Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, November 04, 2010

Aku dan Kawan-Kawan

Bagi yang kenal rapat dengan aku tahu aku ni selalu jadi pendengar untuk kawan-kawan yang ada masalah atau sekadar ingin meluahkan perasaan.

Ok.

Aku takde masalah jadi pendengar setia. Kadang-kadang cerita dan pengalaman mereka boleh jadi sebagai pengajaran untuk aku andaikata aku melalui pengalaman yang sama.

Aku dengan kawan-kawan aku sangat rapat. Banyak sangat benda yang kami lalui. Pahit. Manis. Mengajar kami menjadi manusia matang.

Cuma kadang-kadang aku rasa terkilan. Bila hubungan yang dibina atas dasar kasih sayang, keikhlasan dan kejujuran jadi luntur hanya kerana salah faham dan ego.

Ya.

Aku tahu aku dan kawan-kawan bukan manusia sempurna. Adakala kami terjatuh dan terleka. Adakala kami melukakan perasaan antara kami tanpa sedar. Tapi, selalu ada antara kami yang saling menyedarkan.

Walaupun orang melihat persahabatan kami sempurna, tapi hakikatnya tidak. Masih ada lubang-lubang luka yang perlu ditampal biar tak jadi nanah. Biar tak tambah berdarah.

Aku sentiasa mengharapkan persahabatan kami kekal sampai bila-bila.

Tapi, bila ada yang menjauh, apalah daya aku untuk membawa dia semula ke pangkuan persahabatan kami.

Ada rajuk di hati dia. Ada sendu di jiwa kami.

Biarlah.

Semoga ALLAH memberi petunjuk kepada kami. Pada yang kekal dalam lingkungan persahabatan ini, jagalah hubungan baik ini. Bukan kerana nama, harta dan kemasyuran. Tapi, demi ALLAH. Cinta kerana ALLAH.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin