Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Ahad, Januari 23, 2011

Aktiviti 3 dalam 1

Aktiviti pertama di tahun baru 2011 melibatkan aku dan kawan-kawan adalah pada minggu pertama bulan Januari (kalau tak silap ^_^).

Sambil lepak-karaoke-makan (that's why i called it 3 in 1), aku dan yang lain buat birthday suprise untuk 2 orang kawan kitaorang yang sambut birthday dalam bulan ni iaitu Wan dan Yus.

Oleh kerana aktiviti dah basi, so aku malas nak membebel panjang-panjang. Jom kita layan piccas sudah ...



ginilah gamaknya kalau dah berkumpul ... mesti bercamwhoring bersama-sama =)


kawan-kawan terbaik dari ladang !!



malas nak cakap !!


birthday women !! welcome to the 30's club bebeh =)


friendships are forever !! siap dengan anak2 sekali berkawan-kawanan ...



aktiviti diteruskan dengan dinner beramai-ramai ...



ramai kan ?? dengan para suami dan anak-anak =) ... eh tapi kenapa suamiku sahaja yang kelihatan miahahaha





our dinner that night ... chicken chop yumyum

Malas Nak Faham

Manusia memang ada 1001 perangai. Kadang-kadang ada yang pelik sampai susah nak faham. Kadang-kadang ada yang kalau kau jumpa kau rasa kau nak tikam dada sendiri dengan pisau tajam.

Kalau kau tanya aku, aku ni jenis manusia yang macamana, aku rasa baik aku takyah jawab. Sebab apa. Sebab sebagai manusia normal, aku mesti cakap perangai aku yang baik belaka. Takkan aku nak kutuk diri sendiri.

Bercakap pasal perangai manusia ni, aku sekarang ni dah malas nak faham atau setidak-tidaknya  memahami perangai seorang hamba ALLAH ni.

Puas aku cuba nak menyelami hati dan minda dia, tapi aku tak sehebat Profesor X dalam cerita X-Men tu yang boleh baca minda orang lain. Memang tak paham langsung la. Sampai satu tahap, sekarang ni aku dah malas nak paham. Layankan je kerenah dia yang kadang-kadang buat aku rasa rimas dan lemas.

Nak kata tak matang, kalau kawin dah boleh ada anak. Ishhh entahlah. Kenapa aku pulak yang tension ni memikirkan perangai dia. Kenapa ??

Untuk tidak lebih pening, baik aku takyah fikir pasal dia. Fikir pasal macamana nak agihkan gaji aku yang akan datang ni lagi bagus. Baik aku fikir nak makan kat mana, nak shopping kat mana, nak beli apa. Tak gitu !?

Tapi kan ... macam kadang-kadang terfikir juga ... Macamana ni ???

Huarghhhhhh !!!

Jumaat, Januari 21, 2011

Aku Cinta Games !!


Sekarang aku tengah kemaruk main games kat Facebook. Sampaikan Encik Rizal dan adik aku naik bosan tengok aku bising bila 'kek' atau 'kuih' yang aku masak kat Baking Life hangus. 

Aku juga selalu dengan berlagaknya bagitau Encik Rizal aku ada banyak duit kat Treasure Isle sebab aku pandai cari harta karun.

Selain tu, kerapkali aku paksa Encik Rizal tengok bandar yang sedang aku bangunkan kat CityVille walaupun dia tak berminat nak ambil tahu.

Boleh jadi ketagih kan main games ni. Hahaha .... ke aku sorang jek ??




kedai pastri virtual



konon-konon pencari harta karun terhebat



berangan nak jadi Datuk Bandar

Sedih

Sedih bukan sebab hati ini dilukai ke hape. Sedih sebab semenjak dah bekerja membanting tulang kudrat mencari rezeki halal ni, blog dah terabai. Dah jarang dapat update blog sebab lebih suka memanjakan diri di atas tilam empuk bila ada waktu senggang.

Bila jenguk Nuffnang pun, alahai bertambah sedih sebab visitors memang rendah gilos. Mana taknya, blog aku ni blog biasa tak macam blog otai yang tak perlu nak update tetiap jam pun, unique visitors boleh cecah riban-riban. Tapi, aku tetap bersyukur ada juga orang singgah blog aku yang tak seberapa ni. Mungkin juga yang singgah kawan-kawan aku atau followers aku yang budiman. Miahahaha ^_^

Alhamdulillah, earning kat Nuffnang bertambah sebab aku ada dapat banyak BE for last few months. Walaupun tak layak nak buat cash out lagi tapi pertambahan dia tu memberansangkan la juga tak macam masa baru-baru berjinak dengan dunia blog. Nak tunggu dapat 2 angka pun lama gilos. Terima kasih ye Encik Nuffnang. Bagilah saya lebih banyak BE. Hehe ...

Sambil-sambil merepek ni, nak update juga pasal kerja. Apart of doing the same thing for 8 or sometimes 16 hours iaitu angkat call, ambil report customer, dengar customer membebel, dengar maki hamun customer, aku rasa aku suka kerja ni. Having my BFF sitting beside me menambahkan lagi keseronokan bekerja. Asyik bergurau senda, berbual merepek meraban seolah-olah tak pernah jumpa bertahun lamanya.

I bring my own food to work kalau kerja shift malam. Dengan harapan dapat save duit tapi rasanya macam tak berjaya juga sebab pantang ada officemate yang nak keluar, memanjang asyik kirim beli makanan sebab dalam otak takut kebulur bila waktu pagi atau nak hilangkan mengantuk. Aku makan banyak betul semenjak kerja ni. Makan yang berat dan solid pulak tu. Confirm kalau timbang berat badan, timbang tu menjerit! Hahaha

Overall, i just love this job. Walaupun ada benda yang terpaksa aku korbankan tapi aku yakin hasilnya memuaskan hati aku terutamanya bila hujung bulan. Faham kan?! Bye .... =)

Isnin, Januari 17, 2011

16 Jam

Inilah jadinya kalau kena keje 16 jam ....




Satu ...



camwhoring sorang-sorang dengan gaya kulit muka berkilat



Dua ...

main PSP untuk hilangkan ngantok




Tiga ...
paling afdal sepatutnya tido ... hahaha =)

Kenapa Harga Tiket Wayang TGV Mahal Berbanding Panggung Yang Lain?

Pergh. 

Tajuk taknak panjang pulak kan ??

Eh sebelum diriku meneruskan kemerepekanku, aku nak luahkan betapa rindunya aku pada blogku ini. Sungguh tak berkesempatan nak update. Mana tidaknya, ada masa terluang, aku lebih senang qada tidur. Hehe ^_^

Ok.

Berbalik kepada tajuk entri panjang tak hengat aku sepertimana di atas. Aku just curious. Bukan nak pertikaikan ke hape. 

Ada sesiapa yang tahu kenapa tiket wayang kat TGV lagi mahal berbanding harga tiket kat panggung lain? Sebab sound system kah? Sebab gaji pekerja mahal sangat kah? Sebab apa? Cecite cecite !!

Ada sesiapa yang kerja atau tahu pasal benda ni? Aku teringin nak tahu sebab musababnya. Atau kat JB jek tiket TGV mahal compare to other cinemas?



*harga tiket TGV*


*harga tiket Cathay Cineplexes*


note : gambar di atas adalah salah satu contoh untuk perbandingan sahaja. harga tiket untuk cerita dan tarikh yang sama. beza RM3 tuh!!

Khamis, Januari 06, 2011

Entri Basi : Selamat Datang 2011


Ya ! Dah nak seminggu dah masuk tahun baru. Tapi tetap kan dalam mood tahun baru?? Betul tak betul tak ?? So, Selamat Tahun Baru 2011.

Biasanya kalau masuk tahun baru semua orang sibuk nak buat azam baru tapi aku takde. Malaslah nak berazam-azam sangat. Haha

Apa yang penting, aku tetap akan berusaha untuk dapatkan zuriat, kerja elok-elok dan kumpul duit untuk pergi honeymoon !!

Ehem ehem ...

Aku dah masuk 3 series. Yela! Yela! Dah masuk zaman 30-an. Tapi, hati muda hokeh dan nampak muda juga ^_^ sehinggakan kawan-kawan baru kat tempat kerja cakap umur aku 23 tahun. Miahahahahahamiahahahahaha

Ok. Bye !!

Selamat Azam-Berazam !!

Rabu, Januari 05, 2011

Lurus Bendul

Jarang sebenarnya, sepanjang nak masuk 30 tahun hidup dalam dunia ni aku jumpa orang yang lurus bendul. Bila diingat-ingat balik, memang payah nak mengingatkan siapakah manusia paling lurus bendul yang pernah aku jumpa sepanjang perjalanan hidup aku.

Ape benda lah yang aku merepek ni kan ??

Sebenarnya nak luahkan perasaan bahawa betapa susahnya berkawan dengan orang yang lurus bendul ni.

Nak berkias, takut tak faham. Nak sound direct, nanti kecik hati pulak.

Macamana ekh nak handle orang yang macam ni ? Supaya takde yang sakit jiwa mahupun sakit hati.

EIHHHH memang takde idea la aku nak buat camne. Susah susah. 

Kamu-kamu ada idea nak nak bantu aku ? Aku bukanlah nak kutuk orang lurus bendul ni tapi aku kan manusia. Batas kesabaran aku ada hadnya. Nak-nak bila aku berkias, berpantun bagai tapi dia tak paham (atau buat-buat tak paham). Aku cakap direct, ekh pandai pulak nak sentap !! Camne tu camne tu nak buat !!? Ce cite ce cite ^_^

Boleh sakit jiwa tau tak !! Sentap hati mak nak !! Oh Yeah !!

Ke dia buat-buat lurus bendul sebab kadang-kadang tengok gaya dia macam bijak. Bijak memanipulasi keadaan kelurus-bendulan dia tuh !! Macam ambil kesempatan pun ye jugak !!

Arghhhhh ............

Selasa, Januari 04, 2011

Video Karam Singh Walia

Aku rasa ramai dah tahu pasal video ni. Dah siap masuk paper semua. Kat YouTube pun bersepah. Aku taknak komen lebih-lebih, takut nanti dikatakan tak sayang mulut.

Cuma satu jek aku nak cakap, orang Melayu mesti Islam kan. Kalau dah Islam kenapa tak cerminkan budaya Islam. 

Geli hati pun ada tengok video ni. Siap ada yang nak suruh bayar untuk satu restoran. Hello ?!! Kelakar kelakar.

Mungkin betul, Karam Singh Walia ada terkutuk bangsa Melayu. Tengok cara dia pun, macam di bawah pengaruh alkohol. Tapi dia dah mintak maaf dan sanggup nak sujud kat kaki semua orang. Rileks la. Orang tengah mabuk. Memang suka cakap bukan-bukan. Tapi, memang class la KSW ni, walaupun mabuk, dia tetap mempertahankan diri dia dengan cara tersendiri.

Tak payahlah kot nak besar-besarkan isu ni. Bermaaf-maafan sudahlah. Lagipun, yang tukang tengok video ni semua takde kat situ. Jadi tak tahu hujung pangkal. Sedangkan kalau kita dengar sesuatu perkara dengan dua telinga sekalipun tapi bila sampai kat orang yang ke sepuluh boleh jadi cerita lain, inikan pula kita yang takde kat tempat kejadian. Hanya tengok video ni jek.

Kepada KSW, berhati-hatilah bila bercakap. Awak tu selebriti. Semua orang kenal. Jaga pertuturan awak sebab apa sahaja yang keluar dari mulut awak akan jadi bahan dan ingatan orang lain samada baik atau buruk.






Isnin, Januari 03, 2011

Drama On Birthday Bash !!


Happy birthday to my beloved BFF, Siti !!


me and the birthday girl !!

Actually, her birthday was on 30th December but we managed to celebrate her last year of 20's one day earlier. 

Despite of the 'drama' that happened earlier, she finally showed up at her not-so-called surprise party.

Alhamdulillah.

Kalau kau tak datang, Siti ... memang aku tak kawan kau selama setahun !!

Walaupun dah tak berapa surprise because someone had so 'big mouth' (hahaha), tapi tetap happening sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Kira macam 2-in-1 celebration la. Reunion-and-Birthday-Bash !!

Macam biasalah, bila dah kumpul reramai macam tu, agenda utama adalah mengimbau kenangan silam serta gosipping session !! Makan-makan jadi perkara nombor dua. Yang penting gelak-gelak sampai nak terburai isi perut.

Memang best la.



faces that i love the most !!

another faces that i love !!


15 years of wonderful friendship!! and still counting =)

not-so-surprise cake for her

only present yang dia dapat !!! hahahaha


Harap-harap persahabatan kami akan terus berkekalan sampai bila-bila sebab aku sangat sayang mereka-mereka !!

Tenat

Bukan aku.

Poket aku yang tenat.

Adehhh gaji aku lambat pulak bulan ni. Tension siot. Duit keluar dah banyak, masuknya belum.

Ini semua disebabkan oleh kesilapan dan 'kepandaian' orang lain. Yang jadi mangsa, aku dan kawan-kawan.

Tapi takpelah. Aku anggap ni semua dugaan. Harap-harap bulan depan tak jadi macam ni lagi. Boleh pengsan aku. 

Mana tak pengsan. Duit dah banyak dilaburkan untuk minyak, makan dan makan dan makan dan makan. Kalau guna angin dan air memang aku tak kisah.

Ok ok. Stop whining, Faizah !! Bekerja dengan seikhlas hati. Chaiyokk !!

Bye.





*dari cik google*

~ mintak beratus keping boleh ?? ~

Resepi : Rojak Petis

Adik aku yang request nak makan rojak petis ni. Susah nak cari orang jual rojak petis kat area aku ni. Jadi, kenalah buat sendiri. Lagipun senang kacang nak buat. Jom kita kongsi lagi satu menu mudah dan ringkas.



ROJAK PETIS


Bahan-bahan A:

10 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu
2 biji timun - dipotong kecil
1 biji sengkuang - dipotong kecil
1 biji nenas - dipotong kecil
Taugeh - dicelur sebentar
Kangkung - dicelur sebentar
Kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan kisar tapi jangan halus sangat


Bahan Untuk Kuah :

3 botol petis
6 sudu lada kisar - nak pedas lagi boleh tambah cili padi
4 sudu gula pasir atau gula merah
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air panas
2 sudu cuka

*campur semua bahan dan kacau rata. rasa pedas, masam, masin, manis tu boleh adjust ikut selera sendiri*



Cara penyediaan :

Masukkan bahan-bahan A dalam mangkuk, tuang kuah, gaul rata dan tabur kacang kisar. Dah boleh masuk mulut. Yumyum !!




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin