Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Februari 17, 2011

Himpunan Ayat-Ayat Terbaik Dari Ladang Yang Diucapkan Oleh Pelanggan Yang Boleh Membuatkan Diri Ini Sentap

Bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan bukan kerja mudah. Walaupun tugas aku tak memerlukan aku berhadapan secara langsung dengan pelanggan, tak bermakna kerjanya senang sebab hanya duduk selama 8 jam, tunggu call masuk, jawab panggilan dan hantar report di mana semua telah di sistem-komputerkan (computerized).

Mari (mar) kita lihat serba sedikit ayat-ayat yang dikeluarkan oleh pelanggan yang bisa menyentapkan hati dan perasaanku ini selama beberapa hari ...




Ayat sentap yang selalu diterima :

"Kenapa selalu jadi macam ni. U punya servis sangat tidak bagus. Susahkan orang. Charge sudahlah mahal tapi asyik rosak, rosak, rosak blablabla"
(Kau hengat aku ke yang suka-suka pergi rosakkan pencawang supaya dengan senang hati dengar caci maki kau ... sentap tau!!)

"Berapa lama lagi mau siap. Sekarang dah 3 jam. Panas tau. Tak boleh buat kerja. Tak boleh tidur. Tak boleh mandi blablabla"
(Hello!! Kau mandi pakai karan ke?? Hebat betul kau ... sentap tau!!)

"B*** la korang ni. Memang cela** tau. Kau senang-senang potong karan aku, pastu nak sambung balik lambat. Aku tak kira aku nak kau sambung karan aku malam ni juga. Memang bo*** la korang ni blablabla"
(WEI !! Yang ko lambat bayar sape suruh ?? Aku ker ?? Sentap tau!!)

"1 jam baru nak sampai? Kalau rumah I terbakar macamana? I berjiran dengan Menteri dotdotdot, Datuk dotdotdot blablabla"
(Yela !! Nanti aku propose kat pihak pengurusan aku supaya letak sorang technician kat simpang depan rumah kau supaya senang dalam sekelip mata jek technician tu boleh sampai ... sentap tau!!)

"Apa no tiang? Mana ada tiang? Datang sajalah rumah saya. Itu orang mesti tau punya ini kawasan. Ini dekat Batu Lima, jalan tepi/belakang/tengah blablabla"
(Aishhh ... macam aku ni berjiran dengan kau jek kan ... jadi aku tahu rumah kau kat mana. Dahlah minta alamat lengkap pun payah ... sentap tau!!)

"Saya tak nampak pun U punya technician datang. Dia buat kerja kat mana? Apa masalah? Berapa lama siap? Bagilah tau awal-awal. Kalau kata kerja tu siap dalam 3-4 hari, senang saya nak bungkus kain baju duduk hotel blablabla"
(Pergh !! Sungguh eksen ekh kau ini ... sentap tau!!)



Sebenarnya, banyak lagi ayat-ayat sentap yang diterima tapi tak sanggup nak mengingatkannya kembali.

Tapi, bak kata orang 'CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT' .... aku sebagai pekerja yang menjadi orang tengah antara majikan dan pelanggan kenalah mainkan peranan dalam menangani isu-isu yang timbul.

Kadang-kadang aku letakkan diri aku sebagai pelanggan. Kita mesti nak tunjuk bagus sebab kita dah bayar perkhidmatan yang diberikan, semestinya kita nak balasan yang setimpal dengan duit yang kita dah keluarkan.

Jadi ... demi mencari rezeki halal, aku redha saja menahan telinga kena marah dek pelanggan.

Yang penting, aku buat kerja elok-elok, tak maki hamun pelanggan semula sudahlah ... walau macamana tercabar dan marah sekalipun hati ini kadang-kadang ....

Senyumkan jela hehehehe ...













buat macam takde apa-apa yang berlaku sambil makan biskut wafer roll !!!

2 ulasan:

xna yue niang berkata...

tiru jek macam aku..wat sora garang..last2 aku yg kene balik...hahaha...

nedza berkata...

salam faizah
hehe aku dh muncul balik nie sejak sekian lama menghilang...
dh lama x bc blog ko nie.
(nie sedang ketawa sorang2)...

Cite bab pelanggan nie, mmg btui kite kene tahan telinga jek. tp kekadang tu ader jugak yg bukan slh kite sebenornya...slh dorang jugak...
cuma kite nie xleh nk tinggi suara, kang x pasai2 yg kne kite balik..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin