Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, November 29, 2010

Tiba-Tiba Kan ... Aku Rasa


Rindu nak bekerja semula.

Rindu nak balik kerja lewat malam.

Rindu nak kerja di bawah tekanan.

Rindu nak kena marah dengan boss.

Rindu nak mengadu dengan Encik Rizal bila kena marah atau bila tak puashati ada kawan sepejabat yang buat pasal.

Rindu nak bangun pagi, gosok gigi baju, make-up, naik dan turun bas.

Rindu nak buat-buat malas nak masak bila balik kerja padahal kat pejabat seharian main FB dan ber-YM sahaja.

Rindu nak keluar makan tengahari kat warung, makan nasi berlauk-pauk.

Rindu nak berbual dengan kawan-kawan rapat tentang kerja, tentang report, tentang surat, tentang kertas A4, tentang kawan sebelah meja yang pemalas-dahtu-perangai-macam-harem-asyik-tengok-gambar-'biru'.

Ini semua gara-gara kawan baik aku dah dapat kerja.

Argh !! Nak kerja semula !!
Ok.

Nekad.

Update resume sekarang juga. Semua website iklan kerja kosong aku jelajah. Setiap hari beli Harian Metro.

Tolong aku !!

2 ulasan:

xna yue niang berkata...

hahaha nie ker sebab meroyan nyer...

Ieja RizaLiza berkata...

puan xna : hahahaha terus update resume tau =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin