Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Mac 10, 2011

Takde Nafsu

Sejak kebelakangan ni, aku dah takde nafsu nak aktif di laman sesawang sosial Facebook. Aku dah macam bosan.

Kalau dulu, sehari tak log in kat laman sesawang yang berkaitan, aku rasa hidup aku tak lengkap. Mesti nak letak status merapu meraban sebarang dua. Lagi seronok bila status aku dapat perhatian ramai. Makin menjadi-jadi pulak aku berbalas komen walaupun kekadang komen-komen tersebut dah jadi merapu. Dah terkeluar tajuk.

Tapi sekarang ni, log in sekejap je, tak sampai 10 minit, aku dah rasa bosan. Takde lagi apa-apa yang menarik bagi aku. Kalau lama pun aku mengadap Facebook, mungkin hanya kerana aku singgah ke beberapa profil kedai online yang biasa aku berurusan untuk tengok stok baru. Selebihnya, aku habiskan masa main games hehe ;-)

Kenapa ekh? Atau aku sorang je macam tu sedangkan orang lain rancak dan seronok ber-Facebook.

Atau sebab aku dah tua (muahahaha) ... Hormon tak seimbang. Jadi aku cepat bosan? Hahahaha

Cecite cecite ;-)

Aishhh...

Mungkin aku perlu beralih arah kepada sesuatu yang baru untuk merasa semula keseronokan berinternet.

Kamu-kamu ada cadangan?

Silalah silalah :-)
Published with Blogger-droid v1.6.7

Selasa, Mac 08, 2011

Kerja! Kerja! Kerja!

Rindu sama blog. Semenjak dua tiga menjak ni dah jarang update blog sebab kesuntukan masa ( ececeh padahal malas... )

Kerja shift macam aku ni memerlukan masa rehat yang berlainan dari orang lain. Mana tidaknya, orang tidur, aku berjaga. Orang lain sibuk kerja, aku pula melepak kat rumah.

Bila off day tu, teringin jugak nak update blog. Banyak cerita nak kongsi. Tapi, penyakit malas sangat menguasai diri. Memang katil menjadi pilihan utama.

Berbalik kepada perihal kerja, Alhamdulillah dah masuk 3 bulan aku kerja. Walaupun ada sedikit cabaran dan rintangan, tapi aku bersyukur semuanya tidak terlalu membebankan. Aku anggap itu semua sebagai pengalaman berharga yang boleh mematangkan diri aku.

So far, aku enjoy kerja ni walaupun terpaksa korbankan masa bersama Encik Rizal. Dia pun dah faham. Ini semua demi masa depan kami.

Oklah kamu-kamu. Nanti bila aku dah ada mood rajin, aku update tentang aktiviti-aktiviti aku. Banyak aktiviti yang aku buat yang ingin dikongsi tapi pelan-pelan kayuh ye!!! Hehe ;-)
Published with Blogger-droid v1.6.7

Ahad, Mac 06, 2011

30 tahun!

Hehe...

Alhamdulillah, bersyukur sangat pada Yang Maha Esa kerana dapat menikmati kehidupan di dunia fana ini selama 30 tahun.

Terima kasih ALLAH atas nikmat yang tak terhingga ini.

I had a wonderful birthday this year. Dapat hadiah dari suami yang tersayang dan dari kawan-kawan yang terbaik ever. Terima kasih!!

Macam tak sangka umur aku dah 30 tahun uhuk uhuk uhuk... Takpe. Aku kan awet muda miahaha *mode : perasan*

Takde apa lagi yang aku mahu dalam hidup selain dimurahkan rezeki dan kekal bahagia dengan Encik Rizal. Tapi, aku sangat berharap dan sentiasa berdoa agar impian aku untuk menjadi seorang ibu akan tercapai juga.

Doakan untuk aku yek kamu-kamu!!

Published with Blogger-droid v1.6.7

Khamis, Mac 03, 2011

Testing

Testing my new gadget. Will catch up with you guys later ;-)
Published with Blogger-droid v1.6.7

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin