Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Januari 04, 2011

Video Karam Singh Walia

Aku rasa ramai dah tahu pasal video ni. Dah siap masuk paper semua. Kat YouTube pun bersepah. Aku taknak komen lebih-lebih, takut nanti dikatakan tak sayang mulut.

Cuma satu jek aku nak cakap, orang Melayu mesti Islam kan. Kalau dah Islam kenapa tak cerminkan budaya Islam. 

Geli hati pun ada tengok video ni. Siap ada yang nak suruh bayar untuk satu restoran. Hello ?!! Kelakar kelakar.

Mungkin betul, Karam Singh Walia ada terkutuk bangsa Melayu. Tengok cara dia pun, macam di bawah pengaruh alkohol. Tapi dia dah mintak maaf dan sanggup nak sujud kat kaki semua orang. Rileks la. Orang tengah mabuk. Memang suka cakap bukan-bukan. Tapi, memang class la KSW ni, walaupun mabuk, dia tetap mempertahankan diri dia dengan cara tersendiri.

Tak payahlah kot nak besar-besarkan isu ni. Bermaaf-maafan sudahlah. Lagipun, yang tukang tengok video ni semua takde kat situ. Jadi tak tahu hujung pangkal. Sedangkan kalau kita dengar sesuatu perkara dengan dua telinga sekalipun tapi bila sampai kat orang yang ke sepuluh boleh jadi cerita lain, inikan pula kita yang takde kat tempat kejadian. Hanya tengok video ni jek.

Kepada KSW, berhati-hatilah bila bercakap. Awak tu selebriti. Semua orang kenal. Jaga pertuturan awak sebab apa sahaja yang keluar dari mulut awak akan jadi bahan dan ingatan orang lain samada baik atau buruk.






Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin