Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, November 26, 2010

Pendapatan Dari ChurpChurp


Ruginya rasa lambat berkenalan dengan Churpchurp ni. Kalau dah lama kenal mesti dah banyak juga pendapatan yang boleh aku jana.

Tapi takpelah. Bak kata omputih, better late than never.

Sebenarnya ChurpChurp ni adik-beradik dengan Nuffnang. Kita boleh menjana pendapatan dengan melakukan tugasan yang diberikan.

Memula kenalah daftar dulu kat website dia. Ikut arahan yang diberikan. Selepas tu, tunggu jela assignment yang perlu ditweetkan. Ouhh ... oleh yang demikian, kenalah juga ada akaun Twitter. Facebook pun boleh.

Setiap kali lepas tugasan tu mendapat kelulusan untuk dipamerkan, kita akan dapat duit. Taklah banyak tapi tetap duit kan. Cuma kat ChurpChurp ni kita kena tunggu dapat RM100 baru boleh cash out berbanding RM50 kalau kat Nuffnang.

Tak kisahlah yang penting ada juga nampak hasil. Tidaklah orang kat sebelah ni asyik merungut kata bini dia asyik sangat melayan internet memanjang. Hehe ^_^ jangan marah ye Encik Rizal !!

So, kalau kamu-kamu suka Nuffnang, kamu-kamu juga pasti suka ChurpChurp. Apalagi, dah-dah pergi daftar sekarang. Ye !! Sekarang !! PERGI !!





tak banyak pon lagi duit aku dalam ni. baru 44sen jek. hehe

3 ulasan:

Mr Ska berkata...

Thanks for the info ~

Balqees Amanda berkata...

tak dapat lagi..huhuu,

Ieja RizaLiza berkata...

Mr Ska : welcome =)
balqees : InsyaALLAH nanti adalah tu =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin