Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Disember 28, 2010

Rahsia Kecomelanku

Belum sempat aku habis taip tajuk entri kali ni, aku dah gelak-gelak. Gelakkan diri sendiri. Geli siot. Nak muntah.

Entri ni khas untuk beberapa kamu-kamu yang tanya apa rahsia kecomelanku sehingga nampak kulitku halus dan mulus.

Geli lagi sekali dowh !!

Takde rahsia pun.

Gambar kat dalam blog ni semua sudah diedit secara habis-habisan supaya nampak flawless padahal kalau kamu-kamu jumpa diriku secara muka-ke-muka, kamu-kamu akan berasa sedih dan mungkin juga marah kerana kulit aku ya ampun jenis berminyak dan berjerawat halus atau aku panggil jerawat pasir. Selain itu, ada bekas-bekas jerawat godang yang suka dikopek ketika bulan mengambang.

Serius. Kulit aku tak cantik pun.

Oleh yang demikian, untuk mencantikkan sedikit muka yang tidak berapa nak cantik ni, kalau keluar rumah tu memang aku oleslah sedikit make-up.

Cara penjagaan kulit aku sangat mudah.

Satu, cuci muka.

Dua, pakai toner.

Tiga, pakai krim pelembab. Itupun kadang-kadang terlupa. Hahaha ^_^

Empat, bila teringat baru pakai masker. Ya! Ya! Bila teringat jek.

Sekarang ni kalau keluar rumah pergi jalan-jalan, aku biasanya jarang bermake-up tebal berbanding dengan zaman anak dara dulu. Sebab malas. Lagipun senang nak solat. Malas nak cuci make-up lama-lama.

Bila keluar rumah, yang wajib aku pakai ialah sunblock lotion as a base. Pastu tepek bedak compact. Pakai blusher. Kalau rajin, time pakai contact lense, aku pakai jugaklah maskara or eyeliner. Tapi jaranglah.



muka lepas dah pakai make-up. tapi gambar tak edit langsung. masih terserlahkan bekas jerawat godang kat pipi tu beserta kulit yang tak berapa nak menarik tertarik da boom kebabooo ...


muka lepas dah pakai make-up. dan gambar sudah diedit. terserlahkan bukan kulit yang kononnya menarik tertarik da boom kebabooo ... glowing kan ?? tipu tipu


muka langsung tak make-up apatah lagi di edit. berminyak dan kusam bukan ?? sila jangan pengsan =(


Nampak tak penipuan berlaku di situ. 

Walau apapun, aku tetap bersyukur dengan kurniaan ALLAH pada aku. Memanglah kulit aku tak berapa cantik tapi tidaklah pula ada jerawat yang susah nak hilang. Biasa-biasa jek. Alhamdulillah.

Untuk compact powder, aku pakai 2 jenama. Satu Miyami dari Cosway dan satu lagi jenama Pixy. Harga dua-dua murah. Bawah rm25 tapi memang berbaloi.


Pixy. selalu beli kat Watson's jek *pinjam dari google*


Miyami dari Cosway *pinjam dari google*



Itu sahajalah rahsia kecomelanku. Tak lebih tak kurang. Aku memang jenis orang yang sangat pemalas nak amalkan petua-petua lama untuk haluskan kulit ni. Berangan nak buat ada tapi hampeh !!

Pada yang bertanya dan anggap kulit aku cantik, terima kasih ye. Sila buat anggapan yang baik lagi.

Sekian, wassalam.

Haha

Isnin, Disember 27, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah dan J.Cool Yogurt

Semenjak aku dah kerja ni, masa untuk bersama Encik Rizal pergi dating memang terhad. Maklumlah cuti tak sama *redha*. Memang susah nak jumpa hari yang kami sama-sama cuti.

Tapi last week, sempat jugalah lepak dengan dia pergi tengok wayang. Itupun sebab training week so kerja office hour biasa.


gambar gedik tuan tanah kedaung wajib la ada barang sekeping dua =)


Kami tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Ya ALLAH !! Ya Ampun !! Fullhouse siot. Aku dapat seat depan. 4 row dari screen. Selalunya memang taklah aku nak beli tiket kalau dah seat rupa macam tu tapi disebabkan malas nak tunggu show pukul 12.45 pagi, maka terima sahajalah apa yang ada. *redha lagi sekali*


bukti !! bukti !!



Walaupun begitu, aku rasa berbaloi kena mendongak sedikit selama 1 1/2 jam sebab memang dari awal sampai habis kami gelak-gelak sama-sama dengan orang lain !!

Gilos lawak kamu-kamu !!

Memang tak boleh blah.

Lawak-lawak jugak. Tapi, aku rasa banyak dialog dalam cerita ni berupa sindiran. Kalau dihayati betul-betul ada mesej yang ingin disampaikan kepada orang-orang yang tertentu.

Taknak ulas lebih-lebih sebab aku tahu mesti ramai orang dah tengok filem ni. Box office kau. Mesti arr ramai yang datang penuhkan panggung.

Pada sesiapa yang belum tengok, aku sangat highly recommended pergi tengok. Berbaloi. Tapi yang tak suka lawak dan anggap lawak tu bodoh, jangan pergi tengok. Nanti nak salahkan aku pula. Miahaha ^_^



sedap !!

lazat dowh !!







Ahad, Disember 26, 2010

Cabaran Dalam Pekerjaan

Sangat mencabar minda bagi orang yang dah biasa duduk diam diam kat rumah selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu macam aku ni bila bekerja 16 jam mengadap komputer dan memakai headset. Sakit punggung dan juga sakit telinga wei !!!

Tapi Alhamdulillah telah berjaya melalui 16 jam yang sangat getir itu dengan jayanya. Walaupun jejak jam 12 tengah malam mata dah mula kuyu tapi tetap komited terhadap tugas.

Dah aku yang pilih kerjaya macam ni. Kenalah hadapi apa jua rintangan. Walaupun terpaksa korbankan masa untuk suami dan keluarga, niat aku cuma satu. Membantu mengukuhkan kedudukan kewangan kami.

Lagi bertambah bersemangat bila ada rakan sekerja yang lain yang juga dah berkeluarga malahan ada anak kecil pun turut komited terhadap kerja tanpa menjadikan itu satu alasan. Ada yang dah kerja lebih dari 10 tahun dalam bidang ni. Kenalah jadikan mereka idola. 

Memang susah kerja shift ni sebenarnya. Memang menguji keimanan dan kesabaran. Mana tidaknya, aku balik kerja, Encik Rizal pergi kerja. Aku cuti, Encik Rizal tak cuti.

Tapi, semua ni demi masa depan kami. Lagipun kontrak setahun jek. Aku nak cuba dulu. Kalau ada rezeki, dapat sambung kontrak, itu fikir kemudian. Manalah tahu masa tu dapat kerja lain ke apa ke kan.

Untuk itu, aku memang sangat bersyukur dan berterima kasih pada Encik Rizal yang sangat memahami walaupun aku tahu pada permulaan dia macam tak berapa suka aku kerja shift. Thanks ye sayang !!

Harini sampai Selasa aku cuti. So, boleh berehat-rehat dengan menidurkan diri selama mungkin. Hehe ^_^ 

Bila dah kerja ni, nikmat duduk rumah dan tidur adalah lebih memuaskan nafsu daripada pergi jalan-jalan ukur shopping complex. Betul you all !! Tak tipu !!




walaupun sedang bekerja, camwhoring adalah wajib okeh. dahlah. bye !!

Selasa, Disember 21, 2010

Tempat Mencari Rezeki

Memperkenalkan kepada anda semua ......




Tempat aku mencari rezeki.

TNB Call  Management Center bahagian Selatan. InsyaALLAH, akan mencari sesuap nasi disini untuk satu tahun sebab aku pekerja kontrak. Harap-harap prestasi bagus dan akan disambung lagi.

Dah masuk 2 minggu kerja kat sini, aku rasa kerja kat sini enjoy. Tugas aku cuma angkat call dan masukkan dalam sistem tentang masalah kerosakan bekalan yang dialami oleh seluruh rakyat Semenanjung Malaysia.

Yang tidak enjoy hanyalah bila dapat panggilan dari pelanggan yang jenis tak sabar, nak marah-marah, nak maki-maki sebab rumah dia takde elektrik. Diaorang ingat kami-kami di bahagian call center ni terus boleh datang betulkan bekalan diaorang. No no no. Kami hanya ambil report. 

So far, aku belum dapat lagi panggilan yang marah-marah dan maki-maki. Cuak jugak. Takut meleleh airmata. Aku ni kan sensitif. Hahaha 0_0

Kawan-kawan kat sini pun semua boleh masuklah dengan kepala aku even aku adalah yang paling matang. *cheet, taknak mengaku dah tua!!* Yang lain semua fresh graduate. Umur muda-muda belaka. Tapi, diaorang ingat aku pun muda sama. Hehe awet muda juga rupanya aku ini. Perasan.











Aku dah start keje shift tengah malam semalam. Memang mengantuk gilos arr. Nasib tak banyak call. Dapatlah juga rileks sikit. Memang mencabar betullah keje shift malam ni.

Hari ni aku off. Esok keje semula. Masuk shift pagi. Bersedialah nampaknya untuk menjawab panggilan sebab kalau pagi sampai petang memang banyak call. Lagipun nak kena kejar target ni. Setiap telefonis kena jawab minimum 80 call bagi setiap shift. Banyak tak banyak tak ??

Kalau rumah, pejabat, kilang kamu-kamu tiba-tiba terputus bekalan elektrik, bolehlah buat aduan di 15454. Tapi, jangan tipu-tipu. Tak baik tau. Kesian kami-kami ni nanti kena marah dengan bahagian technician.


ruangan kerja



Cukuplah sedikit info tentang rutin harian baru aku.

Doakan aku yang baik-baik ye kamu-kamu !!

Isnin, Disember 20, 2010

Benarkah Ini ?


*Sesi meluahkan perasaan*

Sekarang ni banyak benda bermain dalam fikiran aku.

Tentang kerja, tentang keluarga, tentang suami, tentang orang lain. Sampaikan aku rasa macam takde ruang untuk diri sendiri.

Kadang-kadang aku rasa apa yang aku buat hanyalah untuk memuaskan hati orang lain. Bukan hati sendiri.

Ya ALLAH !! Berikanlah aku kekuatan. Andai ini takdirMu, aku redha.

Entah kenapa tiba-tiba aku berperasaan begini. Aku sendiri tak pasti.

Ya ALLAH !!

Khamis, Disember 16, 2010

Segalanya Baru

Tempat baru

Kawan baru

Bos baru

Pengalaman baru

Masih cuba menyesuaikan diri

Harap-harap semuanya ok

Tak sempat nak berkongsi lanjut

InsyaALLAH, bila tiba masanya !!

Isnin, Disember 13, 2010

Baik Punya !!


Sesiapa yang nak cari orang untuk 'cantikkan' penutup peti surat kat rumah kamu-kamu, bolehlah bagitau aku. Aku recommend baik punya kontraktor !!

Yang lebih penting, perkhidmatan percuma.

Perkhidmatan ni dijalankan secara senyap-senyap. Tahu-tahu jek, penutup peti surat kat rumah kamu-kamu tu dah 'cantik'.

Memang 'sedap' mata memandang.

Macam aku punya ....























CANTIKKAN !! MACAM SETAN !!

Ahad, Disember 12, 2010

Makan-Makan di Raja Sushi

Wah !!

Sungguh lama tidak lepak-lepak cari makan bersama kawan-kawan baik sayang tercinta. Memang lama sungguh. Sungguh-sungguh !!

Dapat terlepas dari kandang semalam, maka agenda diteruskan ke Jusco Bukit Indah.

Semestinya, sesampainya di sana, aktiviti pertama adalah memenuhkan perut yang sudah berdendang sayang.

Kali ni makan kat Sushi King.

Best !! Sebab ada orang belanja. Terus rasa semua makanan kat situ sedap dan terus order ala-carte menu. Kalau tidak, hanya makan sushi kat kaiten belt dan yang berpiring biru atau cokelat sahaja ^_^


pantang aku pegang handphone, terus jek posing !!


nafsu serakah !!


Kalau dah berkumpul bersama walaupun tak cukup ahli, tetap okeh gosip-gosip dan ber-camering-whoring !!

Lepas ni, tak tahu la bila lagi dapat kumpul dan makan-makan macam ni. 


bakal rakan sejenayah sekerja =)

Sedih.

Tapi, suka juga sebab InsyaALLAH tiap-tiap bulan dah ada duit sendiri. Boleh simpan dalam ASB. Boleh pergi Bandung next year. Amin.

Kawan-kawan baik sayang tercinta ... nanti kita plan buat makan-makan lagi eh. 



tak habis-habis dengan props chopstick dia !!


berlakon je lebih tapi tak beli pun !!


beli kasut keje. boleh ke aku nak pakai heels lagi ni ??

Jumaat, Disember 10, 2010

Rama-Rama Dah Terbang Keluar




I'm So Happy !! Finally, i got a job.


Mulai Isnin depan, aku akan bertugas di bahagian Call Management Centre Tenaga Nasional Berhad. Jadi telefonis. Jawab call mereka-mereka yang nak mengadu kalau tiba-tiba rumah mereka blackout. Sila dail 15454. Haha ^_^

Walaupun terpaksa bekerja 3 shift tapi tak kisahlah. Yang penting rezeki yang halal. Encik Rizal pun tak kisah sebab shiftnya bertukar 2 hari sekali. At least masih ada masa untuk keluarga.

Aku sangat teruja. Harap-harap bertahan lama sebab aku dah memang bosan tahap cipan. Projek bisnes yang aku nak jalankan pun tertangguh atas banyak sebab yang tak dapat dielakkan, jadi buat masa ni biarlah aku bekerja dulu. Kumpul modal banyak-banyak.

Lepas ni tak tahulah dapat update blog selalu ke tidak. 

Kamu-kamu doakanlah untuk aku ye. Semoga aku berjaya menempuh alam pekerjaan semula setelah sekian lama menjadi surirumah tangga.

For sure, i'm gonna miss my freedom but i guess it's time for me to move on and make a change.

I'm so looking forward for it.

Semoga ALLAH mempermudahkan urusanku. AMIN.

Khamis, Disember 09, 2010

Rama-rama Dalam Perut

Eh ! Mana ada rama-rama dalam perut aku. Tipu aje.

Tapi memang perut rasa tak sedap. Sebab takut dan risau. Semua gara-gara nak interview esok. Aduhh !! Dah lama gilos meninggalkan arena pekerjaan, tetiba dapat panggilan interview rasa macam nak ambil peperiksaan pula.

Berdebar-debar.

Agak-agaklah apa yang orang tu nak tanya ek ?? Dahlah dalam Bahasa Inggeris. Lagilah aku kecut perut. 

BI aku dahlah tunggang-langgang. Hahaha

Risau risau risau.

Buat revision pun ala kadar jek. Macam takde mood.

Lantaklah. Aku berserah je. Tawakkal. Aku dah hafal jugaklah sikit-sikit point yang penting.

Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.

Amin.

Rabu, Disember 08, 2010

Aku Tak Berubah. Pakaian Aku Mungkin.

Tiba-tiba kan, semalam dapat mesej kat Facebook dari seorang kawan lama. Tentang perubahan aku. Bukan perubahan fizikal yang sememangnya tak pernah berubah menjadi kurus sepanjang hayat tapi perubahan cara pemakaian aku.

Sebelum berjumpa semula dengan dalam Facebook, masa awal tahun 2010 mungkin dan bertemu 4 mata masa hari raya yang lepas, memang kami lost contact. Adalah dalam 8-9 tahun tak jumpa. Kawan satu kolej.

Dia cakap aku dah alim sekarang.

Huishhh !! Alim ker ??

Tidaklah alim. Cuma berubah sedikit. Berubah menjadi positif. Berubah demi agama.

Aku berani jamin, aku masih Faizah yang dulu. Takde apa yang berubah kecuali cara aku berpakaian.

Aku taknak komen lebih-lebih, cuma apa yang aku tahu apa yang aku buat sekarang ni demi diri aku. 

Masing-masing ada cara fikiran sendiri. Kalau kau tak berubah sekarang, mungkin kau berubah kemudian. Untuk diri aku pula, aku rasa aku dah patut mulakan perubahan. Itu sahaja.

Aku masih Faizah yang kau kenal dulu. Suka ketawa, suka mengenakan orang, suka bergosip. 

Aku masih merangkak nak jadi lebih baik. Masih terkial-kial. Masih teraba-teraba. Banyak benda aku nak kena belajar. Jadi, perkara yang paling mudah untuk aku buktikan aku nak berubah adalah tukar sedikit cara pemakaian aku.

Janganlah label aku alim. Seramlah dengan label tu. Sebab kita masing-masing tahu aku tak alim. Kalau aku alim sangat, aku tak keluar rumah kot. Taklah join kau pergi karaoke. Hehe

Aku percaya setiap manusia, bila tiba masanya akan berubah. Aku pun doakan untuk kau. Dan untuk aku juga.

Sama-sama jadi wanita solehah suatu hari nanti. InsyaALLAH.


p/s : bila nak ajak aku pergi melalak lagi !! 


Debaran Terasa Setelah Sekian Lama

Yes !!

Alhamdulillah. Berukband aku dah ok. Gembira tak terkata. Tapi, tak pasti sampai bila. Biasalah kan. Nanti dia buat hal, aku meroyan semula.

Berbalik kepada tajuk entri ni. Sebenarnya tak tahu nak letak apa. Aku bantai je letak tajuk tuh.

Tapi, memang berdebar pun.

Jumaat ni ada aku ada interview. Setelah bertahun-tahun tak pergi interview, rasa takut pula.

Aku mohon kerja kat TNB. Keje kat bahagian perkhidmatan pelanggan. Adalah buat revision sikit-sikit tentang TNB. Aku pun tak sure apa yang aku nak jawab nanti. Bantai jelah. 

Kalau dapat kerja tu Alhamdulillah. Memang dah bosan gila duduk rumah. Saja nak cari duit poket untuk shopping. Dan, membantu suami juga. Cehcehceh.

Anyway, doakan untuk aku ye !!

Selasa, Disember 07, 2010

Birthday Party !!


Sabtu lepas dapat jemputan ke majlis sambutan harijadi anak kawan sekolej aku dulu iaitu Nazura. Jauh jugalah rumah dia. Bandar Seri Alam. Lebih kurang 45 minit jugalah nak sampai rumah dia.

Aku pergi dengan BFF, Elis.

Sampai-sampai kat rumah dia, masih belum ramai tetamu. Biasalah kalau dah berjumpa, mestilah sesi gosip-gosip dulu.

Lepas dah puas bergosip barulah kita teruskan sesi makan-makan sampai kenyang.

Banyak makanan tapi lupa nak snap sebab dah kebulur lapar sangat. Ada roti jala dengan kuah dhal daging, nasi goreng cina, bolognese spaghetti, puding dan kek !!



yummy yummy !! kek upin dan ipin


tuan rumah yang poyo with the burfday boy, Aril


kids having fun nyanyi lagu happy birthday !!


hubby Nazura aka tuan rumah jugak aka photographer


Anyway memang seronoklah kat sana. Even kitaorang pun dah jadi macam kanak-kanak nak goodies bag dan kek segala.

To Nazura, thanks for inviting us. Lain kali jemput lagi !!

Isnin, Disember 06, 2010

Kesabaran Teruji

Arghhh !!

Tension !!

Line berukband sangat hina di kala ini. Nak upload gambar masuk dalam entri tak boleh. Nak loading blog orang lain tak boleh. Nak upload video tak boleh.

Apa yang boleh ni ??

Bongok lah.

Dah dekat seminggu macam ni. Tadi dah telefon Celcom Center. Dia cakap berukband aku ni dah over limit quota yang biasa aku langgan. Ok fine. Tapi, aku dah bayar. Kenapa still lembab. Dia jawab pulak sebab tarikh bill aku setiap 13hb, jadi, tunggu 13hb nanti baru dia reset semula kepada kelajuan yang sepatutnya. 

Jadi, sementara waktu ni aku kena bersabar dengan kelajuan ala siput vavis ni. Nak upload gambar ke video ke semua tak boleh. Haremmmm !!!

Menyesal pula rasanya langgan berukband. Stay dengan Streamyx lagi bagus. 2 bulan bil tertunggak pun masih boleh guna. Kalau berukband ni, pantang lewat sikit, bukan main laju dia potong talian. WTH betul la !!!

Ada lagi 5 hari sebelum diaorang reset semula kelajuan berukband aku ni. Huhu biar betik ?? Setakat boleh bukak Facebook jek. Itupun nak loading tengok gambar ke apa punyalah siput vavis. Blogspot lagi la. Aku cuma boleh update kalau dalam bentuk tulisan jek. Kalau nak letak gambar semua, memang berjanggut berbulu ketiak lah nak tunggu. Nak loading blog sendiri pun bertahun, apatah lagi nak blogwalking. Memang dalam mimpi.

Benci !! Benci !! Benci !!

Haruskah aku menamatkan riwayat berukband ini dan merujuk kembali kepada Streamyx Wi-fi ???

Ouh .... ku di dalam dilema ^_^

Gara-Gara Broadband

Dah berapa hari aku tak update blog. Semua ni kerana line broadband yang macam haremm. Punyalah lama nak upload blogspot. Malas aku nak tunggu.

Tension siot !!

Facebook je yang berjaya diloading. Itupun macam siput vavis. Terhegeh-hegeh. Website lain yang penuh gadget dan widget memang dalam mimpilah nak buka. Twitter pun tak boleh !!

Bengong arr.

Aku dah bayar bil hokeh. Kalau tak bayar tu lain la. 

Argh !! Tension betul la.

Tapi, nasib harini macam ok sikitlah walaupun masih lembab dan Twitter masih tak boleh loading.

Takpe. Kejap lagi aku nak call Celcom Center. Memang aku bancuh kaw-kaw kopi kapal api punya !!

Banyak benda nak share tapi pelan-pelan kayuh la ye. Kalau line broadband ni mengizinkan, harini memang aku nak publish semua cerita yang dah basi duduk lama-lama dalam draft.

Rabu, Disember 01, 2010

Resepi : Kerang Goreng Berlada

Aku suka masakan mudah. Senang di masak dan senang di makan. Harini aku nak kongsi resepi Kerang Goreng Berlada pulak.



KERANG GORENG BERLADA


Bahan-bahan :

500gm kerang - dibasuh bersih dan toskan
6 sudu lada kisar
1 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
2cm halia - dihiris
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat kasar
2 batang daun bawang - dipotong lebar lebih kurang 2cm untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa
Air
Minyak masak



Cara memasak :

1) Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai sampai wangi.
2) Masukkan lada kisar dan goreng sampai lada garing.
3) Masukkan kerang, daun kunyit dan air secukupnya untuk menutup kerang. Gaul rata dan tutup kuali untuk 15 minit.
4) Selepas 15 minit, buka penutup dan gaul semula kerang tersebut
5) Masukkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
6) Tutup api, hidangkan dalam mangkuk dan tabur dengan daun bawang.


Mudahkan ?? Selamat mencuba.


*dah lama tak makan kerang, bila dapat dan boleh diterima tekak, semangkuk besar sekali hadap jek hehe ^_^*





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin