Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Januari 21, 2011

Sedih

Sedih bukan sebab hati ini dilukai ke hape. Sedih sebab semenjak dah bekerja membanting tulang kudrat mencari rezeki halal ni, blog dah terabai. Dah jarang dapat update blog sebab lebih suka memanjakan diri di atas tilam empuk bila ada waktu senggang.

Bila jenguk Nuffnang pun, alahai bertambah sedih sebab visitors memang rendah gilos. Mana taknya, blog aku ni blog biasa tak macam blog otai yang tak perlu nak update tetiap jam pun, unique visitors boleh cecah riban-riban. Tapi, aku tetap bersyukur ada juga orang singgah blog aku yang tak seberapa ni. Mungkin juga yang singgah kawan-kawan aku atau followers aku yang budiman. Miahahaha ^_^

Alhamdulillah, earning kat Nuffnang bertambah sebab aku ada dapat banyak BE for last few months. Walaupun tak layak nak buat cash out lagi tapi pertambahan dia tu memberansangkan la juga tak macam masa baru-baru berjinak dengan dunia blog. Nak tunggu dapat 2 angka pun lama gilos. Terima kasih ye Encik Nuffnang. Bagilah saya lebih banyak BE. Hehe ...

Sambil-sambil merepek ni, nak update juga pasal kerja. Apart of doing the same thing for 8 or sometimes 16 hours iaitu angkat call, ambil report customer, dengar customer membebel, dengar maki hamun customer, aku rasa aku suka kerja ni. Having my BFF sitting beside me menambahkan lagi keseronokan bekerja. Asyik bergurau senda, berbual merepek meraban seolah-olah tak pernah jumpa bertahun lamanya.

I bring my own food to work kalau kerja shift malam. Dengan harapan dapat save duit tapi rasanya macam tak berjaya juga sebab pantang ada officemate yang nak keluar, memanjang asyik kirim beli makanan sebab dalam otak takut kebulur bila waktu pagi atau nak hilangkan mengantuk. Aku makan banyak betul semenjak kerja ni. Makan yang berat dan solid pulak tu. Confirm kalau timbang berat badan, timbang tu menjerit! Hahaha

Overall, i just love this job. Walaupun ada benda yang terpaksa aku korbankan tapi aku yakin hasilnya memuaskan hati aku terutamanya bila hujung bulan. Faham kan?! Bye .... =)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin