Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Februari 17, 2011

Dinner Date With BFF's - Steamboat Style

Yeehaaa ...

Aktiviti makan-makan lagik !!

I loikeee !!

Last week, aku dan beberapa kawan rapat lepak keluar makan. Kali ni, tempat pilihan kami adalah Restoran Rawa yang menyajikan makanan cara steamboat.

Aku memang dah biasa pergi tempat ni. Dari zaman-zaman bercinta dulu.

Makanan kat sini boleh tahan banyak pilihan. Ada dua pilihan sup iaitu tomyam dan sup ayam. Selain steamboat, ada juga makanan ala carte lain yang disediakan antaranya nasi goreng (sedap!!), mihun goreng dan ketam berlada.

Kita boleh pilih samada nak makan kat luar kedai atau dalam kedai. Tapi, kitaorang memang suka makan kat luar sebab senang encik-encik suami nak merokok.

Tempat ni memang sesuai la kalau nak bawak family pergi makan-makan. Tempat dia memang santai. Takde protokol. Boleh pilih apa makan kita nak, in case kalau tak habis boleh pulangkan dengan syarat makanan tu tak dibuka bungkusan dia.

Jom ... kita layan gambar .. mari (mar!)




antara yang hadir ... yus, raja, siti dan elis ... semua bersama-sama suami masing-masing except raja sebab hubby dia masih di Arab Saudi ...


kalau bergambar bagilah dekat ngkorang kan ...


setelah licin dikerjakan kami-kami yang lapar ...


kanak-kanak dengan dunia mereka =)


suka ye semua lepas dah kenyang ... dan selepas berlaku sedikit drama swasta hehehe ...


ko dah kenapa siti ??? nak lari ke mana ??


friendships that i hope never ends =)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin