Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, November 09, 2010

Perlukah Menghina

Tak paham dengan sikap sesetengah orang yang menjadikan laman web sosial tempat untuk menghina dan menjatuhkan maruah orang lain.

Kalau iya pun ada pertelingkahan dan perbalahan tak perlu nak tulis seolah-olah nak satu dunia tahu. Bukankah itu boleh mengundang fitnah.

Paling tak best siap bagi orang macam gelaran yang tak elok didengar apatah lagi disebut.

Tak salah kalau nak menegur tapi biarlah berpada. Boleh menggunakan medium sms atau telefon. Cakap terus kat telinga orang yang dimarahkan sangat tu.

Kalau tulis-tulis kat laman web sosial tu kan boleh menyebabkan orang lain berminat nak ambil tahu. Dari cerita tu sejengkal boleh jadi sedepa.

Ishhh tak paham kenapa kadang-kadang manusia suka menyalahgunakan teknologi. Lepas tu nak cakap teknologi tak bagus sebab merosakkan sahsiah.

Ishhhh

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin