Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Februari 25, 2011

Teringin Buat V-Log

Niat dan keinginan tu ada tapi takde topik yang nak dibualkan. Sedangkan menulis pun boleh putus idea, inikan pulak nak buat video. Tak pasal kena boo secara percuma.

InsyaALLAH, kalau ada topik menarik atau video gedik+sengal nak dikongsi, nanti aku upload.

Buat masa ni boleh berangan di siang hari dahulu. Ekh kejap, ada orang ke nak tengok V-Log aku nanti ??

Kalau ada sila bangun dan gerakkan pinggul ... hehehe 

It's Okay

It's okay if you don't understand me because i can understand myself.

It's okay if you keep hurting me because i can heel myself.

It's okay if you don't love me because i can love myself.

Jumaat, Februari 18, 2011

Sedap Siot !!




First time try benda ni ...

Memang tak menghampakan.

Lemak.

Lazat.

Yumyum.

Sedap sehingga nak lagi berkali-kali =)












pandangan luar


pandangan sebenar ... alamak !! dah makan baru ingat nak amik gambar ...


punyalah sedap ... sampai sanggup letak gambar muka berminyak semata-mata nak tunjuk kepada kamu-kamu betapa sedapnya cheese tart ini. yumyumyumyum



Pada yang berminat boleh dapatkan cheese tart yang lazat dan mahal ini di outlet yang berdekatan !!

Khamis, Februari 17, 2011

Himpunan Ayat-Ayat Terbaik Dari Ladang Yang Diucapkan Oleh Pelanggan Yang Boleh Membuatkan Diri Ini Sentap

Bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan bukan kerja mudah. Walaupun tugas aku tak memerlukan aku berhadapan secara langsung dengan pelanggan, tak bermakna kerjanya senang sebab hanya duduk selama 8 jam, tunggu call masuk, jawab panggilan dan hantar report di mana semua telah di sistem-komputerkan (computerized).

Mari (mar) kita lihat serba sedikit ayat-ayat yang dikeluarkan oleh pelanggan yang bisa menyentapkan hati dan perasaanku ini selama beberapa hari ...




Ayat sentap yang selalu diterima :

"Kenapa selalu jadi macam ni. U punya servis sangat tidak bagus. Susahkan orang. Charge sudahlah mahal tapi asyik rosak, rosak, rosak blablabla"
(Kau hengat aku ke yang suka-suka pergi rosakkan pencawang supaya dengan senang hati dengar caci maki kau ... sentap tau!!)

"Berapa lama lagi mau siap. Sekarang dah 3 jam. Panas tau. Tak boleh buat kerja. Tak boleh tidur. Tak boleh mandi blablabla"
(Hello!! Kau mandi pakai karan ke?? Hebat betul kau ... sentap tau!!)

"B*** la korang ni. Memang cela** tau. Kau senang-senang potong karan aku, pastu nak sambung balik lambat. Aku tak kira aku nak kau sambung karan aku malam ni juga. Memang bo*** la korang ni blablabla"
(WEI !! Yang ko lambat bayar sape suruh ?? Aku ker ?? Sentap tau!!)

"1 jam baru nak sampai? Kalau rumah I terbakar macamana? I berjiran dengan Menteri dotdotdot, Datuk dotdotdot blablabla"
(Yela !! Nanti aku propose kat pihak pengurusan aku supaya letak sorang technician kat simpang depan rumah kau supaya senang dalam sekelip mata jek technician tu boleh sampai ... sentap tau!!)

"Apa no tiang? Mana ada tiang? Datang sajalah rumah saya. Itu orang mesti tau punya ini kawasan. Ini dekat Batu Lima, jalan tepi/belakang/tengah blablabla"
(Aishhh ... macam aku ni berjiran dengan kau jek kan ... jadi aku tahu rumah kau kat mana. Dahlah minta alamat lengkap pun payah ... sentap tau!!)

"Saya tak nampak pun U punya technician datang. Dia buat kerja kat mana? Apa masalah? Berapa lama siap? Bagilah tau awal-awal. Kalau kata kerja tu siap dalam 3-4 hari, senang saya nak bungkus kain baju duduk hotel blablabla"
(Pergh !! Sungguh eksen ekh kau ini ... sentap tau!!)



Sebenarnya, banyak lagi ayat-ayat sentap yang diterima tapi tak sanggup nak mengingatkannya kembali.

Tapi, bak kata orang 'CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT' .... aku sebagai pekerja yang menjadi orang tengah antara majikan dan pelanggan kenalah mainkan peranan dalam menangani isu-isu yang timbul.

Kadang-kadang aku letakkan diri aku sebagai pelanggan. Kita mesti nak tunjuk bagus sebab kita dah bayar perkhidmatan yang diberikan, semestinya kita nak balasan yang setimpal dengan duit yang kita dah keluarkan.

Jadi ... demi mencari rezeki halal, aku redha saja menahan telinga kena marah dek pelanggan.

Yang penting, aku buat kerja elok-elok, tak maki hamun pelanggan semula sudahlah ... walau macamana tercabar dan marah sekalipun hati ini kadang-kadang ....

Senyumkan jela hehehehe ...













buat macam takde apa-apa yang berlaku sambil makan biskut wafer roll !!!

I Wish To Have ...





Tons of money









Super duper bungalow









Special power









But the most important thing is ......







Baby or babies















*pic credited to Google Images*

Entri Terkunci : Nak Baca Sila Minta Password =)

Dinner Date With BFF's - Steamboat Style

Yeehaaa ...

Aktiviti makan-makan lagik !!

I loikeee !!

Last week, aku dan beberapa kawan rapat lepak keluar makan. Kali ni, tempat pilihan kami adalah Restoran Rawa yang menyajikan makanan cara steamboat.

Aku memang dah biasa pergi tempat ni. Dari zaman-zaman bercinta dulu.

Makanan kat sini boleh tahan banyak pilihan. Ada dua pilihan sup iaitu tomyam dan sup ayam. Selain steamboat, ada juga makanan ala carte lain yang disediakan antaranya nasi goreng (sedap!!), mihun goreng dan ketam berlada.

Kita boleh pilih samada nak makan kat luar kedai atau dalam kedai. Tapi, kitaorang memang suka makan kat luar sebab senang encik-encik suami nak merokok.

Tempat ni memang sesuai la kalau nak bawak family pergi makan-makan. Tempat dia memang santai. Takde protokol. Boleh pilih apa makan kita nak, in case kalau tak habis boleh pulangkan dengan syarat makanan tu tak dibuka bungkusan dia.

Jom ... kita layan gambar .. mari (mar!)




antara yang hadir ... yus, raja, siti dan elis ... semua bersama-sama suami masing-masing except raja sebab hubby dia masih di Arab Saudi ...


kalau bergambar bagilah dekat ngkorang kan ...


setelah licin dikerjakan kami-kami yang lapar ...


kanak-kanak dengan dunia mereka =)


suka ye semua lepas dah kenyang ... dan selepas berlaku sedikit drama swasta hehehe ...


ko dah kenapa siti ??? nak lari ke mana ??


friendships that i hope never ends =)

Rabu, Februari 16, 2011

Entri Untuk Adik Kesayangan - Poor You ...

Entri ni khas untuk my sister, Adah yang masih cuti sakit sebab kaki dia patah. Sekarang ni masih bersimen lagi. 

Kesian dia.

Dah hampir 3 bulan dia MC. Lepak kat rumah jek. Aku tau dia bosan tahap gaban gilos. Tapi apa boleh buat. Doktor nasihatkan dia supaya rehat dan jangan gunakan kaki yang patah tu untuk bergerak.

Sebenarnya, kaki dia bukanlah patah teruk cuma patah kat tulang jari kelingking kat kaki (kalau jari kaki kira kelingking jugak ker). Tapi, nak sembuh memang makan masa.

Sepanjang MC ni memang banyak dugaan yang dia tempuh. Kesian sangat-sangat kat dia. Dahla sakit, diberi ujian oleh ALLAH tapi ALHAMDULILLAH dia sabar dan tenang menghadapi dugaan itu walaupun airmata dia banyak tumpah.

Dear Adah,

Aku tahu kau sedih. Tapi, jangan risau. Aku sentiasa ada untuk jadi bahu untuk kau meluahkan segala kesedihan itu.

Aku tahu kau risau. Tapi, jangan bimbang. Aku sentiasa ada untuk jadi tempat kau meluahkan segala kerisauan itu.

Bersabarlah sayang. Setiap dugaan yang datang dari ALLAH, hanyalah untuk menguji sekuat mana iman kita.

Aku tahu dan aku yakin kau mampu menghadapi dugaan yang satu ini.

Aku doakan semoga kau akan sembuh cepat dan kita sama-sama boleh meneruskan aktiviti jalan-jalan cari makan kita macam dulu-dulu. Aku rindu nak pergi makan, shopping dan tengok wayang dengan kau. 

Kereta kau pun dah puas aku lenjankan sampai aku naik muak. Miahahahaha. Tak sabar nak suruh kau jadi driver aku semula =)

I Love You Always Forever and Ever and Ever and Ever ... (gelik pulak !!)





latest ... kena simen lepas sebulan tulang masih tak bercantum


masa baru-baru kaku berbalut ... still nak merayap jugak =)


tuan tanah mestilah enterframe miahahahaha

Selera Arabian La Pulak !! Dasar Pemakan Betul ....

Kan aku dah cakap. Tekak aku ni miang keladi. Dia memang suka nak makan benda-benda yang lain dari yang lain.

Umpama orang mengantuk terus pergi tidur atas tilam empuk lagi pejal, ada satu hari di waktu malam hari ketika hujan lebat turun dengan lebatnya (sesuka hati buat ayat macam ni), my BFF, Siti ajak aku lepak kat restoran Arab.

Hape lagi ... laju jelah aku bersetuju walaupun perut masih kenyang sebab dah makan kat rumah.

Mari (mar) kita jenguk-jenguk apa yang kami makan ...




starter ... roti nan dan hummus. first time makan hummus. boleh tahan lah rasa dia. dicicah bersama roti nan, memang syedappp. actually hummus tu kalau tak silap aku, kacang kuda yang dah kisar halus. jadi pekat ...



siti with her nasi arab dan 2 pieces kebab ... her hubby makan kebab roll rasanya tapi tak sempat snap dah kena ngappp daaaa ....



close up ... nasi dia biasa jek, kebab daging dia agak sedap cuma macam kurang garam sikit aku rasa ... hehehe



encik-encik suami yang tengah ngappp ... ekh tu hubby siti sedang ngapp kebab roll =)



roti nan dia besar gilos ... lebih besar dari muka aku yang shomell ini hahahaha .... tak habis pun makan ...


Pada yang tinggal berdekatan Taman Universiti, Skudai bolehlah datang kedai ni kalau sekali sekala nak ubah selera. Belakang kedai Al-Ikhsan Sports. Nama kedai dia macam ingat-ingat lupa, Pomegranate Garden Restaurant rasanya. Kedai dia ada atap rumbia. Ada ruang air-cond, non air-cond atau boleh duduk bersila dekat gazebo dekat luar. Kat ruangan dalam pun boleh duduk bersila, ada macam katil besi yang dah diubahsuai untuk jadi tempat santapan. Memang best la.

Selasa, Februari 15, 2011

Bagaimana Menghabiskan Hampir RM30 Atau Mungkin Lebih Di Tutti Frutti Dalam Masa 30 Minit Dengan Mudah ??

Caranya ...

1) Sila ke cawangan Tutti Frutti berdekatan dengan anda.

2) Pilih cup paling besar.

3) Isi sebanyak mungkin pelbagai perisa yogurt yang anda rasa sedap sebab sememangnya semua sedap.

4) Letak topping ... juga sebanyak mungkin. Selagi ada ruang.

5) Letak cup anda pada alat penimbang.

6) Walllaaa ... sediakanlah duit paling kurang pun dua keping not merah. Itupun kalau bernasib baik. Kalau nasib tak baik, mungkin anda kena keluarkan lima keping atau lebih not merah yang berada pada anda.

7) Silalah makan frozen yogurt anda tanpa rasa bersalah atau kekesalan.





lazat ... ambik 3 perisa terus ... puashati ... costs me RM26.90 =)


boleh pilih flavor pilihan hati pada dinding itu ...












yumyum .... choc + strawberry + blueberry flavor


tadaaaaa .... habis sudahhhh

Aksi Terlampau Pasangan Suami Isteri

Ish ish ish ...

Anak-anak sapalah mereka ini ...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-












Inilah aktiviti pengikat kasih sayang kami versi dalam kereta.


Jangan marah hahhh ...


=)

Isnin, Februari 14, 2011

Makan-Makan Kenyang Perut di TGI Friday's


Seperti sedia maklum, makan adalah hobi aku yang paling mendapat perhatian di antara hobi-hobi yang lain. Bersyukur sangat-sangat sebab hobi ini dikongsi bersama dengan orang-orang yang tersayang ... antaranya Encik Rizal dan adik-adik aku. Yang terbaru, aku berkongsi hobi itu dengan one of my BFF, Elis.

Dipendekkan cerita, masa dapat first gaji bulan lepas (cerita basi), aku pun ajak dia makan kat TGIF.

Layan gambar sudeyyy .... Mari (mar) !! Hahahaha



punya jakun tuan tanah siap nak tayang makan kat TGIF. nak bagitau satu dunia gamaknya.



pengkongsi gelap hobi terlampau. mau tak terlampau, tekak asyik murtad nak makan yang western la, japanese la, arabian la. serta terlampau sebab terlampau mahal kadang-kadang ... hehe



our starters ... fried mac n cheese also mushroom soup ... yumyum



main course tuan tanah kedaung ... tossed tomato-basil chicken ... nak terburai perut nak menghabiskan. potion dia memang banyak. boleh makan dua orang.



eat-partner punya main course ... tennessee chicken ... ni confirm la ta habis. perempuan ni memang tangki kecik ... selera je besar miahahaha



punya nak bergambar dengan makanan, sampai terpusing-pusing aku tengok. mintak tolong aku ambikkan lagi senang ....



Begitulah kisah makan-makan menambah lemak tepu di beberapa bahagian badan yang dilakukan bulan lepas. Insya-ALLAH lebih banyak adegan penambahan lemak tepu akan berlangsung bulan ini dan bulan akan datang dan berbulan-bulan seterusnya lagi. Teruskan bersiaran bersama kami di RizaLiza.TV

Kelas !!

Hahaha ...

Bye ... =)

Sedetik Lebih - Anuar Zain

Suka sangat lagu nih =)







SEDETIK LEBIH


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Khamis, Februari 10, 2011

Happy Birthday To The Coolest Dad In The World

Happy Birthday to My Beloved Daddy ...



04th February 2011
yummy !! homemade choc cake with cream cheese coated and fresh strawberries


yummohh


we know you loved it =)



we love you so much daddy !!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin