Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Februari 16, 2011

Selera Arabian La Pulak !! Dasar Pemakan Betul ....

Kan aku dah cakap. Tekak aku ni miang keladi. Dia memang suka nak makan benda-benda yang lain dari yang lain.

Umpama orang mengantuk terus pergi tidur atas tilam empuk lagi pejal, ada satu hari di waktu malam hari ketika hujan lebat turun dengan lebatnya (sesuka hati buat ayat macam ni), my BFF, Siti ajak aku lepak kat restoran Arab.

Hape lagi ... laju jelah aku bersetuju walaupun perut masih kenyang sebab dah makan kat rumah.

Mari (mar) kita jenguk-jenguk apa yang kami makan ...




starter ... roti nan dan hummus. first time makan hummus. boleh tahan lah rasa dia. dicicah bersama roti nan, memang syedappp. actually hummus tu kalau tak silap aku, kacang kuda yang dah kisar halus. jadi pekat ...



siti with her nasi arab dan 2 pieces kebab ... her hubby makan kebab roll rasanya tapi tak sempat snap dah kena ngappp daaaa ....



close up ... nasi dia biasa jek, kebab daging dia agak sedap cuma macam kurang garam sikit aku rasa ... hehehe



encik-encik suami yang tengah ngappp ... ekh tu hubby siti sedang ngapp kebab roll =)



roti nan dia besar gilos ... lebih besar dari muka aku yang shomell ini hahahaha .... tak habis pun makan ...


Pada yang tinggal berdekatan Taman Universiti, Skudai bolehlah datang kedai ni kalau sekali sekala nak ubah selera. Belakang kedai Al-Ikhsan Sports. Nama kedai dia macam ingat-ingat lupa, Pomegranate Garden Restaurant rasanya. Kedai dia ada atap rumbia. Ada ruang air-cond, non air-cond atau boleh duduk bersila dekat gazebo dekat luar. Kat ruangan dalam pun boleh duduk bersila, ada macam katil besi yang dah diubahsuai untuk jadi tempat santapan. Memang best la.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin