Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, November 29, 2010

Kau Ingat Perkahwinan Tu Macam Main Kahwin-Kahwin Dengan Kawan-Kawan

Aku tak suka bila ada orang salahkan istilah 'kahwin muda' bila sesuatu perkahwinan itu tak berjaya. Apalah dosa 'kahwin muda' bila selalu menjadi mangsa bila ada pasangan muda yang bercerai-berai.

Aku pun kahwin muda. Kahwin masa umur 24 tahun. Mungkin bagi sesetengah orang taklah muda sangat tapi pada saat dan ketika itu, range umur macam tu bolehlah dikatakan kahwin muda.

Ya. Masa baru-baru kahwin, aku mengaku aku susah nak sesuaikan diri. Semua benda aku nak buat kena minta izin suami hatta nak ke kedai depan rumah sekalipun.
Aku pernah rasa marah bila aku tak dapat keluar dengan kawan-kawan. Aku pernah marah bila suami aku tegur aku tentang kesilapan yang aku buat. Aku pernah marah tentang semua perkara.

Aku dah biasa hidup bebas. Aku rimas.
Tapi, Alhamdulillah. Akhirnya, aku terima hakikat bahawa perkahwinan itu lebih indah bila aku mula menerima tanggungjawab aku tanpa mempertikaikannya. Aku lebih bahagia bila setiap tindakan yang suami aku lakukan beserta dengan alasan dan dalil yang kukuh. Cukup kukuh untuk menyedarkan aku hakikat bahawa Syurga itu di bawah tapak kaki suami.

Bernasib baik mempunyai suami yang sangat memahami. Dia sebenarnya tak pernah halang mana aku nak pergi kecuali aku nak pergi buat dosa.

Orang dulu-dulu, zaman moyang dan nenek kita pun, kahwin muda ni benda biasa. Setakat umur 15 tahun dah ada anak yang dikendong, yang didukung adalah benda yang sangat biasa. Boleh je bahagia sampai akhir nyawa.

Pada aku kahwin muda ke kahwin tua ke tak jadi hal. Kalau kau pandai menjaga maruah dan kesucian perhubungan itu, InsyaALLAH boleh kekal.

Yang jadi tak kekalnya bila, kau kahwin muda, then kau cakap kau tak puas enjoy zaman muda kau, kau kata kau sesak nafas dengan segala tanggungjawab, kau kata kau rimas, kau kata itu dan kau kata ini. Alasan.
Menambah beban lagi bila kau lelaki, kau malas kerja, kau terlalu mendengar cakap orang lain dan kau tak percaya pada isteri kau. Kau buat isteri kau macam sampah.

Dan kalau kau perempuan, kau pun sama. Kau cakap kau tak puas menjalani kehidupan sosial kau, kau tak sanggup nak jalankan segala tanggungjawab kau, kau cemburu bila suami kau asyik lepak kedai mamak. Kau pun mula buat perangai.

Bila mak bapak kau tegah kau kahwin sebab diaorang tahu kau tak mampu jadi suami atau isteri yang bertanggungjawab, kau marah. Kau cakap orang tua kau sengaja nak halang kebahagiaan kau. Kau kata orang tua kau suka tengok kau menderita.
Sudahnya, kat orang tua kau juga kau mengadu kan ??

Bila orang nasihatkan kau, kau dah takde alasan lain, kau salahkan usia kau. Muda sangat. Belum sedia nak pikul tanggungjawab. Masa kadi tanya segala soalan berkaitan rumahtangga, confident je kau jawab kau ready !!

Kau ingat kahwin tu macam kau main kawin-kawin masa kecik dulu eh. Kau pilih kawan kau yang paling handsome pastu kau jadikan suami  atau isteri olok-olok. Habis masa main, kau pun balik rumah tanpa perlu nak fikir apa-apa. Kau ingat macam tu ??
Kau tu yang kena berubah. Cuba dengar nasihat orang. Jangan fikir orang lain nak cemburu tak tentu pasal dekat kau.

Kau ingat seronok eh pegang title duda atau janda. Dalam usia muda. Kalau kau kata seronok sukahati kau lah. Kau boleh terjun dengan labu-labu kau.

Cuma, jangan salahkan istilah 'kahwin muda'. Kau yang tak pandai uruskan diri. Ada berjuta orang lain yang bahagia dengan istilah tu. 

3 ulasan:

captain_zed berkata...

wow! impressive!! mcm baca majalah pulak.. adakah idea tercetus ketika menggoreng cekodok sambil menonton NONA?? who can get enough of the freedom? the more you resist, more rebellious you would be.. syabbas bette! ko patut jd cikgu matematik la Faizah <- releven ker?

Ieja RizaLiza berkata...

zack : hahaha siot jek kamu !! tak tgk nona la. idea spontan haha. aku fail fail math la. cmne ?? =)

alun berkata...

haha..t'lampau pnjg..
lun bce mukadimah jek..
btol 2 kak..len kali jgn kawen mde..wakaka

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin