Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Februari 16, 2011

Entri Untuk Adik Kesayangan - Poor You ...

Entri ni khas untuk my sister, Adah yang masih cuti sakit sebab kaki dia patah. Sekarang ni masih bersimen lagi. 

Kesian dia.

Dah hampir 3 bulan dia MC. Lepak kat rumah jek. Aku tau dia bosan tahap gaban gilos. Tapi apa boleh buat. Doktor nasihatkan dia supaya rehat dan jangan gunakan kaki yang patah tu untuk bergerak.

Sebenarnya, kaki dia bukanlah patah teruk cuma patah kat tulang jari kelingking kat kaki (kalau jari kaki kira kelingking jugak ker). Tapi, nak sembuh memang makan masa.

Sepanjang MC ni memang banyak dugaan yang dia tempuh. Kesian sangat-sangat kat dia. Dahla sakit, diberi ujian oleh ALLAH tapi ALHAMDULILLAH dia sabar dan tenang menghadapi dugaan itu walaupun airmata dia banyak tumpah.

Dear Adah,

Aku tahu kau sedih. Tapi, jangan risau. Aku sentiasa ada untuk jadi bahu untuk kau meluahkan segala kesedihan itu.

Aku tahu kau risau. Tapi, jangan bimbang. Aku sentiasa ada untuk jadi tempat kau meluahkan segala kerisauan itu.

Bersabarlah sayang. Setiap dugaan yang datang dari ALLAH, hanyalah untuk menguji sekuat mana iman kita.

Aku tahu dan aku yakin kau mampu menghadapi dugaan yang satu ini.

Aku doakan semoga kau akan sembuh cepat dan kita sama-sama boleh meneruskan aktiviti jalan-jalan cari makan kita macam dulu-dulu. Aku rindu nak pergi makan, shopping dan tengok wayang dengan kau. 

Kereta kau pun dah puas aku lenjankan sampai aku naik muak. Miahahahaha. Tak sabar nak suruh kau jadi driver aku semula =)

I Love You Always Forever and Ever and Ever and Ever ... (gelik pulak !!)





latest ... kena simen lepas sebulan tulang masih tak bercantum


masa baru-baru kaku berbalut ... still nak merayap jugak =)


tuan tanah mestilah enterframe miahahahaha

1 ulasan:

Adahjay berkata...

warghh terharu. =( huhu
xpelah nangis2 juga tp kita kena igt kalo kita susah ade lg org yg lebih susah dr kita. jd bersabarlah. insyAllah adelah yg Allah dh sediakan untuk kita =)

marilah kita sama2 mengharunginya

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin