Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, November 23, 2010

Masih Dalam 'Tak Ok' Mode


Lama aku menghilangkan.
Masih demam. Sekejap ok sekejap menggigil. Dah berbiji-biji pil aku telan. Selsema langsung belum hilang. Berair je hidung ni. Soksek soksek jek keje aku sepanjang hari. Rimas. Tekak pun rasa kering.

Minggu lepas memang banyak aktiviti. Walaupun demam. Berjalan sana-sini. Mungkin juga sebab tu demam aku tak baik-baik. Tak rehat langsung.

Ada tempahan kuih, jemputan kenduri potong jambul kat rumah jiran, jemputan kahwin, makan-makan kat rumah BFF, shopping dengan adik aku.

Memang pack jadual dari Sabtu sampai Isnin.

Semalam dapat rileks sikit la. Walaupun semalam aku keluar juga tapi tak lama. Cuma pergi makan dan shopping sikit kat Jusco Taman U.
Harap-harap lepas ni akan jadi lebih baik sebab kembali ke aktiviti harian. Duduk rumah diam-diam.

Selsema sahaja benda yang sangat tidak menyenangkan sekarang ini. Arghhhh tension sungguh !!

Doakan aku sihat semula ye kamu-kamu !!

2 ulasan:

Jemari Seni berkata...

Semoga cepat sembuh yer Dik Amin!!!

Ieja RizaLiza berkata...

thanks kak =) Alhamdulillah dah ok dah ni.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin