumah. Masing-masing bercuti panjang. Sebab tu aku rasa semangat je.

Malam ni ada BBQ Party kat rumah aku.

Saja suka-suka. Aku dengan kawan-kawan yang planning.

Ayam, sotong, udang, hotdog dah di'marinate'. Tunggu masa nak dibakar.

Arghhh !! So damn happy.

Boleh berjimba ria bersama yang tersayang.

Eh nak keluar sekejap la. Nak cari bahan untuk buat puding. Nanti aku update pasal party ni hokeh.

Tata.

Khamis, November 04, 2010

Aku dan Kawan-Kawan

Bagi yang kenal rapat dengan aku tahu aku ni selalu jadi pendengar untuk kawan-kawan yang ada masalah atau sekadar ingin meluahkan perasaan.

Ok.

Aku takde masalah jadi pendengar setia. Kadang-kadang cerita dan pengalaman mereka boleh jadi sebagai pengajaran untuk aku andaikata aku melalui pengalaman yang sama.

Aku dengan kawan-kawan aku sangat rapat. Banyak sangat benda yang kami lalui. Pahit. Manis. Mengajar kami menjadi manusia matang.

Cuma kadang-kadang aku rasa terkilan. Bila hubungan yang dibina atas dasar kasih sayang, keikhlasan dan kejujuran jadi luntur hanya kerana salah faham dan ego.

Ya.

Aku tahu aku dan kawan-kawan bukan manusia sempurna. Adakala kami terjatuh dan terleka. Adakala kami melukakan perasaan antara kami tanpa sedar. Tapi, selalu ada antara kami yang saling menyedarkan.

Walaupun orang melihat persahabatan kami sempurna, tapi hakikatnya tidak. Masih ada lubang-lubang luka yang perlu ditampal biar tak jadi nanah. Biar tak tambah berdarah.

Aku sentiasa mengharapkan persahabatan kami kekal sampai bila-bila.

Tapi, bila ada yang menjauh, apalah daya aku untuk membawa dia semula ke pangkuan persahabatan kami.

Ada rajuk di hati dia. Ada sendu di jiwa kami.

Biarlah.

Semoga ALLAH memberi petunjuk kepada kami. Pada yang kekal dalam lingkungan persahabatan ini, jagalah hubungan baik ini. Bukan kerana nama, harta dan kemasyuran. Tapi, demi ALLAH. Cinta kerana ALLAH.

Rabu, November 03, 2010

Tidak Sihat

Dah 2 hari aku tak sihat.

Sakit belakang lagi sekali. Dahtu kena sakit tekak juga.

Nak buat kerja macam tak larat.

Inipun on lappy sebab nak balas email. Kalau tidak, memang tak kuasa.

Bertambah sakit sebab tadi travel agak jauh dalam masa yang sangat panjang. Sebab tu agaknya bahagian belakang aku sakit semula.

Nak masak pun malas. Tengah kenen-kenen dengan Encik Rizal untuk beli makanan kat luar je.

Betul-betul tak larat.

Nak sambung rehat.

Isnin, November 01, 2010

Sakit Belakang

Entri ini ditulis dari atas katil.

Dari malam tadi rasa tak sedap badan.

Sakit-sakit.

Sakit pinggang. Sakit bahu.

Semuanya sengal-sengal.

Tadi pagi bangun, Ya ALLAH rasa sakit sangat kat bahagian belakang.

Lepas mandi, aku baring semula. Tak larat rasanya nak berdiri lama-lama.

Tapi, disebabkan aku ni payah nak hidup tanpa internet, on juga lappy. Thanks to my Wi-Fi. Takyah nak susah-susah.

Ni short update jek.

Nak sambung rehat. Kalau malam nanti dah ok, aku sambung berinternet. Ada 3-4 entry nak publish tapi gambar tak masuk lagi, jadi terpaksalah duduk diam-diam dalam draft.

Ouhh i really need a rest. It's killing me, this back pain.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin