Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, November 24, 2010

Tak Mampu Untuk Jatuh Sakit

Malam tadi aku demam semula. Badan panas semacam. Lepas Encik Rizal balik dari kerja, dia ajak pergi klinik. Ok. Dia tak ajak. Tapi dia paksa.

Sememangnya aku ni jenis tak kuasa nak pergi klinik kalau setakat demam atau sakit kepala biasa. Panadol adalah best solution untuk aku. Selalunya menjadi. Tapi kali ni, dekat seminggu demam macam yo-yo. Siang ok. Malam suhu badan naik. Sampaikan selimut yang aku gunakan pun panas sama.

Bila demam, hanya satu klinik je yang aku tuju. Bukan hanya kerana doktor dia perempuan. Ok lelaki ... no offends. Tapi, aku lebih selesa dengan doktor perempuan. Ubat-ubatan kat klinik yang satu ni memang berkesan untuk aku. Sepanjang 2 tahun tinggal kat kawasan Kangkar Pulai ni, memang klinik ni sahaja yang ubat dia serasi dengan aku.
 
Ubat kat klinik memang agak mahal. Tapi, semalam punya ubat agak mahal dari biasa. Ubat yang dia bagi macam biasa la. Ubat demam, antibiotik, ubat sakit tekak dan ubat selsema. It cost me RM55. Not me actually. Encik Rizal yang bayar.

Both of us macam 'what????' sambil pandang each other and starts the-eye-conversation. Lebih kurang macam, 'kenapa mahal gilos wei !! Biasanya dalam rm35++ jek. Ubat apa dia bagi ni ?? Biar betik ?? Betik sedap tau. Kalau pergi Jusco time dah nak tutup, boleh dapat diskaun 50% kalau beli buah-buahan yang dah potong' blablabla ... Faham ??

Masuk kereta, aku bagitau Encik Rizal yang kami tak mampu nak jatuh sakit selalu. Kalau setiap bulan macam ni, boleh kopak. 

Then, aku terfikir macamana kalau orang yang susah yang betul-betul sakit dan takde duit. Apa pilihan yang mereka ada selain pergi hospital kerajaan yang kadang-kadang servis bagus tapi selalu tak berapa nak bagus, dengan ramai gilos orang, kadang-kadang tunggu sampai 2 jam, masuk bilik jumpa MA jek pun, duduk, tanya sakit apa, kenapa boleh sakit 'wth', 'kalau aku tau macamana aku boleh sakit tak perlu jumpa kau' blablabla ... Faham ??

Between us, it's me yang selalu antibiotik badan sangat lemah. Selalu kena selsema and sakit tekak. Most of our medical expenses goes to me. Beli ubat itu, ubat ini. 

I really think that i can't afford to fall sick because of the medical cost yang agak mahal. Ni baru kena fever. Kalau .... no !! I'm not gonna think about anything else !!

Sigh !!

Need to take extra care. Kalau dah start sakit jangan mengada-ngada nak jalan-jalan ukur shopping complex macam tak orang jakun.

Baru lepas makan ubat ni. Mengantuk pula. Layan ZZZzzzZZZ la.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin