Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Sabtu, November 27, 2010

Nak Balik Kampung !!


Kejap lagi aku nak ke Senai Airport. Tentulah bersama Encik Rizal. Menjemput Abah yang pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji.

Dah sebulan lebih tak jumpa dia. Rindu. 

Lepas je pick up dia, kami akan terus menuju ke kampung Encik Rizal di Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi. Rindu kampung juga. Sepanjang pemergian Abah ke Tanah Suci, kami tak balik kampung pun. Takde siapa pun kat sana.

Harini Encik Rizal cuti. Dah planning memang nak terus balik kampung lepas ambil Abah. Patutnya abang ipar aku yang ambil Abah, tapi dia ada urgent meeting kat Jakarta semalam. Nasib baik juga cuti Encik Rizal approved. Kalau tidak, siapalah pulak nak jemput Abah. Kat JB ni, cuma Encik Rizal dengan abang dia sorang je yang ada. Yang lain kat KL dan Kota Tinggi.

Kemungkinan tiada update dari aku samada kat blog, Facebook mahupun Twitter. Kat kampung tu, line broadband bengong sikit. Slow banget !!

Kalau rajin aku update, kalau senyap faham-faham jela ye.

Dahlah bubye. Nak gerak dah ni. Doakan keselamatanku !!

2 ulasan:

cik EPAL berkata...

semoga anda selamat sampai dan pulang. amin =)

Ieja RizaLiza berkata...

cik epal : thanks cik epal !! len kali singgah lagi la yek.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin