Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, November 11, 2010

Terima Kasih Kamu


Malam tadi chatting panjang di YM dengan seorang teman baik. Bermula dari cerita Abang Rasul Iman di mana konon-kononnya kami bermadu *gelik siol* sehinggalah cerita pasal entry lama-lama aku kat blog ni.

Ouhhh terima kasih kamu *kamu tahu siapa kamu* sebab sudi baca entry lama-lama saya.

Tak sangka ada juga orang nak korek entry lama-lama aku. Bukan apa sebab banyak yang merepek. Takut nanti penat-penat orang baca tapi semua tak berilmiah. Lebih kepada merepek makan kerepek.

Kamu ... silalah khatamkan blog saya ini. Dah beratus rupanya entry yang saya buat. Saya pun tidak sedar. Kamu koreklah sehingga ke dasar. Kalau ada sebarang kemusykilan bolehlah datang ke kaunter pertanyaan. Hehe ^_^

Seronok pula rasa bila ada kawan yang setia membaca blog aku. Bila ada isu-isu panas mesti cepat je diaorang tanya tentang apa, tentang siapa dan mengapa.
Kamu-kamu yang lain pun terus-teruskanlah membaca blog aku. Mungkin ada yang berguna dan mungkin ada yang saja mahu melepaskan tension. Boleh saja. Sebab ada kawan aku yang lain cakap, blog aku tempat penghilang tension dia. Yeke ?? Tang mana tu ??

Apapun terima kasih untuk kamu-kamu semua. Teruskanlah membaca !! Poyo siot !!

1 ulasan:

xna yue niang berkata...

well..well...well..sewel...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin