Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, November 18, 2010

Bila Demam


Balik dari tengok Harry Porter semalam, badan rasa tak sedap. Seram sejuk. Rasa semacam.

Aku demam !!

Badan sangat panas tapi aku menggigil kesejukan. Berselimut sepanjang hari. Baru sekarang ni rasa ok sikit. Macam dah kebah. Tapi tak selera nak makan.

Encik Rizal sedang gigih mencarikan bubur. Biasalah kan, kalau demam, memang bubur sahaja yang lalu nak ditelan. Nak makan makanan pejal memang tidaklah. Dengan sakit tekak perit gilos ni. Memang tak tertelan benda yang keras-keras.
Harap-harap esok semakin baik sebab aku ada dapat tempahan buat kuih cara berlauk dan samosa daging dari jiran aku yang nak buat kenduri Sabtu ni. Ahad pulak ada jemputan kahwin.

Aduhh perut tiba-tiba pedih. Mana tidaknya, dari pagi tak makan. Hanya air masak je yang masuk dalam perut sepanjang hari. 

Encik Rizal !! Baliklah cepat. ^_^

Masa macam ni lah nak bermanja. Betul tak ?? Hehehe

2 ulasan:

Kniedaz berkata...

semoga cepat sembuh ya

Ieja RizaLiza berkata...

thanks kak =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin