Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, November 12, 2010

Berakhirnya Kisah Chinta




Jangan geli.

Aku peminat setia drama Chinta.

Semuanya kerana Amar a.k.a Rasul Iman.

Tapi, aku lebih suka watak Amar. Walaupun tak berpendidikan tinggi tapi dia seorang lelaki yang tegas. Lelaki pelindung. Rasa selamat berada dengan dia.

Tak berapa suka watak Rasul Iman bila diakhir-akhir jalan cerita sebab aku rasa dia lelaki yang tak berpendirian. Dia digambarkan sebagai lelaki yang berpelajaran tinggi, mempunyai didikan agama yang sempurna, berjawatan bagus tapi mudah hanyut dengan buaian perasaan sendiri.

Tak suka watak Chinta pada awal cerita termasuk pelakon dia sekali tapi bila difikirkan itulah hakikatnya bagi segelintir wanita diluar sana. Dianiayai dan akhirnya memilih jalan mudah dengan terus hanyut walaupun sebenarnya dia mampu berubah lebih awal. Bila dia bersungguh bertaubat, rasa pilu pula. Tapi, i have to admit that Fasha Sandha really did a good job. So far, aku rasa ini lakonan dia yang paling meninggalkan kesan dalam hati aku.

Watak Saadah pulak, ada masa aku suka. Ada masa tidak. Suka bila dia rela berkorban demi suami. Tak suka bila dia seolah-olah tak ikhlas dengan pengorbanan yang dia buat. Tapi, kalau aku ditempat dia pun belum tentu aku mampu buat keputusan sebesar itu.

Arghh !!

Apa yang penting, cerita ni memang berhantu la. Aku dan kawan-kawan yang dah bersuami tapi masih tak sedar diri pun terjatuh suka kat watak Amar/Rasul Iman.

Haha. Gilos !!

Aku sanggup tak keluar rumah tu waktu petang untuk bersembang dengan jiran-jiran. Masak pun awal. Pukul 6.30 petang, sesiapa pun tak boleh kacau aku. Encik Rizal pun very understanding. Layankan je bini dia yang kekadang sedikit mengong ini ^_^ Thanks sayang !!

Minggu depan tak pasti lagi macamana. Kalau drama baru tu boleh mencuri perhatian aku, jawabnya memang melekat lagilah aku depan tv.

Hehe !!

3 ulasan:

Jemari Seni berkata...

Ieja... ramai kata best citer ni tapi Hakak sekali pon takde can nak tgk huhuhuu kena carik kat youtube la gamaknyer.

adekz berkata...

eeeeiiiiii..myampahhh aku cik jahhhhhhh

xna yue niang berkata...

hahahaha i loike....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin