Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Januari 03, 2011

Resepi : Rojak Petis

Adik aku yang request nak makan rojak petis ni. Susah nak cari orang jual rojak petis kat area aku ni. Jadi, kenalah buat sendiri. Lagipun senang kacang nak buat. Jom kita kongsi lagi satu menu mudah dan ringkas.



ROJAK PETIS


Bahan-bahan A:

10 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu
2 biji timun - dipotong kecil
1 biji sengkuang - dipotong kecil
1 biji nenas - dipotong kecil
Taugeh - dicelur sebentar
Kangkung - dicelur sebentar
Kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan kisar tapi jangan halus sangat


Bahan Untuk Kuah :

3 botol petis
6 sudu lada kisar - nak pedas lagi boleh tambah cili padi
4 sudu gula pasir atau gula merah
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air panas
2 sudu cuka

*campur semua bahan dan kacau rata. rasa pedas, masam, masin, manis tu boleh adjust ikut selera sendiri*



Cara penyediaan :

Masukkan bahan-bahan A dalam mangkuk, tuang kuah, gaul rata dan tabur kacang kisar. Dah boleh masuk mulut. Yumyum !!




Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin