Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, November 25, 2010

Sihat


Alhamdulillah. 

Dah sihat sepenuhnya. Maka, aku sangat yakin, ubat kat klinik biasa aku pergi tu memang berkesan untuk aku. Makan 2 kali je, kebah terus demam aku. Tak macam yo-yo lagi.

Sepanjang seminggu demam ni memang aku tak masak langsung. Takde selera nak masak. Tapi, selera makan membuak-buak pula. Nak makan murtabak la, makan mihun goreng la, makan ayam la. Sungguh jelik !

Nasib la Encik Rizal rajin nak melayan.
Tapi harini aku nekad. Nak masak juga. Kesian sang suami yang asyik kena sumbat dengan makanan luar.

Sebagai permulaan mencari mood untuk masak semula, harini dah planning nak masak yang mudah. Masak sup ayam dengan sambal kicap. Dahtu goreng sayur kacang panjang. Senang.

Tapi, bukan nak masak sekarang. Petang nanti. Memang rutin macam tu. Masak petang untuk dimakan waktu malam. 

Oleh sebab dah sihat ni, aku nak merayau jap. Bukan merayau keluar rumah. Nak blogwalking je. Dah lama ta blogwalking ni.

Pada yang mendoakan aku cepat sembuh tu, terima kasih banyak-banyak ye!!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin