Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Disember 16, 2011

Makhluk Asing Ke Yang Baca Blog Aku ??

Saja gatal-gatal tangan jenguk Nuffnang. Saja nak tengok duit tabung yang tak seberapa tu.

Jenguk sekali aku punya traffic ...

Tetiba terpaku bila nampak sesuatu ...

Nak tau apa ...

Meh, tengok sama ...





*klik untuk tumbesaran*



Unknown ??? ET ke yang baca yang blog aku ni ...

Dari manalah agaknya kan si pembaca itu sampaikan lokasi dia tak dapat diketahui.

Misteri betul.

Tapi biarlah. Harap-harap adalah info yang berguna dalam blog ni untuk pembaca misteri tu -__-

Hahaha.

Bye.

Rabu, Disember 14, 2011

Percubaan Pertama - Red Velvet Cake

Semenjak dua menjak ni dah tak tau apa nak tulis dalam blog ni. Sebab takde modal. Hahahaha

Tapi, arini nak share percubaan pertama aku buat Red Velvet Cake.

Sebenarnya percubaan pertama, aku buat untuk jadi kek kahwin anak sedara aku. Tapi, lupa gila nak snap gambar sebab sibuk sangatlah kononnya mengalahkan mak pengantin.

Alhamdulillah, semua puji sedap. Aku pun dapat rasa sesudu je sebab sekelip mata licin kek tu.

Balik rumah sendiri, asyik teringat-ingat.

Jadi, rajinkan diri ... aku buat lagi sekali tapi dalam bentuk cupcakes. Senang nak simpan dan senang nak ngap.

Memang mantap arr ... Nyaman je masuk dalam tekak.

Resepi dia, macam biasa ... aku google jek. Tak payah nak pening-pening kepala. Ikut sebiji macam resepi dia, InsyaALLAH menjadi =)

Meh, tengok hasil dia. Walaupun, topping dia agak sloppy sebab tangan aku memang tak berseni, tangan kayu. Tapi, tetap sedap kauuuuu ....




ready to bake



ready to eat. siap tapaukan untuk officemates



tuan tanah kedaung punya .... nyumnyum =)

Khamis, November 24, 2011

He Is My Guilty Pleasure

Hehe

Masa tengah menaip tajuk entry, tiba-tiba tersipu malu. Sebab tak sangka, dah tua-tua bangka macam ni pun masih mudah 'terpikat' dengan artis.

Hehe

Tersipu lagi.

Aku memang minat Adi Putra. Dah lama dulu. Masa selalu layan drama melayu kat channel Singapore.

Sekarang ni, melayan perasaan tengok lakonan dia dalam Tentang Dhia. Serious babe ... Berbunga-bunga hati ini. 




Opsss sorry Encik Rizal. Tapi, jangan bimbang. Awak masih no 1 dalam hati saya. Adi Putra itu hanyalah hiburan mata semata-mata =)

Suka tengok kalau dia berlakon watak romantik. Bisa gugur jantung ini. Hep hep hep !!!

Walaupun terkadang terlepas tengok drama tu bila keje shift petang, tapi bila ada peluang, memang aku akan menghayatinya sepenuh hati.

Hahaha lantak lah apa orang nak kata. Yang penting I happy, U !!!


my oh my Adi Putra  =)



Ahad, November 20, 2011

Bercucuk Tanam

Tajuk entry bukanlah hobi aku. Aku memang tak pandai bercucuk tanam ni. Arwah nenek aku cakap tangan aku ni jenis 'panas'. Tanam apapun mesti tak jadi. Mati. Layu. Mungkin sebab tu aku tak minat bercucuk tanam ni.

Bila ada rumah sendiri pun, memang jenis rumah tak bertanah. Kalau ada pun cuma cukup untuk buat letak pasu bunga. Nak tanam-tanam pokok ni memang tak la kan. Tanah sekangkang kera kata orang. 

Tapi, bulan lepas daddy aku ada bagi benih pokok cili padi. Mula-mula aku memang malas nak ambil, tapi Encik Rizal kata bawak je balik. Dialah yang rajin tukarkan benih masuk pasu separuh, cucuk kat tanah sekangkang kera separuh.

Aku memang tak rajin la nak tengok benda tu. Dialah yang rajin pagi-pagi siram pokok semua. Kalau aku memang setahun sekali kot, tunggu datang mood rajin.

Entah bila masa mood aku rajin aku datang, aku pun belek la pokok cili tu, tup-tup tengok dah berbunga. Dah ada yang berbuah pun. Huhu seronoknya. Tak sangka tanah sekangkang kera tu boleh memberi hasil.

Setakat 2-3 jenis bolehlah kot nak layan. Kalau segala jenis pokok nak tanam kat situ memang tidaklah. Tak pasal mati kering sebab tak cukup zat.

So, buat masa ni tumpukan sepenuh perhatian pada yang ada je dulu. Pokok serai aku pun memang subur depan rumah. Memang tak pernah beli serai kat kedai semenjak pokok tu menjadi. Yang tak tahan, daun dia cepat tumbuh. Tau-tau dah nak sama tinggi dengan pagar. Apecer ??? Encik Rizal la tukang gunting rambut dia. Nak harapkan aku, memang takkan =)









Khamis, November 17, 2011

Percubaan Pertama - Oreo Cheese Cake

Satu lagi percubaan pertama yang mendapat sambutan hangat. Aku try buat kek ni masa Hari Raya AidilAdha yang lepas.

Macam biasa, resepi dia aku cilok kat internet. Siap tengok youtube cara-cara nak buat dia. Bila dah tengok video tu, rasa confident la sikit nak buat dari membaca je kan.

Memang senang sangat nak buat. Kek ni jenis non-bake. Cuma kena bersabar untuk sejukkan dia dalam fridge supaya betul-betul keras sebelum disumbat ke dalam tekak.

Bahan-bahan dia mudah dan ringkas. Ambil masa paling lama pun maybe dalam 1 jam je nak sediakan.

Bagi yang peminat dessert macam aku, boleh la google resepi dia sekarang dan sila ke kedai jual barang kek berdekatan anda sekarang untuk dapatkan bahan-bahan dia and start baking now !!

Hasil susah payah ....





Sabtu, November 12, 2011

Dating In Singapore

Tajuk entry tak agak-agak kan ... Macam yeye bebenor ... Hahaha

Tapi itulah hakikatnya. Aku dan Encik Rizal pergi dating kat Singapore. Saja jalan-jalan buang masa. Dah tak tau nak pergi mana sebenarnya, so kami ambil keputusan jalan-jalan kat Singapore.

Kitaorang ke sana naik bas je. Senang. Kat Singapore pulak, naik MRT. Walaupun sesat tapi Alhamdulillah selamat juga sampai ke tempat tujuan dan selamat juga sampai semula ke tanahair. Hehehe =)

Satu benda yang aku suka dengan perkhidmatan MRT kat Singapore ni adalah kalau kita kena tukar train sebab laluan yang berbeza, kita tak perlu nak keluar dari stesen dia. Semua interchanger dalam satu bangunan. Tiket pun satu je. Jimat masa dan jimat wang.

On that day, kitaorang decide nak pergi Esplanade dan Merlion Park. So, malam sebelum tu aku dah google la serba sedikit cara-cara nak ke sana. 

Tapi, biasa la kan .... ada kat tempat orang yang sedikit asing bagi kita, haruslah sesat kan. Tapi sesat-sesat pun, dalam stesen MRT jek. Hahaha kelakar pulak bila ingat.

Entah macamana tetiba boleh pulak kitaorang sampai ke VivoCity. Tapi, kira oklah kan. Layan jek ....

Seronok sangat dapat luangkan masa dengan Encik Rizal. Walaupun penat sebab berjalan tapi bagi aku ni macam terapi untuk hubungan kitaorang. Sambil jalan berbual-bual tentang macam-macam perkara. Gelak-gelak. Peluk-peluk. Cinta-cinta. Ekh tetiba rindu Encik Rizal.

Jom arr layan gambar sedas dua =)















Balik dari Singapore, aku pun demam. Mungkin sebab berpanas tak hengat masa nak sana. Kulit pun jadi tanned secara tiba-tiba. Nasib tak sun-burn. 

Overall, aku sangat enjoy dengan percutian pendek ni. Walaupun taklah sehebat orang lain tapi sangat-sangat menghiburkan hati. Thanks to Encik Rizal yang baik hati melayan kehendak isteri dia ni.

=)

Jumaat, Oktober 28, 2011

Huru Hara Deepavali

Masa hari Deepavali aritu, aku dan group aku dapat jemputan ke rumah salah seorang ahli group kitaorang yang sambut Deepavali iaitu Madhu. 

On that day, aku kerja. Sob sob sob tapi takpe ... dapat double pay =)

Lepas habis kerja pukul 4 petang, kitaorang pun gerak-gerak khas pergi rumah Madhu kat Taman Rinting. Konvoi 6 biji kereta. 

Best.

Ini pertama kali dalam hidup aku pergi open house rumah orang India. Mestilah kena rasa teruja, kan??!!

Sampai2 jek, kitaorang dihidangkan dengan kuih-muih. Ada biskut moden. Ada kuih tradisional kaum India.

Makan pun sedap sebab abang Madhu ni chef kat hotel terkenal kat Singapore. Ada macam-macam makanan. Ada nasi beriani, nasi bombay, sotong ala thai, rendang ayam, rendang kambing, ikan dori. 

Perghhh memang menjilat jarilah sampai tak sempat nak ambil gambar dek kerana kelaparan tahap gaban =)

Actually, Madhu ni dah nak berhenti kerja sebab dapat better offer. Kira ni macam farewell party sekali la. Sedih sebab Madhu ni best. Kepala gila-gila. Kekadang blur pun ye jugak. Madhu madhu ... nanti I rindu sama U la ...

Dah dah dah ... meh layan gambar barang sedas dua ... Inikan benda wajib miahahahaha =)





ladoo ... manis kot benda ni











Gambar adalah tidak mengikut urutan dan takde capture sebab aku malas nak susun dan edit. Tapi aku tahu kamu-kamu mesti dapat membayangkan betapa gembiranya kami, kan??? Makan free, beb !! Sape tak suka hehehehehe


Isnin, Oktober 24, 2011

Groupon Malaysia

Mehlah join website ni. Macam-macam ada. Boleh beli pelbagai pakej percutian, barang-barang besh dan macam-macam lagi dengan harga murah.

Jom kita tengok-tengok apa yang ada ...







Best tak?? Best tak??

Bukan setakat beli untuk diri sendiri. Boleh beli untuk orang tersayang juga.

Tunggu apa lagi ... join and start shopping now !!

Kesilapan

Kita selalu dengar orang cakap phrase 'belajar dari kesilapan'.

Tapi, berapa ramai dari kita yang sememangnya menjadikan kesilapan itu suatu benda yang perlu dipelajari.

Berapa ramai yang betul-betul belajar untuk tidak mengulang kesilapan yang pernah kita buat.

Berapa ramai pula yang jenis susah nak mengakui kesilapan sendiri macam aku.

Berapa ramai juga yang tahu dia melakukan kesilapan tapi tak pernah cuba untuk memperbaiki diri macam aku. Mungkin pernah mencuba tapi tetap melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

Kadang-kadang kesilapan yang kita buat boleh buat kita merana seumur hidup. Mungkin itu akan merubah orang. Tapi kalau kesilapan yang kecil, yang tak mendatangkan kesan buruk, macamana kita nak pastikan kita tak ulangi lagi.

Kadang-kadang ada orang suka menuding jari sesenang hati pada orang lain bila dia buat kesilapan. Alasannya, terpengaruh. Terikut-ikut. Takde orang marah.

Kenapa mesti nak salahkan orang lain bila sendiri buat silap. Nak tunjuk diri tu baik ke? Kalau baik, tentu tak terpengaruh kalau orang lain buat silap.

Ini tidak, orang terjun gaung, dia pun nak jugak terjun. Bila luka parah, nak salahkan orang lain.

Memang kita manusia. Tak sempurna. Tapi, kenapa kita selalu melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang walaupun kita dah tau kesan dan akibatnya di kemudian hari.

Entri ini bukan nak salahkan orang lain. Tapi peringatan pada diri sendiri. Akhir-akhir ni asyik buat kesilapan yang berulang-ulang je. Lepas buat tu rasa menyesal tapi lepas tu buat lagi.

Aishhhhh ....

*mode : ketuk kepala dengan bantal*

Khamis, Oktober 20, 2011

Bukti Manusia Dah Ramai Yang Mati Hatinya

Aku tahu ramai yang dah tahu kejadian yang menggemparkan dunia apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dilanggar lari 2 kali dan hanya terlantar kesakitan kat tengah jalan tanpa ada yang ambil kisah. Berlaku kat China.

Memang kesian sangat. Nak tahu lebih lanjut, boleh tengok kat sini.

Masa tengok video tu, aku siap menjerit. Lepas dah tengok, aku terdiam. Termenung. Berfikir sekejap kenapa orang ramai yang lalu lalang kat situ taknak membantu langsung budak tu. Nasib baik, ada sorang nyonya tolong alihkan budak kecil tu ke tepi.

Banyak pendapat yang aku baca tentang kes ni. Kebanyakan info yang aku baca, orang ramai taknak bantu sebab taknak kena saman dengan ibubapa budak kecil tu sebab pernah berlaku kes langgar lari, bila ada orang tolong, sudahnya orang tu yang kena tuduh sebabkan kejadian tu. Lebih kurang macam tu la cerita dia.

Aku memang tak tahu nak cakap apa. Memang tak boleh cakap apa pun. Boleh tengok dan berdoa supaya takkan ada lagi perkara macam ni terjadi.

Manusia sekarang memang dah mati hati kan?? 

Dalam minggu ni aku rasa banyak kes luar tabii yang disogokkan pada kita. Macam kes bapa liwat anak yang baru berumur 23 hari hanya semata-mata kerana bini taknak layan dia. Bini dia masih dalam pantang. Ishhhh memang haram betul la jantan tu. Biar mati mereput dalam penjara. Sakitnya hati.

Lagi satu kes, pasal budak 16 tahun lahirkan anak luar nikah. Bila jantan taknak bertanggungjawab, dikelarnya anak dia. Memang tak sangguplah aku nak tengok gambar dia. Sedih lagi.

Manusia dah banyak yang terbabas dari landasan hidup. Kekadang aku terfikir, kenapa mereka-mereka ini tergamak buat benda macam tu. Stress sangat ke?? Atau memang syaitan dah merasuk hati. Mengeluh aku dibuatnya. 

Ya ALLAH ... jauhkanlah aku dan semua umat-Mu dari perkara-perkara yang menyesatkan. Berikanlah aku dan semua umat-Mu kekuatan dan kesihatan mental dan fizikan dalam menempuh kehidupan seharian. Janganlah lalaikan kami dari jalan-Mu. Terangilah jalan kami untuk menuju kepada-Mu. Amin.

Isnin, Oktober 17, 2011

Selesai Sudah

Beberapa minggu lepas, berlaku perang dingin antara aku + 3-4 orang geng baik aku dengan seorang officemate kitaorang. Semuanya berpunca dari mulut dan ketidakpuasan hati masing-masing.

Mana tidaknya. Masing-masing jenis mulut puaka. Kalau bercakap memang takde lapik. Adalah yang terasa hati. Dahtu ditambah dengan wartawan tak bergaji yang memang suka jaja cerita. Cerita A jadi Z. Sampaikan si polan nak minta tukar group lain sebab tak tahan tengok muka kiteorang kot. Hahahaha =)

Tapi, alhamdulillah segala permasalahan itu telah selesai selepas ada yang mempertemukan kiteorang. Kira sesi face-to-face la ni. Taknak benda ni berlarutan sebab dah sampai ke telinga bos. Sebelum kena kaunseling dengan bos, baiklah selesaikan sendiri cara elok. Lagipun semua dah besar panjang. Pandai2lah fikir untuk kebaikan diri sendiri.

Segala benda yang terpendam dah diluahkan.

Harap-harap lepas ni tak jadi lagi macam ni. Sebab tension siot. Terpaksa tengok muka orang yang kita tak suka setiap hari. Mulut ni nak bercakap jek even dalam hati. Tak baik kan. Boleh merosakkan hati. Bertambah dosa pulak tu.

Semua dah clear. Harap-harap si wartawan tak bergaji tu berhati-hatilah. Jangan nak senang-senang hati nak lagakan orang. Kau tunggu nasib kau nanti.

Ya ALLAH, permudahkanlah jalan hidup hamba-Mu ini. Jauhkan aku dari hasutan syaitan. Berkatilah rezeki yang aku cari selama ini. Amin.

Khamis, Oktober 13, 2011

Percubaan Pertama - Puding Karamel

Tahap kerajinan mencuba resepi baru sangat meluap-luap akhir-akhir ini. Sampai ada yang suruh aku bukak cafe or kedai jual kek.

Hahaha ...

Tidaklah sampai ke tahap itu. Belum cukup modal jauh sekali ilmu. Apa yang dikongsi di FB atau blog hanyalah pemberitahuan bahawa aku pernah mencuba sesuatu. Taklah jakun nanti kalau jumpa makanan tu kat luar. Hehehe =)

Ok ...

Kali ni aku try buat Puding Karamel pulak. Resepi sangatlah mudah tapi hasilnya belum tentu cantik. 

Aku cilok resepi ni kat blog Kak Nani Rostam. Kalau jenguk blog dia, tak sah kalau kalau tak telan liur barang sedas dua. Air tangan dia semuanya menjadi.

Puding karamel aku tak secantik dia punya, tapi rasa tu memang boleh tahan lah. Aku siap buat extra untuk bawa pergi opis. Ada majlis perpisahan untuk ex-boss aku.

Meh tengok hasil dia ....







tadaaaa .... menjadi tapi tepi dia kurang cantik. berlubang-lubang. kawan aku bagi tips, kalau nak nampak smooth tepi dia kena bungkus penutup periuk kukus tu dengan kain. maybe nak elakkan air yang berkumpul kat penutup tu menitis kat atas puding. next time boleh try tips dia




Lepas ni, tak tahu lah resepi apa lagi yang aku nak try. Kita tunggu dan lihat okies =)

Rabu, Oktober 12, 2011

Percubaan Pertama - Lemon Meringue Pie

Sejak kebelakangan ni, rajin pulak aku try resepi baru especially dessert la. Last week aku buat Pavlova. Semalam, aku try pulak buat Lemon Meringue Pie.

Bersemangat betul aku membuat benda ni. Adik aku pun tolong sama.

Cara nak buat agak rumit sebab ada 3 langkah. Nak kena buat pie crust, lepas tu buat lemon filling pulak. Last sekali buat meringue dia.

Huhu ...

Hasil percubaan pertama kali ni tak berapa menjadi. Lemon filling dia agak cair. Tapi, ada aku kisah. Yang penting still edible.

Lain kali kena cuba lagi sampai dapat buat yang sesempurna mungkin. Harap-harap tidaklah aku putus asa.

Jom tengok hasilnya ...




baru kuar oven ...




selepas disejuk bekukan. filling dia nampak jek macam pekat maybe sebab simpan dlm freezer. meringue dia pun pecah sikit. tapi rasa yumyum jugak ... hahaha =)




Lepas ni dah janji dengan adik aku nak try buat Red Velvet Cake pula. Resepi dah ada, tunggu masa je nak buat. Tapi, sebelum tu rasa macam nak try buat Puding Karamel la =)

Ish ish ish manalah tak gedempol badan aku ni ....

Selasa, Oktober 11, 2011

Rancangan Masak-Masak

Macam yang semua tau (macamlah), aku memang suka masak. Dan makan. Jadi untuk tambah pengetahuan dalam bab masak-memasak, aku suka sangat tengok rancangan masak-masak. Thanks to Astro sebab ada channel maca AFC dan TLC yang memang banyak rancangan masak-masak yang best.

Banyak benda yang aku belajar melalui rancangan2 ni walaupun aku tak pernah cuba apa yang diaorang masak kecuali beberapa jenis dessert sebab aku hantu dessert. Tapi pengetahuan tentang pelbagai jenis bahan-bahan dan skill memasak tu kira meningkat la juga.

Antara rancangan kegemaran aku ialah  ....




Chef At Home. Nama chef ni, Micheal Smith. Rancangan ni best sebab dia masak tak guna resepi. Main campak-campak je tapi still nampak sedap. Kalau dapat suami macam chef ni memang makin bertambah gemuk la aku sebab setiap hari dapat makan makanan yang lazat-lazat. Huhhhh nasib baik tak dapat ... hahahaha =)





Fresh with Anna Olson. Dulu suka tengok dia kat rancangan Sugar. Kalau rancangan Sugar, dia buat macam-macam jenis dessert yang memang kalau tengok boleh meleleh air liur sebab sangat sedap walaupun tak dapat rasa. Tapi dalam rancangan ni, dia ajar masak gunakan bahan-bahan fresh. Nampak macam senang je dia masak. Hasil pun sangat superb. Bila nak jadi hebat macam ni ekh ???





Siapa yang tahu rancangan ni kan .. memang famous semesta alam. Actually, rancangan ni  pertandingan memasak. Tapi aku still suka tengok. Gordon Ramsay ni kalau menjerit depan muka aku, mahu menangis melalak-lalak kot aku. Perghh .. memang boleh terkencing, tercirit bagai agaknya kalau kena tengking dengan dia.





Ni lagi satu rancangan famous semesta alam. Versi Malaysia pun dah ada cuma belum tayang kat TV. Ni pun pertandingan juga. Kalau dapat masuk mesti best. Memang ada dia buat audition kat JB, tapi seganlah nak pergi. Aku ni masak-masak ala-ala kampung boleh la. Tetiba dia suh masak ala-ala hotel 5 bintang, tak ke naya. Lain tahun jela cuba hahaha




Kamu-kamu ada rancangan memasak yang kamu-kamu suka tak? Yang boleh memberi inspirasi dalam kehidupan seharian ??

Rancangan masak-masak terbitan Malaysia pun banyak yang best terutamanya yang membabitkan Chef Wan. Aku memang suka tengok. 

Tak kiralah rancangan Melayu ke Omputih ke yang penting kita ambil yang elok untuk jadikan ilmu. Tak gitu ??

Jumaat, Oktober 07, 2011

Cabaran

Aku suka tempat kerja aku sekarang ni. Sentiasa ceria walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam manusia lain which is customer. Walau kena maki hamun macamana sekalipun, lepas panggilan diletak, aku still boleh gelak-gelak ketawa.

Tapi sejak-sejak akhir ni, perasaan suka tu bertukar menjadi sedikit tak suka. Bukan disebabkan tekanan kerja tapi disebabkan beberapa orang makhluk ALLAH yang kalau aku ternampak muka diaorang memang boleh hilang mood sekejap. Nasib baik sekejap je.

Semua ni kerana makhluk ALLAH yang beberapa ketul ni rasa diri mereka sangat hebat. Ada yang jenis suka perasaan diri dia bos. Buat itu tak boleh. Buat ini tak boleh. Tapi kalau diri sendiri buat tak apa. Ada je alasan untuk mengukuhkan setiap perbuatan dia.

Yang jenis lain pulak jenis menyampai. Yes, memang aku ada bercakap atau dalam bahasa kasar mengumpat orang lain. Aku bukan sempurna. Tapi perlu ke  nak jadi penyampai. Kalau sampaikan maklumat tepat takpe. Ini tidak. Bila dah sampai-menyampai .... cerita sejuk boleh jadi panas menggelegak.

Sakitnya hati ... sebab terpedaya dengan sikap kepura-puraan orang lain.

Ya ALLAH!! Tabahkanlah hati hamba-Mu yang rapuh ini. Jauhkanlah ia dari hasutan syaitan.

Aku tak mahu terus membenci sebab ia boleh merosakkan hati. Tapi, aku tak mampu mengawal perasaan.

Kamu-kamu ada tips tak macamana nak mengelakkan/mengurangkan rasa benci pada orang lain yang kita perlu jumpa setiap hari ??? Makan dalam wohhh =)

Khamis, Oktober 06, 2011

Pavlova - Percubaan Pertama

Memang aku mengidam (bukan sebab pregnant) nak makan Pavlova ni dah lama. Tapi, kat JB ni aku tak tau mana nak cari.

Demi memenuhi tuntutan nafsu serakah anak tekak yang kadangkala sangat biadap ni, aku pun google resepi dia. Rupa-rupanya, bahan-bahan nak buat benda ni taklah susah nak cari ... cuma cara penyediaan dia je, agak leceh.

Tapi, oleh kerana aku perasan diri ini hebat seperti Top Chef, aku pun memberanikan diri buat benda ni dengan harapan yang menggunung tinggi. 

Alhamdulillah ...

Percubaan pertama aku berjaya. Pergh!!! Memang kembang bontot sekejap sebab berjaya buat Pavlova. Siap buat extra bagi office-mates aku rasa. Kembang bontot bertambah-tambah lagi, bila mereka-mereka cakap sedap. Dan ada ura-ura nak meng'order' di lain masa ...

Yes !!

Tak sia-sia usaha dan wang ringgit yang dilaburkan sebab memang Pavlova ni enak, yummy-yummy ...

Siap ajar adik aku buat lagi.

InsyaALLAH, lepas ni try buat resepi lain pulak. Anak tekak tiba-tiba berlaku biadap sekali lagi dengan mengidam nak makan Lemon Meringue Pie pulak. Biadap sungguh kan ???

Takpe takpe. Pelan-pelan kayuh ...


percubaan pertama ... agak selekeh tapi sedappppp





2nd time buat ... bertambah-tambah yummy !!

Rabu, Oktober 05, 2011

Pembaca Senyap

Dah berbulan-bulan rasanya aku jadi pembaca senyap pada blog kawan-kawan. Blog sendiri, hampeh langsung tak update.

Bulan Ramadhan lepas memang aku sibuk sangat. Dengan kerja. Dengan business kuih. Memang takde masa nak mengadap lappy lama-lama. Kalau on lappy pun, just check email then buka akaun Facebook kejap.

Tapi aku tak lupa nak blog-hopping. 

InsyaALLAH, lepas-lepas ni mood akan kembali normal. Akan berusaha mengemaskini diari maya kesayangan ini sekerap mungkin. InsyaALLAH.

Pada yang masih menjenguk blog aku ni, terima kasih bebanyak la ye. Jemputlah datang selalu. Trafik Nuffnang aku sangat sucks, you know!! Miahahaha ...

Sabtu, Jun 25, 2011

Sepah ... Baik Punya !!

Hooreyyyy ...

Sepah menang Maharaja Lawak ... memang terbaekkkk punya =)

Walaupun aku sedikit kecewa sebab Jozan tak menang, tapi aku tetap puashati sebab Sepah memang layak untuk menang.

Gelak sakan tengok persembahan diaorang.

Aku rasa semalam adalah episod paling terbaik dalam Maharaja Lawak. Nak terburai isi perut aku tengok lawak diaorang.

TAHNIAH SEPAH !!! BAIK PUNYA !!

Jom layan ...











SANG JUARA !!

Khamis, Jun 23, 2011

Mimpi

Sejak kebelakangan ini aku selalu bermimpi tentang perkara-perkara yang kadang-kadang buat aku terjaga sambil berpeluh-peluh dan dada berdegup kencang.

Kadang-kadang aku mimpi berlari tanpa henti. Kadang-kadang aku bermimpi berenang di lautan luas sampai tak cukup nafas. Ada sekali tu aku mimpi aku dikejar dinosaur sampai tak cukup tanah aku hayun kaki mengalahkan atlet acara pecut 100 meter.

Apa maksud semua mimpi ni ekh ??

Adakah peringatan untuk aku yang selalu leka dan cuai dalam menjalankan kewajipan aku sebagai Muslim atau seorang anak atau seorang isteri ??

Ya ALLAH ...

Sekiranya aku lalai dalam memenuhi tuntutan-MU, ampunilah aku. Aku manusia lemah. Berilah aku petunjuk agar aku kembali kepada jalan-MU.

Mungkin sesetengah orang akan kata mimpi itu mainan tidur. Tapi entahlah. Kalau asyik bermimpi perkara yang lebih kurang sama berulang kali, aku jadi takut.

Kamu-kamu ada pendapat tak ??

Isnin, Jun 20, 2011

K-POP Wannabes ... Blueksss !!

Homaigod 

Homaigod

Homaigod

Geli ketiak aku bila terbaca or tertengok cerita pasal artis berangan yang nak tiru budaya K-POP or Korean POP ...

Adehhh ...

Henti-hentikanlah ...

Bukan taknak support industri seni tanahair tapi kalau semua budaya tu nak dicedok dan ditiru bulat-bulat, aku rasa baik tak payah. Takde identiti sendiri.

Segala segi nak copy ... muzik, showmanship, pakaian ...

Alamak !! Muntah hijau siot ...

Tak salah nak terapkan muzik genre K-Pop tu dalam lagu Melayu tapi tak perlulah nak tiru segala gaya diaorang. Memang serius meluat dowhh ...

Rambut nak kena cacak, pakai nak kena dedah-dedah dada, paha ... Apa ni? Apa ni?

Aku tak pasti orang lain, tapi untuk diri aku memang aku tak boleh terima 'Malaysian K-Pop Wannabes' nie ...

I'm sorry ... bak kata Amir Raja Lawak ...





aduihhhh ... pening mak nyahhhh ...



24:7 tu budget ala-ala SuJu ke ape ???



gelikkkk





kamu-kamu fikirlah sendiri =(






big no no no !!




speechless ... *muntah*




mungkin ini idola mereka ... 2AM





dikatakan Wonder Girls versi Malaysian ...


idola si Gula-Gula ...






all pic credited to google 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin