Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Ahad, Januari 23, 2011

Malas Nak Faham

Manusia memang ada 1001 perangai. Kadang-kadang ada yang pelik sampai susah nak faham. Kadang-kadang ada yang kalau kau jumpa kau rasa kau nak tikam dada sendiri dengan pisau tajam.

Kalau kau tanya aku, aku ni jenis manusia yang macamana, aku rasa baik aku takyah jawab. Sebab apa. Sebab sebagai manusia normal, aku mesti cakap perangai aku yang baik belaka. Takkan aku nak kutuk diri sendiri.

Bercakap pasal perangai manusia ni, aku sekarang ni dah malas nak faham atau setidak-tidaknya  memahami perangai seorang hamba ALLAH ni.

Puas aku cuba nak menyelami hati dan minda dia, tapi aku tak sehebat Profesor X dalam cerita X-Men tu yang boleh baca minda orang lain. Memang tak paham langsung la. Sampai satu tahap, sekarang ni aku dah malas nak paham. Layankan je kerenah dia yang kadang-kadang buat aku rasa rimas dan lemas.

Nak kata tak matang, kalau kawin dah boleh ada anak. Ishhh entahlah. Kenapa aku pulak yang tension ni memikirkan perangai dia. Kenapa ??

Untuk tidak lebih pening, baik aku takyah fikir pasal dia. Fikir pasal macamana nak agihkan gaji aku yang akan datang ni lagi bagus. Baik aku fikir nak makan kat mana, nak shopping kat mana, nak beli apa. Tak gitu !?

Tapi kan ... macam kadang-kadang terfikir juga ... Macamana ni ???

Huarghhhhhh !!!

2 ulasan:

Alynn Notnot berkata...

tak payah la fikir psl org.

pe kate ko bakar je umah dye.

hahaha!

Datang sini korek hidung! "This is my story".

xna yue niang berkata...

adik luv kan..selagi dia depan mata aje memang akan pikir punya...dan selagi ko berdaya maju membuatkan my blood go upstairs...hahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin