Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, November 11, 2010

Jauh Dari Rumah - New Edit

Sekarang ni aku berada di rumah makcik aku. Kat Ayer Hitam, Johor. Kalau orang Johor mesti tahu Ayer Hitam ni. Syurga membeli-belah barang perhiasan dan barang perkahwinan. Kat sini, kedai jual pasu dan barang hiasan rumah memang bersepah. Pilih dan sediakan duit sahaja.

Aku ke sini sebab Encik Rizal outsation selama 3 hari ke Rembau. Bosan pulak kat rumah. Dia izinkan aku untuk lepak kat sini.

Kat sini bolehlah bergosip-ping dengan sepupu-sepupuku yang kepala tintong sama macam aku. Dan boleh juga berkaraok-ing !! Suka !!

Kiteorang memang suka buat lawak sengal dan menyakitkan hati antara satu sama lain. Kira bergurau secara kasar lah.

Dalam kebanyakkan sepupu, aku memang rapat dengan anak-anak makcik aku yang satu ini. Sekepala kata orang.

Sebenarnya, aku nak masukkan gambar sepupu's dan makcikku, tapi tak boleh pulak. Kenapa ni ?? Kenapa ni ??

Bila aku klik kat link untuk letak gambar dia keluar blank page. Alahhh spoilt betul la.

Takpe-takpe. Aku cuba cari solution. Yang pasti akan ku letak gambar-gambar mereka.

*mode : gigit kerusi sebab marah*




----------------------------------------------------------



*selepas 15 minit dalam keadaan marah dan puas gigit kerusi, berhasil juga pencarianku !!* bangga dengan diri sendiri. clap ! clap !




 sepupu-sepupu kupu-kupu giler-giler vavis




demmm !! mereka sangat comel masa kecik-kecik !!



my ateh and ayahmi 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin